Pages

Tuesday, December 11, 2012

Keputusan hidup....

Salam sejahtera,

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, itu yang sepatutnya kita lakukan. Biasanya kita nak buat banyak perkara yang baik namun setelah satu ketika kita rasa jemu lalu terus tinggalkan. Oleh itu buatlah sesuatu yang kecil tetapi tetap (istiqamah), kita boleh cuba memberi salam kepada kawan-kawan.

Ia merupakan sunah Nabi, menghidupkan salam akan mengikut sunah. Cuba dengan 2 orang, esok tambah lagi lusa tambah lagi dan seterusnya. Kan kita dah berjaya buat sesuatu yang baru setiap hari. barulah hari ini lebih baik dari semalam. 


 Setelah sebulan peperiksan PSPM berlalu, hari ini pelajar mendapat keputusan. Biasalah apabila bercerita tentang keputusan ada yang bagus anda yang memuaskan. Semua itu adalah hasil dari usaha yang telah dilakukan sepanjang semester satu dahulu.

Kepada yang mendapat keputusan cemerlang tahniah diucapkan, manakala kepada yang mendapat keputusan kurang baik boleh cuba lagi semester ini. Ada masa untuk kita betulkan kesilapan yang lalu. Apabila dah cemerlang ni jangan terlalu sombong pula, ingatlah hidup ini ibarat roda adakala kita di atas adakala kita akan ke bawah. 

Setiap keputusan yang diperolehi adalah hasil usaha yang telah dilakukan, selain itu pengorbanan juga memainkan peranan kerana kejayaan akan hadir bagi yang sanggup berkorban. Apabila mendapat keputusan selain yang diharapkan kita akan cepat melatah, mula meyalahkan orang disekeliling. Sepatutnya kita renung dahulu dalam diri apa yang telah kita lakukan sehingga mendapat keputusan sebegitu.

Penyesalan tidak seharusnya menjadi keutamaan tetapi perlu ada langkah untuk meningkatkan lagi kejayaan. Sifat tidak mudah putus asa perlu ada didalam diri setiap individu yang ingin berjaya. Kerana kegagalan adalah cara untuk mendapat kejayaan. 

Apabila ada kegagalan maka kita masih menemui cara yang salah untuk berjaya, maka kita perlu ubah cara belajar atau cara kerja kita supaya lebih baik dan mendapat keputusan yang lebih cemerlang.Peluang sentiasa ada dan kita yang hendak mengambilnya atau membiarkan ia berlalu. Keputusan di tangan kita. 

Buatlah keputusan yang bijak demi diri kita sendiri. Tahniah kepada yang berjaya dan usaha lagi kepada yang belum mencapai impian.

Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com

Wednesday, December 5, 2012

Kerja Part Time?

 Salam sejahtera,

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. 

"9/10 rezeki adalah dari perniagaan". Ungkapan yang sering kita dengar apabila bercerita berkaitan rezeki. Memang betul ungkapan tersebut kerana apabila kita perhatikan disekeliling didapati bahawa mereka yang kaya adalah dari kalangan peniaga.

Namun jika semua menjadi peniaga siapa pula yang akam membeli? Jika diamati bahawa pekerja makan gaji juga berniaga, mereka berniaga kepakaran dalam bidang mereka. Kenapa orang yang makan gaji tidak dapat nak jadi jutawan? Mudah je jawapan tu. Mereka yang makan gaji dah setuju bahawa kepakaran yang diberikan akan dibayar dengan kadar yang tetap dan berlaku kenaikan setiap tahun. 

Contoh mudah, Pak Mat seorang tukang kebun dan bekerja di sebuah taman pertanian. Kepakaran beliau ialah menanam serta menjaga tumbuhan di taman tersebut. Beliau telah setuju untuk dibayar pada jumlah gaji tertentu sebagai harga kepakaran tersebut. Walaupun taman tersebut berjaya mengeluarkan hasil yang berganda namun beliau tidak ada hak keatas hasil taman tersebut. Semua hasil adalah hak milik tuan kebun itu. Beliau hanya makan gaji maka hanya akan dapat jumlah gaji tersebut setiap bulan.

Dah faham kan. Namun setalah Pak Mat ni dapatkan produk Saudara Eruwan Garry, beliau telah mendapat idea untuk menggunakan kepakaran beliau ke arah perniagaan secara part time.Kenapa beliau boleh ikut cara yang Eruwan bagi tahu tu? Mudah je kerana saudara Eruwan pun makan gaji juga namun beliau dah hasilkan RM 4 -5 angka sebulan.

Anda pun boleh ikut jejak langkah Pak Mat, dapatkan segera segara panduan saudara Eruwan ni manalah tahu sambil makan gaji boleh buat perniagaan part time. Klik je kat benner bawah tu...





Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com

Sunday, December 2, 2012

Usahawan makan gaji








Salam sejahtera,

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, kejayaan hari esok adalah hasil yang anda lakukan hari ini. Macam orang menanam pokoklah jika tanam pokok durian maka anda akan dapat buah durian, jangan pula tunggu buah rambutan. 

Bagi seorang insan yang berakal sempurna maka kita sepatutnya lebih tahu apa yang kita perlukan pada masa hadapan. Apabila kita nak hidup cara mewah maka kerja pun perlu cara mewah, jika nak hidup cara biasa-biasa kerja boleh juga cara mewah. janganlah kerja biasa-biasa nak hidup cara mewah nanti kita yang akan merana. Seperti kata pepatah ukur baju pada badan sendiri. 

Pada masa kini perkataan intergriti menjadi sebutan setiap orang, malah dalam iklan di televisyen pun kanak-kanak tahu apa itu intergriti. Kenapa ia sangat penting? Jika tiada intergriti maka gejala rasuah mudah berlaku. Rasuah merupakan satu cara untuk memusnahkan sesebuah kerajaan secara senyap. Kenapa ia boleh berlaku? Apabila kita ingin hidup mewah namun kerja bukan cara mewah maka akan berlakulah gejala ini. 

Gejala ini biasanya berlaku dikalangan pekerja yang makan gaji. Ya!! Pekerja makan gaji, tak perlu terkejut. Tidak kiralah mereka pekerja swasta atau pekerja kerajaan. Semua orang tahu gaji yang diperolehi oleh seorang yang makan gaji, maka jika berlaku perkara luarbiasa maka orang akan terus katakan bahawa ia makan rasuah. 

Kita janganlah jadi seperti mereka kerana  masih ada cara lain untuk menmbah pendapatan secara halal. Saya pasti dengan kepesatan teknologi sekarang tidak mustahil kita boleh membuat banyak kerja pada masa yang sama. Seperti seorang rakan saya ni, kerja makan gaji tapi pendapatan mengalahkan menteri.  

Beliau merupakan seorang pekerja sepenuh masa namun menjalankan perniagaan internet secara sambilan. Sekarang beliau ingin kongsikan rahsia kejayaan beliau kepada kita semua. Nama beliau ialah Eruwan Gerry, yang telah menghasilkan Pakej Usahawan Makan Gaji. Ia merupakan pengalaman beliau sepanjang berkecimpung dalam bidang perniagaan internet dan pada masa yang sama masih makan gaji. 

Pasti anda nak tahu rahsia beliau kan, baiklah bagi mengetahui apa dia Pakej Usahawan Makan Gaji ni anda boleh klik pada banner kat bawah atau KLIK DISINI



Semoga anda mendapat ilmu yang bernafaat pada hari ini.

Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com

Wednesday, November 7, 2012

Membina azam jadi penulis...

Salam sejahtera, 

Hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi nak ke tahun baru 2013. Tentu ada dikalangan kita dah mula memasang azam yang baru kan. Bagaimana dengan azam yang lepas? Sudah terlaksana? 

Kita ni sentiasa memasang azam kan, asal je sampai tahun baru terus ada azam baru. Malah ia merupakan topik yang hangat di redio dan tv. Bukan setakat tu je kat kedai kopi pun tak ketinggalan.

 Tahniah kepada mereka yang berjaya melaksanakan azam yang telah dibina, namun ada juga yang gagal kerana beberapa sebab dan halangan. Boleh cuba lagi tahun yang mendatang. Tetapi kepada yang hanya memasang azam tanpa berbuat apa-apa, ini adalah masalah.

Yelah penat nak fikir azam apa untuk tahun baru tapi pelaksanaan tak buat. Oleh sebab itu ada orang kata tak payah ada azam nanti tak buat. Betul juga tu, jika ada azam tapi tak buat maka rugilah kita. Mengikut saudara Azizi Ali, matlamat adalah penting kerana ia akan membantu kita untuk lebih fokus. 

Malah matlamat yang dicadangkan perlulah boleh diubah mengikut keadaan semasa dan persekitaran. Azam atau matlamat perlulah boleh diubah mengikut masa dan keadaan, ini akan memudahkan kita melakukan perubahan terhadap azam yang dibina. 

Yelah jika tak boleh guna cara A kita tukar cara B. Dengan ini azam kita akan dapat dilaksanakan walaupun ada halangan. macam kita nak balik rumah dari tempat kerja, jika tak boleh lalu jalan yang biasa kita guna maka kita tukar jalan lain matlamatnya sampai ke rumah. Mungkin dengan membina azam untuk menjadi penulis ia mudah untuk dimulakan. Kita boleh mula dengan menulis blog, kemudian dengan menulis rencana dan terus untuk buku. 

Semua ini tidak akan berlaku dalam sekelip mata, oleh itu kita perlu mulakan sekarang. Paling mudah bina satu blog dan ceritakan apa yang kita tahu dan ingin kongsikan kepada orang ramai. Jika kita ni seorang tukang cat maka kita boleh ceritakan pengalaman kita mengecat rumah kayu dan rumah batu. Setiap orang ada kepakaran masing-masing maka kita boleh ceritakan pengalaman kita kepada orang ramai. 

Walaupun kerja yang sama tetapi pengalaman setiap orang adalah berbeza. Contoh lain ialah jika kita dalam bidang menjual insuran, pengalaman kita mendekati prospek adalah berbeza dengan cara rakan kita walaupun dalam bidang yang sama. Kita boleh mulakan sekarang kerana ini akan mempercepatkan kita menjadi penulis. 

Disamping itu kita juga perlu berilmu agar lebih mudah untuk mencapai azam kita tu.

Semoga berjaya.. 


Friday, November 2, 2012

Pendapatan pasif 2

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Sedar atau tidak kita hanya ada beberapa hari lagi untuk melangkah ke tahun baru Hijrah. 

Seperti yang diketahui perkara yang terbaik ialah banyak melakukan kebaikan dan memudahkan orang lain dalam melakukan urusan. Lebih banyak kita memudah kan orang  maka kita akan dipermudahkan di hari akhirat nanti. 

Kembali kita kepada tajuk pendapatan pasif, seperti yang kita telah bincangkan dalam post yang lepas pendapatan pasif ialah sumber pendapatan yang berterusan apabila kita telah melakukan satu pekerjaan. Seperti contoh yang kita tahu penulis dan penyanyi mendapat pendapatan pasif selagi hasil tulisan dan album lagu tersebut masih terjual.

Kerja yang dilakukan hanya sekali iaitu menghasilkan satu buku dan jual secara berterusan. Begitu juga dengan bidang nyanyian, kompser mengubah laguhanya sekali namun jika lagu tersebut sentiasa didengarkan di redio atau tv maka komposer akan mendapat royalti.

Jika kita tak ada bakat seperti mereka apa yang kita boleh lakukan? Mungkin persoalan ini sentiasa bermain di minda kita kan. Dalam perniagaan internet ini boleh diatasi dengan teknik "copy and paste". Apa yang kita perlu lakukan ialah mengikut apa yang telah dilakukan oleh mereka yang berjaya dan kita akan mendapat pulangan yang sama.

Bagi memudahkan kita untuk bertindak seorang sahab mencadangkan untuk guna benda ni Simple Clickbank.. Kita boleh cuba kerana pendapatan berterusan dengan hanya melakukan sekali kerja amat berbaloi. Semoga kita akan bebas kewangan dengan menggunakan teknik pendapatan pasif ini...

Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com

Wednesday, October 31, 2012

Pendapatan pasif......

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Tahniah kepada rakan-rakan yang menyambut hari lahir dan yang menyambut hari ulangtahun perkahwinan. Semoga perjalanan yang masih berbaki ini akan lebih bermanafaat dan memberikan keberkatan dalam kehidupan.

Setiap hari kita akan sentiasa berkira-kira, bermula dari bangun tidur hinggalah kita kembali ke kamar semula. Yelah nak bersarapan kira duit yang ada, nak ke pejabat kira masa dan macam-macam lagi yang dikira. Namun paling banyak kiraan yang dilakukan ialah berkaitan dengan kewangan. Kita akan merasa gelisah apabila kewangan kita berkurangan namun makin gelisah jika tidak dapat meningkatkan lagi pendapatn .

Bermacam-macam kerja akan kita lakukan untuk menambah pendapatan. Jika kita telah mempunyai pekerjaan tetap maka masa selepas kerja akan digunakan untuk kerja sampingan. Pada masa sekarang ramai yang melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Seperti biasa hukum alam  ini apabila kita memerlukan sesuatu maka perlu ada bayaran untuk perkara tersebut. Maka bayaran untuk pendaptan tambahan adalah masa yang terpaksa dikorbankan selepas waktu kerja. 

Apabila rakan-rakan gembira bersama keluarga kita masih lagi kerja, apabila kawan-kawan berehat di rumah kita pula menyambung kerja di kedai burger. Itulah bayaran yang kita perlukan untuk pendapatan yang lebih. Tetapi tahukah anda bahawa ada orang yang hanya kerja sekali dan mendapat hasil berkali-kali. Ini adalah sesuatu yang benar dan telah dibuktikan. Seperti kata pepatah orang dahulu "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." Kita hanya perlu lakukan kerja untuk sekali sahaja dan akan mendapat hasil selagi produk kita dibeli orang. Ini dipanggil pendapatan pasif, contoh mudah ialah sebagai penulis buku. Selagi buku yang ditulis itu terjual maka penulis akan sentiasa mendapat bayaran rayalti untuk buku tersebut.

Bagaimana nak hasilkan pendapatan pasif akan kita bincagkan lagi pada post yang akan datang...

Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com

Thursday, October 18, 2012

Membina Perniagaan....

Salam sejahtera,

Sudah lama saya tidak bercerita disini kan, maklumlah terlalu banyak yang perkara yang dianggap penting maka kita pun akan terabai pada sesuatu yang lain. Ini adalah lumrah dalam kehidupan apabila terleka dengan sesuatu maka sesuatu yang lain akan terabai.

Sepanjang tahun ini saya ingin memulakan satu perniagaan, namun apabila nak berniaga ni kita perlu sedia dari segi mental dan fizikal. Ilmu yang ada pun perlu ditingkatkan terutamanya dalam bidang perniagaan yang hendak dilakukan.

Kenapa nak berniaga? Seringkali kita akan di tanya dan jawapan yang selalu diberikan ialah 9/10 rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Betul tu kerana Nabi kita yang bagitahu, namun kenapa ramai peniaga yang gagal?

Mereka ni mungkin gagal disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah bisnes ikut orang, apa yang orang buat dia nak buat namun bila dah tak mencapai matlamat terus tak minat. Ada juga yang bisnes ni sebab nak duit atau keuntungan banyak daalam masa yang cepat. Pada dasarnya memang semua peniaga nak untung namun cepat dan banyak adalah sesatu yang hampir mustahil.

Oleh itu untuk untuk pastikan kita mendapat keuntungan dalam perniagaan beberapa langkah perlu di ambil seperti MESTI.

M- Mentor
Orang yang boleh membimbing dengan cara yang betul bagi mencapai matlamat perniagaan kita.

E- Elmu (Ilmu)
Pengetahuan berkaitan perniagaan yang kita ingin lakukan. Kita perlu tahu kelemahan dan kelebihan perniagaan tersebut.

S- Strategi
Perancangan yang kita perlu lakukan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan yang telah di bina.

T- Target
Kita perlukan sasaran yang jelas apa yang ingin di capai dalam perniagaan yang telah kita jalankan ini.

I- Impian
 Merupakan sesuatu yang lahir dari hati untuk memeberikan kekuatan kepada kita bagi melakukan yang terbaik dalam perniagaan yang telah dijalankan. Merupakan satu perasaan yang boleh mendorong kita untuk berusaha dengan luar biasa.

Semoga dengan mengamalkan 5 perkara ini maka kita kan berjaya membina perniagaan yang akan membantu kita bebas kewangan.

Kawan saya ingin berkongsi cara membina perniagaan pelancongan, jika anda minat melancong boleh klik kat sini mungkin ini adalah peluang anda memulakan perniagaan.


Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com

Monday, July 23, 2012

Jom Tadarus

Salam sejahtera,

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Sudah hari ke empat bulan Ramadan 1433H, masih lagi dalam pusingan pertama. Dalam pusingan ketiga bulan Ramadan ada satu malam yang paling utama. Pastikan kita dapat malam tersebut, namun mengikut Ustaz nak dapat malam tersebut kena bermula pada pusingan pertama lagi. Jika hanya masuk pusingan ketiga je baru nak kejar kemungkinan tak dapat.

Maka dalam pusingan pertama dan kedua pastikan kita dah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat malam yang penuh keberkatan itu. Cara paling mudah ialah membaca Al Quran, sekarang ni banyak cara yang boleh digunakan untuk membaca Al Quran. Kita tidak semestinya perlu ada kitab, malah dalam telefon pintar pun boleh ada Al Quran versi digital. 

Dengan kemudahan teknologi yang makin canggih ni gunakanlah kearah yang boleh memberikan manafaat. Kita akan mendapat keuntungan dunia dan akhirat. Ada kawan saya ni kata mudah membaca Al Quran guna tenologi ni, yelah nak pilih Qari pun boleh. Anak beliau semakin minat untuk mempelajari Al Quran. Bagaimana dengan anda? Bukan hanya untuk anak-anak malah untuk diri sendiri pun boleh ataupun dijadikan hadiah perkahwinan dan hari lahir.

Dapatkan maklumat lanjut dengan klik pada link sebelah: www.tinyurl.com/kalamoden

Tuesday, July 17, 2012

Selamat berpuasa

Salam sejahtera,

Sedar atau tidak kita sekarang dah hampir kepada bulan yang penuh keberkatan. Kunjungannya amat dinantikan oleh orang-orang yang mengetahui kehebatanya. 

Segala amalan yang dilakukan akan dibalas berlipat kali ganda, hanya sedikit usaha hasil adalah paling lumayan.Rezeki menjadi bertambah-tambah, keberkatan melimpah ruah. 

Buatlah amalan agar mendapat pulangan dan bekalan yang berpanjangan. Didalamnya ada terdapat satu malam yang menjadi buruan. Hanya usaha satu malam hasilnya seupama seribu bulan. Jangan lah kita alpa dan lupa kedatangannya. Tingkatkan pengetahuan agar kita akan lebih bersedia dan tangkas menyambut kedatangannya. 

Selamat datang bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan rahmat.

 Membaca Al Quran merupakan cara yang paling mudah mendapatkan pahala, kerana setiap huruf ada ganjarannya. Pada zaman  ini kita lagi mudah kerana terdapat Al Quran digital mudah untuk dibawa kemana-mana.

Sekian

Tuesday, June 26, 2012

Tips untuk berjaya 2


Salam sejahtera,

Pada post kali ini saya akan berikan 2 lagi tips kejayaan. Dengan perkongsian ini akan memberikan anda semua pengetahuan untuk lebih berjaya dalam kehidupan. 

MENGUASAI MASA

Seperti yang kita sedia maklum bahawa masa merupakan aset yang dimiliki oleh semua orang. Namun hanya segelintir sahaja yang berjaya menguasainya. Apabila kita berjaya menguasai masa maka kejayaan pasti akan bersama dengan kita. Bagaimana nak menguasai masa? Pasti yang bertanya begitu kan???
Cara mudah untuk menguasai masa ialah dengan membuat sesuatu perkara mengikut kepentingan dan kesegeraan yang diperlukan. Contohnya ialah makan penting dan perlu segera apabila kita lapar. Kita perlu melihat perkara ini berdasarkan keperluan diri sendiri kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza.

KERJASAMA

Konsep kerjasama ni dah lama diterapkan dalam kehidupan kita namun pada masa sekarang ia semakin terhakis. Sikap ini adalah penting kerana ia dapat membantu sesuatu organisasi untuk terus maju. Dengan bekerjasama kita akan mempunyai ilmu yang lebih luas, idea yang lebih banyak dan modal yang lebih besar. 
Setiap perkara yang dilakukan secara kerjasama akan lebih mudah menghasilkan kejayaan apabila mempunyai satu tujuan dan matlamat. Semua itu akan mudah dilakukan apabila wujud sifat percaya kepada rakan dan dirisendiri. 

Dua tips ini akan dapat diamalkan dalam kehidupan agar kita akan lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Ilmu akan menjadi leih bermanafaat apabila dikongsikan.


Ingin Jadi Bos??? Klik Pada Link: www.videokursusaffiliate.com

Thursday, April 12, 2012

Tips untuk berjaya 1


Salam sejahtera,
Semoga hari ini lebih ceria dari semalam, dan jadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Siapa yang nak gagal? Sudah pasti semua mahukan kejayaan kan. Namun tahukah anda bahawa setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Hari ini terdapat 2 tips untuk pastikan anda terus berjaya.

JANGAN STRESS..
Inilah yang selalu kita buat! Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor2 yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!
Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan. Stres ini akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat dalam keadaan yang stress. Inilah yang menyebabkan ramai usahawan yang gagal kerana meraka stress apabila melakukan sesuatu kerja itu.

Tips untuk menghilangkan stres :
Perbanyakkan doa, berzikir dan baca Al Quran..

BERKONGSI IDEA DAN MAKLUMAT
Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea
yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea
tersebut di simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.
Eh, betul lah kan kalau idea kalau disebarkan, habislah idea kita tu!Oh, tidak sama sekali. Sebenarnya, Kalau kita berkongsi idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psokologi, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat lagi daripada idea asal tadi. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakkan yang pantas untuk merealisasikan idea tersebut.

Dengan menyimpan sahaja idea yang kita ada, ibarat kita tidak mempunyai apa2 lagi. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju. Jadi, bermulalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan sebarang idea yang ada supaya dapat mengembangkan lagi minda kita untuk berfikir dengan hebat lagi.

Sekian.

Sunday, April 8, 2012

Masa makin singkat...... Last Minute Study.....

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hanya tinggal satu mingu je sebelum PSPM, hah dah mula panik ker? Jangan risau semua kan dah biasa dengan study pada saat-saat akhir ni. Namun anda semua perlu ada teknik yang betul jika tidak padah yang akan menanti. 

Belajar disaat akhir bukan menjadi kesalahan malah ada yang dapat skor lagi baik, ini kerana dia tahu potensi yang ada dalam dirinya. Kat sini ada beberapa tips untuk belajar di saat-saat akhir:

  1. Pastikan semasa anda nak belajar tu tiada gangguan (dari kawan, hp, komputer, tv dan macam2 yang difikirkan boleh menggangu).
  2. Cari tempat yang sesuai untuk belajar (tempat yang senyap, pengudaraan baik dan mempunyai cahaya yang sesuai).
  3. Mulakan dengan topik yang sukar agar anda mempunyai masa yang cukup untuk memahaminya (jika boleh rujuk kepada silibus atau learning outcome)
  4. Buat soalan-soalan lepas bagi memahirkan diri dengan bentuk soalan.
  5. Gunakan nota ringkas bagi memudahkan kefahaman.
  6. Jaga kesihatan, tidur secukupnya dan makan makanan yang berzat.
  7. Berdoa dan berusaha.
Diharap tips-tips ini akan dapat memabantu anda untuk belajar pada saat akhir ini..

Friday, April 6, 2012

Sesi 2011/2012


Salam sejahtera, 

Sesi 2011/2012 bagi pelajar matrikulasi hampir tiba ke penghujung. Pada malam ini (6/4/2012) akan berlangsungnya majlis solat hajat dan izin ilmu. Ia merupakan aktiviti utama bagi pelajar,pensyarah dan ibubapa sebelum menduduki peperiksaan. Setelah sekian lama berusaha maka sampailah masanya memohon kepada yang maha Esa.

Sedar atau tidak pada hari ini juga berakhirlah proses P&P secara formal. Semoga semua pelajar telah mendapat segala ilmu dan dapat di gunakan bukan sahaja semasa peperiksaan namun untuk sepanjang hidup. 
 

Ingin Jadi Bos??? Klik Pada Link: www.rinss.com

Tuesday, March 27, 2012

Ujian lagi...

Salam sejahtera,

Semoga anda semua sihat dan ceria. bagi pelajar SPM 2011 keputusan telah di umumkan tahniah kepada yang berjaya. Namun bagi yang tidak cemerlang jangan berputus asa kerana perjalanan anda masih jauh. Banyak perkara yang boleh dilakukan bagi mendapat kesenangan hidup. 

Setiap kali kita belajar pasti akan ada ujian, kenapa perlu dengan ujian? Dalam hidup pun ada ujian yang perlu dilalui namun  kita tidak sedar bahawa itu adalah ujian. Kerana ia datang dalam berbagai bentuk dan cara. 

Kita hanya menganggap ujian apabila di timpa musibah atau masalah, tetapi jarang menggap bahawa kesenangan juga adakala boleh menjadi satu ujian. Yelah adakah kita akan bersyukur apabila menerima kemudahan atau kesenangan. Manusia hanya tahu merungut apabila di timpa masalah atau musibah. 

Bagi orang yang beriman, apabila menghadapi musibah mereka akan memohon ampun dan bertaubat, manakala apabila menerima kesenangan mereka akan bersyukur. 

Ingin Jadi Bos??? Klik Pada Link: www.rinss.com

Thursday, March 1, 2012

Anda yang pilih

Salam sejahtera,

semoga anda semua sihat dan ceria. Sudah lama tidak menulis disini. Mungkin tiada masa atau tiada kesempatan untuk memberikan maklumat baru. 

Namun semua itu adalah alasan yang menjadi satu halangan kepada kejayaan. Atasi halangan itu dengan menwujudkan kegairahan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dengan kegairahan yang tinggi kita akan sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan kita puas dan suka.

Sama juga jika kita ingin memulakan perniagaan atau mendapatkan pendapatan tambahan di internet. Semua yang kita dengar adalah mudah untuk menjalankan perniagaan di internet. Namun semua itu akan menjadi kenangan apabila anda melakukan dengan separuh hati atau tujuan yang tidak tepat. Paling utama ialah ilmu yang perlu ada sebelum memulakan perniagaan. 

Kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama iaitu tidak mudah putus asa dan sentiasa mencari ilmu. Hanya dengan ilmu akan mengubah kehidupan kita. Seperti firman Allah di dalam Al Quran "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" Surah Ar Ra'd, ayat 11.

Bagi mengubah diri anda cera yang paling mudah ialah mencari ilmu, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan ilmu antaranya ceri guru, menghadiri bengkil atau seminar dan yang paling murah ialah membeli buka dan baca. Saya pasti anda semua boleh membaca maka tambahlah ilmu dengan membaca perkara yang kita ingin lakukan. Mulakan sekarang agar anda akan lebih mudah untuk berjaya pada masa hadapan. 

Sekian.
p/s: bagi sesiapa yang berminat nak  mulakan perniagaan internet anda boleh klik disini.

Thursday, January 5, 2012

Tahun baru 2012

Salam sejahtera,

Semoga anda semua sentiasa sihat dan gembira. Kejayaan adalah pilihan selain dari kegagalan. Jadi apakah pilihan yang terbaik??? Hanya anda yang tahu ....

Sedar atau tidak kita dah pun berada pada hari ke 6 tahun 2012, masih boleh memulakan azam. Kerana azam tidak akan hilang selagi kita melaksanakannya. Lagipun ia boleh bersifat jangka masa pendek dan panjang.

Mulakan azam anda dengan menulis matlamat menggunakan kaedah SMART. Ia lebih mudah dan tersusun serta cepat difahami. Anda boleh menggunakan kaedah SMART seperti yang dinyatakan ini.

S - Specific
- Pastikan matlamat anda adalah khusus dan tepat. Elakkan terlalu banyak perkara yang diingini dalam satu-satu masa.

M - Measurable
- Matlamat tersebut sebolehnya perlulah perkara yang boleh di ukur. Tidak terlalu abstrak dan sukar untuk di buat anggaran kejayaan.

A - Achieveable
- Apa yang kita azam adalah perkara yang boleh dicapai. Pastikan ia bukan angan-angan atau sesuatu khayalan.

R- Realistik
- Sesuatu matlamat juga perlulah yang sebenar kita boleh capai, bukannya mengikut kemampuan orang lain.

T- Time
- Perkara yang terakhir anda perlu lakuakan adalah menentukan masa yang diperlukan untuk matlamat tersebut berjaya.

Semoga sedikit penjelasan di atas akan dapat membantu anda membuat satu matlamat yang lebih jelas pada tahun ini.


********************
Ingin Jadi Bos???
Klik Pada Link DiBawah
http://www.rahsiapendapatanpasif.com
********************