Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, itu yang sepatutnya kita lakukan. Biasanya kita nak buat banyak perkara yang baik namun setelah satu ketika kita rasa jemu lalu terus tinggalkan. Oleh itu buatlah sesuatu yang kecil tetapi tetap (istiqamah), kita boleh cuba memberi salam kepada kawan-kawan.
Ia merupakan sunah Nabi, menghidupkan salam akan mengikut sunah. Cuba dengan 2 orang, esok tambah lagi lusa tambah lagi dan seterusnya. Kan kita dah berjaya buat sesuatu yang baru setiap hari. barulah hari ini lebih baik dari semalam.

Setelah sebulan peperiksan PSPM berlalu, hari ini pelajar mendapat keputusan. Biasalah apabila bercerita tentang keputusan ada yang bagus anda yang memuaskan. Semua itu adalah hasil dari usaha yang telah dilakukan sepanjang semester satu dahulu.
Kepada yang mendapat keputusan cemerlang tahniah diucapkan, manakala kepada yang mendapat keputusan kurang baik boleh cuba lagi semester ini. Ada masa untuk kita betulkan kesilapan yang lalu. Apabila dah cemerlang ni jangan terlalu sombong pula, ingatlah hidup ini ibarat roda adakala kita di atas adakala kita akan ke bawah.

Setiap keputusan yang diperolehi adalah hasil usaha yang telah dilakukan, selain itu pengorbanan juga memainkan peranan kerana kejayaan akan hadir bagi yang sanggup berkorban. Apabila mendapat keputusan selain yang diharapkan kita akan cepat melatah, mula meyalahkan orang disekeliling. Sepatutnya kita renung dahulu dalam diri apa yang telah kita lakukan sehingga mendapat keputusan sebegitu.
Penyesalan tidak seharusnya menjadi keutamaan tetapi perlu ada langkah untuk meningkatkan lagi kejayaan. Sifat tidak mudah putus asa perlu ada didalam diri setiap individu yang ingin berjaya. Kerana kegagalan adalah cara untuk mendapat kejayaan.

Apabila ada kegagalan maka kita masih menemui cara yang salah untuk berjaya, maka kita perlu ubah cara belajar atau cara kerja kita supaya lebih baik dan mendapat keputusan yang lebih cemerlang.Peluang sentiasa ada dan kita yang hendak mengambilnya atau membiarkan ia berlalu. Keputusan di tangan kita.
Buatlah keputusan yang bijak demi diri kita sendiri. Tahniah kepada yang berjaya dan usaha lagi kepada yang belum mencapai impian.