Pages

Tuesday, January 1, 2013

Tahun baru 2013, tahun kekayaan...

Salam sejahtera,

Selamat tahun baru 2013, setelah 2 hari berada di tahu baru ni macam tak terasa je kan. Apalagi jika kat negeri tu tak cuti pada 1 Januari. 

Walau apapun tahniah kepada kita yang masih diberi peluang untuk menghirup udara pada tahun 2013 ni. Dengan ruang dan masa yang masih ada maka kita perlu menggunakannya sebaik mungkin. Jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, dengan semangat yang lebih baik dan lebih fokus dalam apa pun yang dilakukan.

Dalam paparan berita sambutan tahun baru sangat meriah diseluruh negara, namun apakah yang telah kita lakukan bagi menghadapi masa yang lebih mencabar pada masa hadapan? Kepada kita yang masih diberi peluang ni pastikan paling utama dilakukan ialah menambah ilmu. Hanya dengan ilmu sahaja kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. 

Petikan ayat al-Quran surah ali-'Imran, ayat 110 yang bermaksud: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Sepatutnya menjadi satu perangsang untuk kita membuat yang terbaik kerana kita adalah umat yang terbaik bagi manusia. Kita juga perlu labih banyak melakukan amalan kebaikan dan menghalang kemungkaran. 

Semua itu hanya boleh dilakukan dengan ilmu selain daripada kuasa, jangan hanya tahu merusuh dan mengkritik dengan cara yang tidak elok. Perbincangan boleh dijadikan satu pentas yang baik untuk kita lebih berjaya dan dihormati. Seperti kisah Perjanjian Hudaibiyah di antara umat Islam dan pihak musrikin Mekah pada satu masa dahulu.  

Oleh itu gunakan peluang pada tahun 2013 ini sebagai satu pentas untuk kita merancang dan melaksanakan segala perkara yang baik dan mencegah kemungkaran. 

Selamat tahun baru 2013.
Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.rinss.com