Salam sejahtera,
Semoga anda semua sihat dan ceria. bagi pelajar SPM 2011 keputusan telah di umumkan tahniah kepada yang berjaya. Namun bagi yang tidak cemerlang jangan berputus asa kerana perjalanan anda masih jauh. Banyak perkara yang boleh dilakukan bagi mendapat kesenangan hidup.
Setiap kali kita belajar pasti akan ada ujian, kenapa perlu dengan ujian? Dalam hidup pun ada ujian yang perlu dilalui namun kita tidak sedar bahawa itu adalah ujian. Kerana ia datang dalam berbagai bentuk dan cara.
Kita hanya menganggap ujian apabila di timpa musibah atau masalah, tetapi jarang menggap bahawa kesenangan juga adakala boleh menjadi satu ujian. Yelah adakah kita akan bersyukur apabila menerima kemudahan atau kesenangan. Manusia hanya tahu merungut apabila di timpa masalah atau musibah.
Bagi orang yang beriman, apabila menghadapi musibah mereka akan memohon ampun dan bertaubat, manakala apabila menerima kesenangan mereka akan bersyukur.