Pages

Wednesday, November 7, 2012

Membina azam jadi penulis...

Salam sejahtera, 

Hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi nak ke tahun baru 2013. Tentu ada dikalangan kita dah mula memasang azam yang baru kan. Bagaimana dengan azam yang lepas? Sudah terlaksana? 

Kita ni sentiasa memasang azam kan, asal je sampai tahun baru terus ada azam baru. Malah ia merupakan topik yang hangat di redio dan tv. Bukan setakat tu je kat kedai kopi pun tak ketinggalan.

 Tahniah kepada mereka yang berjaya melaksanakan azam yang telah dibina, namun ada juga yang gagal kerana beberapa sebab dan halangan. Boleh cuba lagi tahun yang mendatang. Tetapi kepada yang hanya memasang azam tanpa berbuat apa-apa, ini adalah masalah.

Yelah penat nak fikir azam apa untuk tahun baru tapi pelaksanaan tak buat. Oleh sebab itu ada orang kata tak payah ada azam nanti tak buat. Betul juga tu, jika ada azam tapi tak buat maka rugilah kita. Mengikut saudara Azizi Ali, matlamat adalah penting kerana ia akan membantu kita untuk lebih fokus. 

Malah matlamat yang dicadangkan perlulah boleh diubah mengikut keadaan semasa dan persekitaran. Azam atau matlamat perlulah boleh diubah mengikut masa dan keadaan, ini akan memudahkan kita melakukan perubahan terhadap azam yang dibina. 

Yelah jika tak boleh guna cara A kita tukar cara B. Dengan ini azam kita akan dapat dilaksanakan walaupun ada halangan. macam kita nak balik rumah dari tempat kerja, jika tak boleh lalu jalan yang biasa kita guna maka kita tukar jalan lain matlamatnya sampai ke rumah. Mungkin dengan membina azam untuk menjadi penulis ia mudah untuk dimulakan. Kita boleh mula dengan menulis blog, kemudian dengan menulis rencana dan terus untuk buku. 

Semua ini tidak akan berlaku dalam sekelip mata, oleh itu kita perlu mulakan sekarang. Paling mudah bina satu blog dan ceritakan apa yang kita tahu dan ingin kongsikan kepada orang ramai. Jika kita ni seorang tukang cat maka kita boleh ceritakan pengalaman kita mengecat rumah kayu dan rumah batu. Setiap orang ada kepakaran masing-masing maka kita boleh ceritakan pengalaman kita kepada orang ramai. 

Walaupun kerja yang sama tetapi pengalaman setiap orang adalah berbeza. Contoh lain ialah jika kita dalam bidang menjual insuran, pengalaman kita mendekati prospek adalah berbeza dengan cara rakan kita walaupun dalam bidang yang sama. Kita boleh mulakan sekarang kerana ini akan mempercepatkan kita menjadi penulis. 

Disamping itu kita juga perlu berilmu agar lebih mudah untuk mencapai azam kita tu.

Semoga berjaya..