Salam sejahtera,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Tahniah kepada rakan-rakan yang menyambut hari lahir dan yang menyambut hari ulangtahun perkahwinan. Semoga perjalanan yang masih berbaki ini akan lebih bermanafaat dan memberikan keberkatan dalam kehidupan.
Setiap hari kita akan sentiasa berkira-kira, bermula dari bangun tidur hinggalah kita kembali ke kamar semula. Yelah nak bersarapan kira duit yang ada, nak ke pejabat kira masa dan macam-macam lagi yang dikira. Namun paling banyak kiraan yang dilakukan ialah berkaitan dengan kewangan. Kita akan merasa gelisah apabila kewangan kita berkurangan namun makin gelisah jika tidak dapat meningkatkan lagi pendapatn .
Bermacam-macam kerja akan kita lakukan untuk menambah pendapatan. Jika kita telah mempunyai pekerjaan tetap maka masa selepas kerja akan digunakan untuk kerja sampingan. Pada masa sekarang ramai yang melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Seperti biasa hukum alam ini apabila kita memerlukan sesuatu maka perlu ada bayaran untuk perkara tersebut. Maka bayaran untuk pendaptan tambahan adalah masa yang terpaksa dikorbankan selepas waktu kerja.
Apabila rakan-rakan gembira bersama keluarga kita masih lagi kerja, apabila kawan-kawan berehat di rumah kita pula menyambung kerja di kedai burger. Itulah bayaran yang kita perlukan untuk pendapatan yang lebih. Tetapi tahukah anda bahawa ada orang yang hanya kerja sekali dan mendapat hasil berkali-kali. Ini adalah sesuatu yang benar dan telah dibuktikan. Seperti kata pepatah orang dahulu "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." Kita hanya perlu lakukan kerja untuk sekali sahaja dan akan mendapat hasil selagi produk kita dibeli orang. Ini dipanggil pendapatan pasif, contoh mudah ialah sebagai penulis buku. Selagi buku yang ditulis itu terjual maka penulis akan sentiasa mendapat bayaran rayalti untuk buku tersebut.
Bagaimana nak hasilkan pendapatan pasif akan kita bincagkan lagi pada post yang akan datang...
Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com