Pages

Thursday, October 18, 2012

Membina Perniagaan....

Salam sejahtera,

Sudah lama saya tidak bercerita disini kan, maklumlah terlalu banyak yang perkara yang dianggap penting maka kita pun akan terabai pada sesuatu yang lain. Ini adalah lumrah dalam kehidupan apabila terleka dengan sesuatu maka sesuatu yang lain akan terabai.

Sepanjang tahun ini saya ingin memulakan satu perniagaan, namun apabila nak berniaga ni kita perlu sedia dari segi mental dan fizikal. Ilmu yang ada pun perlu ditingkatkan terutamanya dalam bidang perniagaan yang hendak dilakukan.

Kenapa nak berniaga? Seringkali kita akan di tanya dan jawapan yang selalu diberikan ialah 9/10 rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Betul tu kerana Nabi kita yang bagitahu, namun kenapa ramai peniaga yang gagal?

Mereka ni mungkin gagal disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah bisnes ikut orang, apa yang orang buat dia nak buat namun bila dah tak mencapai matlamat terus tak minat. Ada juga yang bisnes ni sebab nak duit atau keuntungan banyak daalam masa yang cepat. Pada dasarnya memang semua peniaga nak untung namun cepat dan banyak adalah sesatu yang hampir mustahil.

Oleh itu untuk untuk pastikan kita mendapat keuntungan dalam perniagaan beberapa langkah perlu di ambil seperti MESTI.

M- Mentor
Orang yang boleh membimbing dengan cara yang betul bagi mencapai matlamat perniagaan kita.

E- Elmu (Ilmu)
Pengetahuan berkaitan perniagaan yang kita ingin lakukan. Kita perlu tahu kelemahan dan kelebihan perniagaan tersebut.

S- Strategi
Perancangan yang kita perlu lakukan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan yang telah di bina.

T- Target
Kita perlukan sasaran yang jelas apa yang ingin di capai dalam perniagaan yang telah kita jalankan ini.

I- Impian
 Merupakan sesuatu yang lahir dari hati untuk memeberikan kekuatan kepada kita bagi melakukan yang terbaik dalam perniagaan yang telah dijalankan. Merupakan satu perasaan yang boleh mendorong kita untuk berusaha dengan luar biasa.

Semoga dengan mengamalkan 5 perkara ini maka kita kan berjaya membina perniagaan yang akan membantu kita bebas kewangan.

Kawan saya ingin berkongsi cara membina perniagaan pelancongan, jika anda minat melancong boleh klik kat sini mungkin ini adalah peluang anda memulakan perniagaan.


Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com