Salam sejahtera,
Sedar atau tidak kita sekarang dah hampir kepada bulan yang penuh keberkatan. Kunjungannya amat dinantikan oleh orang-orang yang mengetahui kehebatanya.
Segala amalan yang dilakukan akan dibalas berlipat kali ganda, hanya sedikit usaha hasil adalah paling lumayan.Rezeki menjadi bertambah-tambah, keberkatan melimpah ruah.
Buatlah amalan agar mendapat pulangan dan bekalan yang berpanjangan. Didalamnya ada terdapat satu malam yang menjadi buruan. Hanya usaha satu malam hasilnya seupama seribu bulan. Jangan lah kita alpa dan lupa kedatangannya. Tingkatkan pengetahuan agar kita akan lebih bersedia dan tangkas menyambut kedatangannya.
Selamat datang bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan rahmat.
Membaca Al Quran merupakan cara yang paling mudah mendapatkan pahala, kerana setiap huruf ada ganjarannya. Pada zaman ini kita lagi mudah kerana terdapat Al Quran digital mudah untuk dibawa kemana-mana.
Sekian