Pages

Sunday, December 26, 2021

Banjir

 Setiap tahun pasti akan berlaku banjir terutamanya bagi negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Ini merupakan fenomena biasa semenjak dahulu lagi. Semasa tahun 1980 -1990 an, musim tengkujuh amat ditunggu walaupun akan ada musibah yang berlaku namun bagi sebahagian penduduk sudah menjadi rutin yang perlu dihadapi. 

Maka mereka telah bersedia dengan keadaan ini yang akan hadir saban tahun. Sekarang fenomena ini telah menjadi sesuatu yang luar biasa bila ada kawasan yang jarang dinaiki air terlibat. Banyak faktor yang perlu diambil kira namun sekarang semua penghuni yang tinggal berhampiran sungai perlu berwaspada sentiasa.

Kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini menjadikan sebahagian penduduk di Shah Alam dan Klang hilang tempat tinggal dan terpaksa menetap di pusat pemindahan sementara (PPS). Paras air yang meningkat sehingga menyebabkan rumah tenggelam. Selain dari kawasan di Selangor, negeri-negeri pantai timur juga dilanda banjir.

Dalam menghadapi situasi ini pihak-pihak yang terlibat sebagai mangsa dan penyelamat perlu bertenang. Pasti akan ada kekurangan yang diperhatikan namun setiap orang adalah berbeza. Sikap tolak ansur dan menghargai perlu ada supaya keadan menjadi tenbang.

Semoga perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua orang samada yang terlibat atau tidak. Setiap perkara yang dilakukan pasti akan ada ganjaran.

#ceritasyaha