Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan banyak berlaku krisis dalam kehidupan seharian terutamanya bagi mereka yang bekerja dan mendapat rezeki secara harian. Golongan ini menghadapi masalahan dalam menjalani kehidupan apabila tidak dapat keluar mencari rezeki.
Malah ramai yang terpaksa menukar sektor pekerjaan semata-mata untuk mengisi perut. Itu sebabnya setiap orang perlu ada kemahiran yang boleh digunakan apabila keadaan mendesak.
Semasa PKP ramai yang menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan. Malah kaedah pemasaran juga telah berubah apabila ramai yang menggunakan kaedah pembelian melalui dalam talian. Minat yang dimiliki boleh dijadikan satu kerjaya dengan mendapatkan sekumpulan orang ynag ingin menggunakan perkhidmataan yang kita berikan.
Ramai yang ingin memeulakan perniaggan secara dalam talian, maka kita boleh memberikan khidmat berkaitan dengan perniagaan dalam talian. Jika kita ada kemahiran tersebut. Malah kemahiran paling utama ialah bagaimana menguruskan sekelompok orang dengan kemahiran tertentu untuk memberi khidmat.
Ini yang dapat dilihat pada laman web FIVERR kerana platform tersebut menyediakan ramai orang dengan minat tetentu bagi membina kerjaya mereka. Tawaran kerja secara kontrak menjadi satu trend pada masa kini. Jika perlukan penulis iklan hanya cari dan bayar jika ia memenuhi kep[erluan yang kita inginkan.
Ini yang dinamakan sebagai menggunakan kemahiran orang lain untuk kerjaya. Kita hanya menguruskan perkara yang utama dan lebih penting. Gali minat dan bina kemahiran supaya ia dapat menjadi sumber pendapatan pada bila-bila masayang kita ingin.
#ceritasyah