Pages

Tuesday, December 28, 2021

Hujung tahun 2021

 Apabila sampai ke bulan Disember pasti akan ada dua persoalan sering di tanya. Adakah azam tahun ini sudah dapat dilaksanakan dan apakah azam tahun baharu?

Banyak cara digunakan untuk menunjukan betapa pentingnya mempunyai azam, namun apabila terlalu besar maka amat sukar untuk dicapai.

Setiap perkara yang ingin dicapai biasanya akan menggunkan kaedah SMART. Semenjak dibangku sekolah lagi diterapkan agar menggunakan kaedah ini sebelum melakukan program. Seiring dengan peredaran masa sudah banyak kaedah yang digunakan bagi membina azam tahun baharu.

Jika dahulu penekanan lebih diberikan kepada kejayaan dalam bidang kerjaya atau bidang pelajaran. Sekarang ia lebih luas iaitu melibatkan kesihatan, kewangan dan kekeluargaan. Ia juga bukan hanya terikat untuk satu tahun malah telah wujud bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang. 

Kejayaan juga bukan hanya setelah mencapai peringkat tertinggi namun perlulah berperingkat agar senang untuk melakukan pemantauan bagi memastikan sentiasa berada pada landasan yang betul. 

#ceritasyah