Salam sejahtera,
Seorang kawan pada saya seorang yang sukar untuk marah, namun terlihat sedang memarahi sekumpulan pelajar.
Saya terus menyapanya dan bertanyakan kenapa dia nampak macam sangat marah? Sedangkan dia bukan jenis yang mudah marah.
Rupanya ada cerita disebalik peristiwa tersebut. Mungkin boleh menjadi pengajaran kepada kita.
Sekumpulan pelajar telah meminta dia membelikan kek di pekan. Dengan perasaan yang ingin menolong, dia bersetuju untuk membantu pelajar tersebut.
Setelah kek tersebut berpindah tangan tidak ada ucapan keramat yang diutarakan. Mungkin pelajar tersebut terlupa.
Namun setelah sekian masa, dia bertanya pelajar berkenaan tentang kek tesebut terus pelajar tersebut tergelak dan mengatakan telah habis mereka makan.
Dia terasa hati dengan perangai yang ditujukkan oleh pelajar tersebut. Bukan dia mahu pun kek tersebut. Tetapi pada pandangannya pelajar-pelajar tersebut tidak memiliki akhlak yang mulia.
Dengan usahnya untuk membantu mereka mendapatkan kek, namun tidak ada pun sekelumit ucapan "Terima kasih".
#ceritasyah
Monday, October 7, 2019
Thursday, September 12, 2019
Amalkan sunnah.
Salam sejahtera,
#ceritasyah
Sunnah Rasulallah SAW dalam kehidupan seharian sangat banyak. Bermula dari bangun dari tidur sehingga kembali untuk beradu. Sebolehnya jadikan satu amalan sunnah sebagai satu tabiat. Mengikut ustaz Muhadir Haji Joll, sunnah yang mudah diamalkan dan menjadikan kita sentiasa ada hubungan dengan Allah ialah dengan membaca Bismillah.
Jadikan bacaan Bismillah sentiasa ringin dilidah kita semasa hendak melakukan sesuatu. Secara tidak langsung perkara tersebut terus menjadi ibadah. Oleh yang demikian kita sentiasa melakukan ibadah walaupun bukan berada di masjid.
Teringat saya kepada satu buku yang perna dibaca pada suatu ketika dahulu. Kisah yang menceritakan sepasang suami isteri yang hidup serba serdahana di hujung kampung. Si isteri mempunyai satu tabiat yang tidak disukai oleh suaminya. Setiap kali sebelum melakukan sesuatu pasti terpacul dari mulutnya kalimah Bismillah.
Si suami merasa tidak selesa dengan perkara tersebut lalu cuba mengenakan isterinya. Pada suatu hari suami tersebut telah meletakkan satu sarang lebah didalam bekas beras. Bertujuan untuk menyakitkan isterinya. Semasa isterinya ingin memasak nasi lalu diambil periuk dan menujuk ke bekas beras. Sebelum membuka bekas tersebut si isteri membaca kalimah Bismillah sambil tangan membuka penutup denga hati-hati.
Disebalik pintu suami memerhati kelakukan isterinya dengan harapan lebah yang terkejut akan menyengat dan menyakitkan isterinya. Namun lain yang berlaku, isterinya terperanjat kerana di dalam bekas tersebut terdapat beras yang banyak. Sedangkan semalam bekas tersebut sudah tinggal separuh. Lalu si isteri terus memanggil suaminya untuk mengucapkan terima kasih.
Denagan terkejut suaminya mendekati isterinya yang sedang menghadap bekas beras dengan keadaan yang ragu-ragu. Namun setelah dilihat memang betul bekas tersebut penuh dengan beras. Lalu si suami memohon maaf kepada isterinya dan menceritakan keadan yang sebenar dengan penuh penyesalan. Bermula di saat tersebut suami isteri tersebut hidup dengan penuh kegembiraan.
Walaupun ia adalah satu cerita, namun kita boleh mengambil iktibar bahawa setiap kalimah yang baik akan menghasilkan kebaikan. Sekarang pilihlah satu sunnah untuk menjadikan amalan seharian kita. Perkara tersebut mungkin juga dari segi perbuatan seperti menyebarkan salam dan memberikan senyuman kepada semua orang.
Labels:
projekbangkit
Monday, July 1, 2019
Puasa enam Syawal
Salam sejahtera,
Syukur setelah cukup sebulan puasa pada bulan Ramadan, kita semua menyambut hari raya dengan meriah. Semua lapisan masyarakat dan umur menyambut dengan penuh kesyukuran.
Sedang asyik meraikan kemenangan melawan nafsu makan pada siang hari semasa bulan Ramadan, ramai dikalangan kita yang terlupa dengan puasa enam hari di bulan syawal. Puasa enam ini sangat besar faedahnya bagi kita yang mengetahui.
Berusahalah untuk mendaptkan enam hari puasa di bulan syawal agar kita menerima ganjaran berpuasa selama setahun. Jika tidak dapat enam hari berusahalah untuk mendapat sebanyak yang boleh.
Pilihan ditangan kita.
Syukur setelah cukup sebulan puasa pada bulan Ramadan, kita semua menyambut hari raya dengan meriah. Semua lapisan masyarakat dan umur menyambut dengan penuh kesyukuran.
Sedang asyik meraikan kemenangan melawan nafsu makan pada siang hari semasa bulan Ramadan, ramai dikalangan kita yang terlupa dengan puasa enam hari di bulan syawal. Puasa enam ini sangat besar faedahnya bagi kita yang mengetahui.
Berusahalah untuk mendaptkan enam hari puasa di bulan syawal agar kita menerima ganjaran berpuasa selama setahun. Jika tidak dapat enam hari berusahalah untuk mendapat sebanyak yang boleh.
Pilihan ditangan kita.
Tuesday, April 16, 2019
Cerita saham
Hari ini dapat belajar satu ilmu
berkaitan dengan pelaburan. Apabila sebut pelaburan pasti akan teringat kepada
ASB. Hanya itu sahaja medium pelaburan yang didedahkan kepada masyarakat.
Apabila tabung haji mengumumkan pembayaran Hibah yang sangat rendah pada tahun
ini ramai yang berpusu-pusu ke pejabat tabung haji berdekatan untuk
mengeluarkan simpanan.
Setiap individu perlu belajar
berkaitan ilmu pelaburan adakah ingin melabur atau tidak itu persoalan kedua.
Paling utama tahu ilmu dan ada akaun pelaburan. Dengan ilmu dan teknik yang
betul setiap risiko kerugian dapat dikurangkan dan keuntungan dapat di
tingkatkan.
Apabila melibatkan diri dalam
pelaburan keuntungan dan kerugian adalah tanggungjawab pelabur tersebut. Setiap
keputusan yang diambil akan melibatkan rugi dan untung. Ini sesuai bagi
individu yang ingin menambah pendapatan tetapi tidak suka untuk berjumpa dengan
orang untuk menjual.
Pelajari ilmu ini dari awal dengan
cara yang betul boleh menjana pendapatan kepada isi rumah.
Perkara baik
Salam sejahtera,
Setiap orang mempunyai sifat baik dalam diri. Apabila melakukan kesalahan kita akan segera memohon keampunan. Paling mudah ialah dengan beristighfar. Namun kita perlu sentiasa mengingatkan diri untuk berhati-hati agar kesalahan tersebut tidak berulang.
Apabila melakukan kesalahan hanya pada Yang Maha Esa urusan kita hanya berserah kepadaNya. Namun apabila melibat makhluk lain fasa keampunan akan bertambah. Elakkan daripada melakukan kesalahan pada orang terutamanya yang melibatkan perkataan.
Pada zaman teknologi maklumat ini, setiap perkataan yang ditulis akan kekal dan dapat di lihat serta dikongsi oleh ramai orang. Sentiasa beringat sebelum menulis perkara yang boleh menimbulkan persangka negatif. Kongsikan perkara-perkara kebaikan agar ia menjadi talian hayat semasa kita di sana.
Jadilah orang yang kaya di dunia dan di akhirat. Itu adalah pilihan kita, untuk menjadi kaya atau menjadi seorang yang muflis. Kita perlulah sentiasa ada perasaan sayang kepada semua makhluk di muka bumi ini. Dengan sifat kasih sayang kehidupan akan menjadi lebih bahagia.
Bagi permulaan pasti amat sukar untuk melakukannya, oleh sebab itu kita perlu memohon kepada Allah untuk membantu. Ini kerana setiap perbuatan hamba adalah dengan kekuasaan dan aturan Yang Maha Esa.
Monday, April 8, 2019
Copywriting storytelling
Syukur hari ini dapat belajar
kaedah untuk melakukan copywriting storytelling. Secara umum terdapat peraturan
yang perlu dipatuhi supaya copywriting berjaya menarik pembaca untuk membaca
sehingga ke ayat terakhir.
Menulis copywriting menggunakan
storytelling sebaiknya mempunyai cerita yang berkaitan sesuatu topik dan
ditambah dengan perasaan. Sebagai contoh apabila ingin menceritakan kelazatan
menikmati kambing bakar.
“Dengan bau enak yang menusuk
hidung, aroma kelazatan kambing golek memanggil untuk segera dijamah. Percikan rempah
yang jatuh ke arang menambah bunyi desiran diikuti asap yang menyelubungi kedai.
Walaupun hari yang panas terik dengan sang matahari memancar garang, tidak
mematahkan semangat penggemar kambing golek beratur panjang menunggu tempat
kosong.
Sekali cuba pasti akan terngiang-ngiang
di minda untuk kembali membasahkan tekak dengan kelazatan daging yang empuk
serta berjus. Rempah ratus yang diperap menjadikan rasa asli zaman Nusantara.”
Itu adalah contoh storytelling
yang boleh dihasilkan, paling mudah ialah dengan melakukan kaedah penceritaan seperti
berbual dengan rakan. Kaedah ini perlu dipelajari dan dilatih supaya dapat
menghasilkan ayat yang lebih menarik. Teruskan belajar dan menulis supaya setiap
ilmu yang dipelajari menjadi amalan serta sumbangan kepada masyarakat.
Wednesday, April 3, 2019
Pastikan cukup
Salam sejahtera,
Semasa berbelanja di sebuah pasar raya, suasana agak sesak dengan pelanggan yang berbelanja dengan banyak. Setelah selesai mengambil barang yang diperlukan, terus kekaunter untuk melakukan pembayaran.
Dihadapan seorang lelaki dan isterinya sedang melakukan pembayaran, selesai sahaja juruwang memasukan harga dan menjumlahkan harga. Sisuami mengeluarkan kad untuk melakukan pembayaran.
Juruwang tersebut bertanya ingin menggunakan "wave" atau pin? Terus dia menjawab gunakan "wave". Dengan perkhidmatan "wave" ni mudah unutk melakukan pembayaran tanpa memasukan kata laluan pada alat pembaca kad. Namun nilai tidak dapat di jelaskan disebabkan telah melebihi had. Digunakan cara memasukkan kata laluan juga menemui jalan buntu.
Semasa mereka sedang berbincang ingin menyelesaian masalah tersebut, terpapar nilai pembelian adalah RM 111.50. Mungkin kadar pembayaran menggunakan kedua-dua kaedah tersebut telah dihadkan kepada RM100. Ini menyebabkan proses pembayaran tidak dapat dilakukan.
Sebelum melakukan pembayaran menggunakan kad debit perlulah dipastikan had yang telah ditetapkan supaya pembayaran dapat dilakukan dengan lancar. Ini bagi memastikan pelanggan lain tidak menghadapi kesulitan.
Akhirnya mereka dapat melakukan pembayaran apabila mengenluarkan tunai dari mesin ATM berhampiran.
Subscribe to:
Posts (Atom)