Pages

Tuesday, April 16, 2019

Cerita saham


Hari ini dapat belajar satu ilmu berkaitan dengan pelaburan. Apabila sebut pelaburan pasti akan teringat kepada ASB. Hanya itu sahaja medium pelaburan yang didedahkan kepada masyarakat. Apabila tabung haji mengumumkan pembayaran Hibah yang sangat rendah pada tahun ini ramai yang berpusu-pusu ke pejabat tabung haji berdekatan untuk mengeluarkan simpanan.

Setiap individu perlu belajar berkaitan ilmu pelaburan adakah ingin melabur atau tidak itu persoalan kedua. Paling utama tahu ilmu dan ada akaun pelaburan. Dengan ilmu dan teknik yang betul setiap risiko kerugian dapat dikurangkan dan keuntungan dapat di tingkatkan.

Apabila melibatkan diri dalam pelaburan keuntungan dan kerugian adalah tanggungjawab pelabur tersebut. Setiap keputusan yang diambil akan melibatkan rugi dan untung. Ini sesuai bagi individu yang ingin menambah pendapatan tetapi tidak suka untuk berjumpa dengan orang untuk menjual.

Pelajari ilmu ini dari awal dengan cara yang betul boleh menjana pendapatan kepada isi rumah.