Pages

Thursday, September 12, 2019

Amalkan sunnah.

Salam sejahtera,

Sunnah Rasulallah SAW dalam kehidupan seharian sangat banyak. Bermula dari bangun dari tidur sehingga kembali untuk beradu. Sebolehnya jadikan satu amalan sunnah sebagai satu tabiat. Mengikut ustaz Muhadir Haji Joll, sunnah yang mudah diamalkan dan menjadikan kita sentiasa ada hubungan dengan Allah ialah dengan membaca Bismillah. 

Jadikan bacaan Bismillah sentiasa ringin dilidah kita semasa hendak melakukan sesuatu. Secara tidak langsung perkara tersebut terus menjadi ibadah. Oleh yang demikian kita sentiasa melakukan ibadah walaupun bukan berada di masjid.

Teringat saya kepada satu buku yang perna dibaca pada suatu ketika dahulu. Kisah yang menceritakan sepasang suami isteri yang hidup serba serdahana di hujung kampung. Si isteri mempunyai satu tabiat yang tidak disukai oleh suaminya. Setiap kali sebelum melakukan sesuatu pasti terpacul dari mulutnya kalimah Bismillah.

Si suami merasa tidak selesa dengan perkara tersebut lalu cuba mengenakan isterinya. Pada suatu hari suami tersebut telah meletakkan satu sarang lebah didalam bekas beras. Bertujuan untuk menyakitkan isterinya. Semasa isterinya ingin memasak nasi lalu diambil periuk dan menujuk ke bekas beras. Sebelum membuka bekas tersebut si isteri membaca kalimah Bismillah sambil tangan membuka penutup denga hati-hati. 

Disebalik pintu suami memerhati kelakukan isterinya dengan harapan lebah yang terkejut akan menyengat dan menyakitkan isterinya. Namun lain yang berlaku, isterinya terperanjat kerana di dalam bekas tersebut terdapat beras yang banyak. Sedangkan semalam bekas tersebut sudah tinggal separuh. Lalu si isteri terus memanggil suaminya untuk mengucapkan terima kasih. 

Denagan terkejut suaminya mendekati isterinya yang sedang menghadap bekas beras dengan keadaan yang ragu-ragu. Namun setelah dilihat memang betul bekas tersebut penuh dengan beras. Lalu si suami memohon maaf kepada isterinya dan menceritakan keadan yang sebenar dengan penuh penyesalan. Bermula di saat tersebut suami isteri tersebut hidup dengan penuh kegembiraan.

Walaupun ia adalah satu cerita, namun kita boleh mengambil iktibar bahawa setiap kalimah yang baik akan menghasilkan kebaikan. Sekarang pilihlah satu sunnah untuk menjadikan amalan seharian kita. Perkara tersebut mungkin juga dari segi perbuatan seperti menyebarkan salam dan memberikan senyuman kepada semua orang. 

#ceritasyah