Pages

Monday, December 4, 2017

Berniaga

Salam sejahtera,

Ramai yang ingin memulakan perniagaan, namun meraka keliru dengan majalankan perniagaan atau membuat duit melalui jualan.

Pada dasarnya ia merupakan dua perkara yang berbeza walaupun nampak sama. Ini kerana apabila membuat duit, maka hasil pendapatan hanyalah diperolehi apabila berlaku jualan. Sedangkan apabila kita membina perniagaan sumber pendapatan tidak semestinya melalui jualan produk. Ia boleh disebabkan penjualan jenama dan prestij produk.

Terdapat bermacam-macam jenis perniagaan yang boleh diceburi. Bagi memudahkan perbincangan kita boleh bahagikan kepada beberapa kategori utama.

Kategori ini biasanya mengikut keperluan asas manusia untuk hidup. Keperluan utama untuk hidup ialah makanan, kemudian diikuti pakaian, kesihatan juga menjadi keperluan pada masa sekarang, ilmu pengetahuan adalah nadi penggerak pada abad ke 21 dan terakhir ialah perlindungan terdiri daripada keselamatan dan tempat kediaman.

Apabila berbincang tentang keperluan maka setiap usahawan perlu tahu siapakah pelanggan mereka. Ini akan memudahkan proses pengumpulan maklumat dan penjualan. Dengan maklumat pelanggan yang telah diperoleh maka peniaga akan dapat meningkatkan hubungan dengan setiap pelanggan.
 
Perhubungan dengan pelangan akan meningkatkan jualan untuk produk yang akan datang. Ini merupakan kelebihan kepada peniaga kerana tidak perlu lagi mendapatkan pelanggan baharu. Pelanggan baharu hanya perlu di tingkatkan dalam jumlah yang sedikit bagi setiap bulan.
 
Sediakan hadiah-hadiah sampingan supaya pelanggan akan sentiasa ingat kepada produk atau perkhidmatan kita. Hadiah mungkin dalam bentuk nasihat atau ebook yang membantu pelanggan dalam masalah yang dihadapi. Selain ebook penghasilan video dan audio juga mendapat sambutan. Sediakan bahan dan edarkan kepada pelanggan anda.
 
#coretansyah