Pages

Friday, December 8, 2017

Azam baharu?

Selamat sejahtera,

Ayat yang sering ditanyakan setiap kali menjelmanya Disember. Apa azam tahun hadapan? Kita akan mendengar berbagai perbincangan berkaitan dengan azam tahun baharu. Ramai pakar-pakar motivasi yang akan dijemput di televisyen dan radio untuk membincangkan topik tersebut. Serta berbagai-bagai cara dicadangkan untuk meningkatkan serta melaksanakan azam.

Setiap saranan yang diberikan amat bermakna apabila diikuti. Sebenarnya azam tidak perlu tunggu Disember. Malah ia perlu dilakukan setiap hari. Apabila hanya menunggu masa-masa tertentu maka ia menjadikan satu modal untuk kita menangguhkan sesuatu perbuatan baik.

Sedangkan kita diminta untuk bersegera melakukan sesuatu yang memberikan manfaat dan kebaikan. Supaya azam terlaksana tulis apa yang ingin dilakukan serta masa untuk di capai perkara tersebut. Pastikan ia dapat diukur keberhasilan supaya mudah untuk di pantau.

Kaedah yang biasa dibincangkan ialah menggunakan strategi SMART iaitu
S- Specific (khusus)
M- Measurable (boleh diukur)
A- Achievable (boleh dicapai)
R- realistic (realistik, keadaan sebenar)
T- Time bound (ada tempoh masa)

Kadang-kadang kita mempunyai azam yang sangat besar dan sukar untuk dicapai dalam masa singkat maka ia perlu dipecahkan mengikut fasa-fasa yang lebih kecil supaya lebih realistik dan mudah dicapai.

Paling utama azam perlu ditulis supaya kita dapat melihat dan membacanya setiap hari. Ini secara tidak langsung akan menjadikan minda kita sentiasa bekerja untuk mencapai azam tersebut.

Tulislah sekarang.