Selamat sejahtera,
Ayat yang sering ditanyakan
setiap kali menjelmanya Disember. Apa azam tahun hadapan? Kita akan mendengar
berbagai perbincangan berkaitan dengan azam tahun baharu. Ramai pakar-pakar
motivasi yang akan dijemput di televisyen dan radio untuk membincangkan topik
tersebut. Serta berbagai-bagai cara dicadangkan untuk meningkatkan serta
melaksanakan azam.
Setiap saranan yang diberikan amat bermakna apabila diikuti.
Sebenarnya azam tidak perlu tunggu Disember. Malah ia perlu dilakukan setiap
hari. Apabila hanya menunggu masa-masa tertentu maka ia menjadikan satu modal
untuk kita menangguhkan sesuatu perbuatan baik.
Sedangkan kita diminta untuk bersegera melakukan sesuatu yang
memberikan manfaat dan kebaikan. Supaya azam terlaksana tulis apa yang ingin
dilakukan serta masa untuk di capai perkara tersebut. Pastikan ia dapat diukur
keberhasilan supaya mudah untuk di pantau.
Kaedah yang biasa dibincangkan ialah menggunakan strategi SMART
iaitu
S- Specific (khusus)
M- Measurable (boleh diukur)
A- Achievable (boleh dicapai)
R- realistic (realistik, keadaan sebenar)
T- Time bound (ada tempoh masa)
Kadang-kadang kita mempunyai azam yang sangat besar dan sukar untuk
dicapai dalam masa singkat maka ia perlu dipecahkan mengikut fasa-fasa yang
lebih kecil supaya lebih realistik dan mudah dicapai.
Paling utama azam perlu ditulis supaya kita dapat melihat dan
membacanya setiap hari. Ini secara tidak langsung akan menjadikan minda kita
sentiasa bekerja untuk mencapai azam tersebut.
Tulislah sekarang.