Semasa belajar dahulu kami kerap
meluangkan waktu untuk bermain bowling. Tempat yang bisa kami pergi ialah di
the Mines Serdang. Seronok apabila bermain ramai-ramai ni.
Macam jadi tradisi pula, setiap
kali minggu peperiksaan kami akan ramai-ramai ke pusat bowling. Kononnya nak
lepaskan tekanan setelah menjawab peperiksaan.
Kami bermain hanya 3 pusingan
namun terasa amat lama, yelah kami ada lebih kurang 5 hingga 6 orang. Setiap
kali ingin melakukan lontaran bermacam-macam aksi yang dilakukan.
Seorang kawan ni suka sangat
menggunakan bolo yang berat katanya kuasa akan lebih tinggi masa hentaman. Maka
lebih banyak pin yang akan jatuh.
Ada pula yang kononnya nak guna
gaya putaran, macam pemain profesional. Kadang-kadang jadi, tapi banyak yang
masuk longkang.
Paling seronok apabila melihat
seorang kawan yang sangat beria-ia melontar bola bowling, tapi bola hilang di
landasan. Rupa-rupanya bola terlepas ke belakang bukan di atas landasan yang
sepatutnya.
Kami ketawa sehingga keluar air
mata....
Masa mula-mula main tu banyaklah
yang masuk longkang berbanding yang kena pin. Setelah beberapa kali melakukan
lontaran adalah sesekali "strike".
Terasa rugi pula apabila
"strike" yelah kita bayar untuk setiap pusingan. Jika sentiasa strike
maka hanya 11 kali je yang kita boleh lontar. Jika tidak strike dapat lah 20
kali lontar. :-)
Kenangan masa belajar sangat
indah apabila mendapat sahabat-sahabat yang sentiasa membantu di waktu senang
atau susah.
#ceritasyah