Pages

Thursday, September 3, 2015

Tulislah sekarang

Salam sejahtera,

Semoga sahabat pembaca semua dirahmati dan diberkati dalam kehidupan yang dilalui sekarang. Sentiasa mendapat apa yang dihajati dan mempunyai kesihatan yang baik.

Setelah sekian lama menyepi terasa banyak yang ingin dikongsikan bersama sahabat semua. Kesibukan seharian menjadi alasan untuk tidak berkongsi ilmu. Padahal  bukan hasil yang dilihat tetapi bagaimana cara untuk mendapatkan hasil tersebut adalah lebih penting. 

Walaupun sedikit perkongsian namun jika dilakukan dengan istiqamah (tetap), maka ia akan menjadi sesuatu yang sumbangan yang besar dalam kehidupan seharian. Biasanya perkongsian secara penulisan ini sukar untuk dilakukan jika kita bukan seorang pengkarya. Namun apabila kita sentiasa melakukannya ia akan menjadi lebih baik.

Ramai sahabat yang berkata meraka tidak pandai menulis. Ada benarnya perkara tersebut kerana saya pun bukan hebat sangat dalam penulisan karangan semasa di sekolah dahulu. Mungkin dengan cara bercerita akan membantu kita memulakan penulisan. 

Kita boleh bercerita tentang perkara yang kita lalui sepanjang hari atau pandangan terhadap sesuatu peristiwa yang kita lihat. Elakkan cerita yang melibatkan isu-isu sensitif agar penulisan kita tidak menimbulkan fitnah terutamanya terhadap agama. 

Nanti saya akan kongsikan sedikit tips dan cara untuk menulis dengan santai dan mudah. Jumpa lagi.

#coretansyah

********************************************************************************** Maklumat Penulis: 
Nik Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog sambilan. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. 
 "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." ************************************************************************************