Pages

Wednesday, February 27, 2013

Sokongan

 
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri. Kita hanya perlu melihat secara positif. 

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama, namun langkah ini adalah yang paling sukar untuk dimulakan.Setiap perkara yang ingin kita lakukan pasti ada halangan dan cabaran yang menunggu.

 Apabila kita berjaya memulakan langkah pertama maka kita perlu teruskan untuk berjaya. Antara cara yang boleh memastikan kita berjaya ialah sokongan. 

Masih ingat semasa kita belajar berjalan? Siapa yang menjadi pendorong atau penyokong pada masa itu? Pasti ahli keluargakan, terutamanya ialah ibu dan bapa. 

Dalam apa juga perkara yang kita lakukan pastikan ahli keluarga  menjadi penyokong kepada kita.Walaupun perkara yang kita lakukan mungkin tidak disukai maka carilah jalan yang sesuai untuk selesaikan. 

Apabila kita berjauhan dengan keluarga maka kawan-kawan diperlukan untuk menjadi penyokong. Oleh itu carilah kawan yang baik agar mereka dapat menegur apabila kita melakukan kesalahan dan membantu apabila kita membuat kebajikan. 

Dengan kecanggihan teknologi sekarang jarak bukan menjadi masalah untuk kita berhubung. Oleh itu sentiasalah berhubung dan bertanya kabar kepada keluarga bagi mendapat sokongan mereka. 

Oleh itu teruskan perjuangan selagi ia masih berlandaskan agama dan undang-undang.

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.