Pages

Wednesday, February 27, 2013

Bulan 2.

Salam sejahtera, 

Semoga kita akan sentiasa dirahmati dalam melakukan semua perkara pada hari ini.Sedarkah kita bahawa hari ini (28/02/2013) adalah hari terakhir untuk bulan febuari. Mungkin ada yang tahu namun ada yang terlupa kerana dah terbiasa bahawa setiap bulan adalah 30 atau 31 hari. 

Namun bulan febuari adalah sangat istimewa kerana padanyalah ada tahun lompat yang berlaku setiap empat tahun sekali. Tahun 2013 bulan ini hanya mengandungi 28 hari, maka ramai yang terlupa bahawa tahun ini dah berkurang sehari berbanding tahun 2012.

Apa yang kita boleh lakukan dalam satu hari? Mungkin ada yang bertanya begitukan? Yelah satu hari macam tak ada perbezaan. Namun dalam kehidupan kita sangat banyak perkara yang kita sudah terlepas. Pertama kita dah kehilanga solat 5 waktu, kita dah kurang masa untuk baca Al-Quran dan juga kita dah kehilangan masa sebanyak 24 jam.
 
Oleh itu hargai setiap peluang dan masa yang kita ada, jangan tangguhkan perkara yang kita boleh selesaikan pada hari ini. 

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.