Istiqamah
Bagi memastikan kita dapat melakukan sesuatu secara istiqamah (tetap), langkah-langkah ini dapat memberikan kekuatan tersebut.
1. DOA
Senjata orang mukmin yang mungkin dipandang ringan, bagi memastikan kita mendapat kekuatan untuk sentiasa melakukan perkara baik secara istiqamah maka kita perlu memohon kepada Allah agar menjadikan perkara tersebut mudah.

2. Yakin kepada Allah
Apabila kita yakin kepada janji Allah pasti kita akan tetap malakukan kebaikan kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendapat balasan baik. Maka setiap kali melakukan kebaikan kita akan nampak nikmat syurga, manakala apabila ingin melakukan kejahatan kita akan terbayang azab neraka. Dengan keyakinan tersebut sudah pasti kita hanya akan melakukan kebaikan.
3. Berkawan dengan orang soleh
“Berkawan dengan penjual minyak wangi menyebabkan kita pun bau wangi, berkawan dengan tukang besi kita pun bau asap”. Kawan-kawan adalah gambaran terhadap siapa kita yang sebenar. Seperti juga seorang jutawan biasanya akan dikelilingi oleh para jutawan. Apabila kita ingin melakukan sesuatu kebaikan maka kita perlu berkawan dengan mereka yang melakukan kebaikan.
4. Menuntut ilmu
Segala yang berlaku adalah dengan ilmu, surah pertama Al Quran pun disampaikan kepada Rasullulah meminta kita membaca. Dengan ilmu yang betul kita akan melakukan perkara kebaikan dengan betul tidak hanya mengikut orang. Ini akan lebih meyakinkan kita untuk berterusan melakukan kebaikan.
Jadikan langkah-langkah ini sebagai pembakar semangat untuk kita terus melakukan perkara baik secara tetap.
http://www.rahsiapendapatanpasif.com
Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.