Pages

Wednesday, February 27, 2013

Bulan 2.

Salam sejahtera, 

Semoga kita akan sentiasa dirahmati dalam melakukan semua perkara pada hari ini.Sedarkah kita bahawa hari ini (28/02/2013) adalah hari terakhir untuk bulan febuari. Mungkin ada yang tahu namun ada yang terlupa kerana dah terbiasa bahawa setiap bulan adalah 30 atau 31 hari. 

Namun bulan febuari adalah sangat istimewa kerana padanyalah ada tahun lompat yang berlaku setiap empat tahun sekali. Tahun 2013 bulan ini hanya mengandungi 28 hari, maka ramai yang terlupa bahawa tahun ini dah berkurang sehari berbanding tahun 2012.

Apa yang kita boleh lakukan dalam satu hari? Mungkin ada yang bertanya begitukan? Yelah satu hari macam tak ada perbezaan. Namun dalam kehidupan kita sangat banyak perkara yang kita sudah terlepas. Pertama kita dah kehilanga solat 5 waktu, kita dah kurang masa untuk baca Al-Quran dan juga kita dah kehilangan masa sebanyak 24 jam.
 
Oleh itu hargai setiap peluang dan masa yang kita ada, jangan tangguhkan perkara yang kita boleh selesaikan pada hari ini. 

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Sokongan

 
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri. Kita hanya perlu melihat secara positif. 

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama, namun langkah ini adalah yang paling sukar untuk dimulakan.Setiap perkara yang ingin kita lakukan pasti ada halangan dan cabaran yang menunggu.

 Apabila kita berjaya memulakan langkah pertama maka kita perlu teruskan untuk berjaya. Antara cara yang boleh memastikan kita berjaya ialah sokongan. 

Masih ingat semasa kita belajar berjalan? Siapa yang menjadi pendorong atau penyokong pada masa itu? Pasti ahli keluargakan, terutamanya ialah ibu dan bapa. 

Dalam apa juga perkara yang kita lakukan pastikan ahli keluarga  menjadi penyokong kepada kita.Walaupun perkara yang kita lakukan mungkin tidak disukai maka carilah jalan yang sesuai untuk selesaikan. 

Apabila kita berjauhan dengan keluarga maka kawan-kawan diperlukan untuk menjadi penyokong. Oleh itu carilah kawan yang baik agar mereka dapat menegur apabila kita melakukan kesalahan dan membantu apabila kita membuat kebajikan. 

Dengan kecanggihan teknologi sekarang jarak bukan menjadi masalah untuk kita berhubung. Oleh itu sentiasalah berhubung dan bertanya kabar kepada keluarga bagi mendapat sokongan mereka. 

Oleh itu teruskan perjuangan selagi ia masih berlandaskan agama dan undang-undang.

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Sunday, February 17, 2013

Cara kekal Istiqamah

Istiqamah
Bagi memastikan kita dapat melakukan sesuatu secara istiqamah (tetap), langkah-langkah ini dapat memberikan kekuatan tersebut.

1. DOA
Senjata orang mukmin yang mungkin dipandang ringan, bagi memastikan kita mendapat kekuatan untuk sentiasa melakukan perkara baik secara istiqamah maka kita perlu memohon kepada Allah agar menjadikan perkara tersebut mudah.

2. Yakin kepada Allah
Apabila kita yakin kepada janji Allah pasti  kita akan tetap malakukan kebaikan kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendapat balasan baik. Maka setiap kali melakukan kebaikan kita akan nampak nikmat syurga, manakala apabila ingin melakukan kejahatan kita akan terbayang azab neraka. Dengan keyakinan tersebut sudah pasti kita hanya akan melakukan kebaikan.

3. Berkawan dengan orang soleh
“Berkawan dengan penjual minyak wangi menyebabkan kita pun bau wangi, berkawan dengan tukang besi kita pun bau asap”. Kawan-kawan adalah gambaran terhadap siapa kita yang sebenar. Seperti juga seorang jutawan biasanya akan dikelilingi oleh para jutawan. Apabila kita ingin melakukan sesuatu kebaikan maka kita perlu berkawan dengan mereka yang melakukan kebaikan.

4. Menuntut ilmu
Segala yang berlaku adalah dengan ilmu, surah pertama Al Quran pun disampaikan kepada Rasullulah meminta kita membaca. Dengan ilmu yang betul kita akan melakukan perkara kebaikan dengan betul tidak hanya mengikut orang. Ini akan lebih meyakinkan kita untuk berterusan melakukan kebaikan.

Jadikan langkah-langkah ini sebagai pembakar semangat untuk kita terus melakukan perkara baik secara tetap.

http://www.rahsiapendapatanpasif.com
Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.


Saturday, February 9, 2013

Amalan berterusan.


Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Sentiaslah berusaha mendapat kebaikan pada masa akan datang. Tahniah jika anda sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Asuhlah anak tersebut supaya berguna seperti maksud hadis di atas.


Namun tidak semua sempat mempuanyai zuriat sebelum dijemput olehNya. Terutamanya kepada para pelajar yang sedang menuntut ilmu. Namun jangan risau kita masih ada peluang yang sama, kan dalam hadis tersebut ada dua lagi cara supaya amalan kita sentiasa berterusan. 

Amalan sedekah adalah cara yang paling mudah, la tak ada sumber kewangan pula? Jika nak sedekah dengan duit memangkita kita tak mampu, yelah masih belajar duit pun keluarga yang bagi. Usah risau kerana ada cara untuk mengatasinya.

Pernah para sahabat bertanya kepada Rasulullah bahawa mereka bukan dari golongan kaya untuk bersedekah, maka Nabi bersabda yang bermaksud:

 "Segala kebaikan yang dilakukan adalah sedekah." Malah senyum pun adalah satu sedekah.

Sebagai seorang pelajar maka kita boleh buat dua dalam satu, dengan bersedekah ilmu maka kita akan dapat pahala bersedekah dan memberikan ilmu bermanafaat. Kan Allah tu maha adil, cuma cara kita je yang akan menentukan apa yang kita akan dapat. 

Jadi apa tunggu lagi mulakan sekarang kerana lebih cepat kita mulakan maka hasilnya pun akan lebih banyak. Jika kita hebat dalam matematik maka ajar kawan-kawan yang lemah.

Amalan berkongsi ilmu ini perlu dijadikan sebagai rutin agar kita akan mudah memberi. Ilmu akan sentiasa bertambah apabila kita kongsikan dengan orang lain. Bukan seperti harta atau wang, ia akan semakin berkurang. Ilmu adalah satu-satunya harta yang tidak dapat dicuri dari kita. 

Semoga terus berjaya.

Bagaimana menggunakan susuk untuk menarik rezeki? Nak tahu klik di sini