Pages

Tuesday, November 1, 2011

Merancang untuk berjaya...

Salam sejahtera,

Anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal.

 Pernah anda dengar ayat tersebut? Namun begitu kita sering gagal untuk merancang walaupun perkara itu adalah kecil.

Setiap perkara perlu ada perancangan supaya kita bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku. Dengan perancangan yang betul kita akan dapat mengurangkan resiko kegagalan.

Walaupun kegagalan adalah perlu namun jika terlalu banyak ia boleh menyebabkan kita rasa tertekan dan boleh menyebabkan penyakit fizikal dan mental.

Sebagai langkah pencegahan maka lebih elok kita merancang. Perancangan mungkin terdiri dari pada matlamat yang kita ingin capai, cara atau kaedah untuk mencapai matlamat tersebut dan juga kemungkinan yang boleh berlaku semasa menuju matlamat tersebut.

Dengan cara ini kita kan lebih berwaspada dengan segala kemungkinan dan akan dapat bertindak dengan lebih cepat apabila ada tanda-tanda yang menuju ke arah kegagalan.

Segeralah merancang untuk masa depan anda...


************************
PERCUMA JE....
************************
************************

Sunday, October 23, 2011

EXAM....


Salam sejahtera,

Tahniah kepada semua pelajar Matrikulasi sesi 2011/2012 kerana berjaya sampai kepenghujung semester satu. Apabila sampai ke akhir garisan biasanya akan ada ujian yang akan menanti.Bagi semua pelajar matrikulasi, PSPM yang akan menetukan kelayakan mereka untuk meneruskan pengajian atau tidak.

Setelah segala usaha dilakukan maka sampailah waktu untuk bertawakkal kepada yang maha Esa untuk membantu. Kelebihan yang diperolehi akan lenyap dengan sekelip mata jika kita terlalu sombong. Sememangnya semua usaha telah kita lakukan namun kejayaan adalah perancangan yang maha Mengetahui. Dia lebih tahu yang terbaik untuk diri kita, maka keredaan yang sepenuhnya akan memberikan kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.

Sentiasalah bersyukur dengan segala kemudahan yang kita perolehi dan gunakan dengan sebaik mungkin. Mulakan peperiksaan dengan nama Allah semoga segalanya berjalan lancar....

Sekian.


***********************************************************
Cara mudah untuk berjimat
***********************************************************

***********************************************************

Tuesday, October 4, 2011

Berdoalah...

Salam sejahtera,

Semoga sentiasa sihat dan ceria, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Sentiasalah menambah ilmu duania dan akhirat. Kedua-duanya adalah sama penting terutamanya untuk kesejahteraan hidup.

Setiap perkara yang dilakukan untuk mencapai sesuatu mempunyai langkah-langkah tertentu. Dengan usaha yang berterusan pasti kita akan mencapai kejayaan.

Pastikan setiap usaha yang telah dilakukan disusuli dengan berdoa memohon perkenan dari Yang Maha Esa, kerana Dia yang menentukan setiap perancangan kita berjaya.Dia lebih tahu apa yang baik dan bila masa yang sesuai untuk perkenankan permohonan kita. Tugas kita ialah untuk terus berusaha dan bardoa.

Semoga dengan berdoa akan mendekatkan lagi kita kepada Allah...

www.videokursusaffiliate.com

Monday, August 29, 2011

Selamat hari raya



Salam sejahtera...

Selamat hari raya kepada semua, semoga raya tahun ni akan memberi lebih banyak ilmu dan kejayaan. Maklumlah raya tahun ni hampir bersama dengan hari kemerdekaan negara.

Segala kejayaan dan keamanan yang dinikmati sekarang diharap dapat dikekalkan selamanya. Semua ini boleh berlaku apabila semua tah tanggungjawab masing-masing. Jangan hanya nak menudah dan salah menyalahkan pihak lain. Muhasabah diri kita apa yang telah kita lakukan untuk kejayaan negara...

Sumbangan yang sedikit lebih bererti jika memberi manafaat kepada masyarakat berbanding hanya tahu komen dan komplen je..

Bersama-samalah membangunkan negara yang tercinta ini..


***********************************************************
Cara mudah untuk berjimat
***********************************************************

***********************************************************

Wednesday, August 10, 2011

Buat duit dengan Facebook??

Salam sejahtera, 

Semoga anda sihat dan ceria. Sentiaslah meningkatkan ilmu kerana hanya dengan ilmu akan dapat menjamin kehidupan pada masa akan datang. 

Sekarang ni cakap je pasal facebook, semua orang tahu. Pelik la kalau ada orang yang duduk di bandar tapi tak pernah dengar facebook.

Tapi kalau cerita pasal buat duit dengan facebook ni pulak, saya yakin hanya 10% saja orang yang tahu.

Tak ramai..

Daripada 10% tu pulak, saya jamin hanya 2% saja yang tahu cara sebenar buat duit lumayan dengan menggunakan facebook ads.

Ramai yang tak perasan sebenarnya iklan di sidebar belah kanan tu betul-betul boleh buat duit.

Macam mana?

Sedangkan di Facebook ada lebih 600 juta pengguna aktif. Ini bermaksud jika anda letak iklan anda di facebook, dan hanya 0.01% saja yang pergi ke iklan anda, anda dah pun ada..

60,000 PELAWAT!

Manakala kalau anda hanya sasarkan di Malaysia yang hanya mempunyai 11 juta pengguna dan anda sasarkan hanya 0.1% dari pengguna facebook Malaysia, anda masih boleh dapat

11,000 PELAWAT!

Cuba anda kira daripada jumlah ni, katakan 1%  daripada mereka membeli..

Anda akan dapat 110 pelanggan.

Banyak tu?

Itulah penangan facebook dalam membantu perniagaan kita.

 

Monday, July 18, 2011

Anda dan kejayaan

Salam sejahtera,

Semoga semua sihat dan ceria. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Tingkatkan ilmu dan amalkan supaya menjadi tabiat yang membantu kita pada masa akan datang.

Semua orang ingin berjaya dan mempunyai cita-cita, namun hanya sedikit yang akan berjaya. Mengikut kajian yang pernah dilakukan oleh sebuah universiti terkemuka, hanya 1% sahaja yang akan berjaya dengan cemerlang.

Manakala yang lain hanya akan mencapai kejayaan yang biasa sahaja. Malah ada yang gagal terus dalam kehidupan mereka.

Kita yang menentukan kejayaan yang dikehendaki, seperti firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud "Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum tersebut berusaha mengubah nasib mereka". Kita juga diminta supaya sentiasa berdoa untuk mendapat sesuatu, tetapi kenalah berusaha dahulu baru tawakkal.

Seperti satu kisah di zaman Rasullah SAW dimana seorang sahabat bertanya, adakah patut dia melepaskan untanya dan bertawakkal kepada Allah agar untanya tidak hilang. Namun Rasullah SAW memintanya mengikat dahulu unta tersebut kemudian bertawakkal kepada Allah.

Disini dapat kita lihat bahawa sesuatau kejayaan hanya akan tercapai dengan usaha dan bukan hanya bertawakkal atau berdoa sahaja. Oleh itu semua yang ingin berjaya perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dahulu barulah di iringi dengan doa serta tawakkal kepada Allah.

Semoga kita akan sentiasa mendapat kejayaan dalam perkara yang dilakukan dan sentiasa mengingatai Allah.

Sekian.

http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Friday, July 15, 2011

Dapatkan RM 10 Pertama


Adakah anda salah seorang individu yang telah berkecimpung didalam industri IM dan BELUM lagi menjana wang di internet?

Ingin tahu teknik mudah yang anda boleh aplikasikan sekarang untuk menjana wang di internet?

Download percuma di http://www.ringgitmania.com/hop.php?ref=nik

Hari ini, Suthan M, seorang IMer terkenal di Malaysia, telah melancarkan sebuah panduan percuma yang membongkarkan teknik mudah untuk menjana wang RM10 pertama anda di internet.

Walaupun tersebut ialah PERCUMA, namun ianya padat dengan informasi yang boleh membantu anda mengambil langkah pertama kearah permulaan bisnes internet anda.

Layari link http://www.ringgitmania.com/hop.php?ref=nik

Saya sarankan anda untuk memuat-turun laporan ini dan TAKE ACTION untuk menjana income pertama anda di internet hari ini juga!




************************************
Cara mudah membina web
************************************
*************************************

Thursday, July 14, 2011

Tutor Muda...

Salam sejahtera,

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Menambah ilmu adalah sesuatu yang penting bagi semua orang yang ingin berjaya. Hanya ilmu yang akan menjadikan mereka berbeza dari orang lain. Seperti kata bujak pandai, "Jika hendakkan dunia perlu berilmu, jika mahukan akhirat perlulah berilmu dan jika mahukan kedua-duanya juga perlu dengan ilmu."

Oleh itu sentiasalah menambah ilmu bagi meningkatkan kejayaan kita. Bagi memudahkan perkongsian ilmu program Tutor Muda (TM) yang dijalankan akan lebih mempercepatkan proses tersebut. Setiap orang yang berilmu akan lebih berjaya jika mereka berkongsi dan mengajar kepada orang lain.

Secara tidak langsung kita juga akan membina satu perhubungan yang sihat dalam perkongsian ilmu. Terdapat hadis yang memberitahu kepentingan berkongsi ilmu kerana ia akan menjadi satu amalan yang memberikan pahala secara berterusan walaupun kita telah tiada. Oleh itu perkongsian ilmu yang bermanafaat adalah digalakkan.

Semoga kita akan sentiasa menyebarkan ilmu kepada setiap orang.



***********************************************************
Cara mudah untuk berjimat
***********************************************************

***********************************************************

Sunday, June 19, 2011

Kenapa Facebook?

Salam sejahtera.

Semoga semua sihat dan ceria, tambah lah ilmu untuk berjaya. Setiap hari kita akan mendengar Facebook, di pejabat, di kedai malah dimana-mana sahaja. Setiap orang ada akaun Facebook dari pelajar sekolah rendah hingga datuk dan nenek pun ada. Memang dasyat penangan Facebook ni.

Bagi seorang yang bijak peluang ini akan menjadi satu medium yang sesuai untuk menawarkan pelbagai produk keperluan. Namun kita perlu mengkaji apakah keperluan rakan-rakan Facebook kita. Jangan main hentam je, oleh itu pastikan tema Facebook kita adalah bersesuaian dengan produk yang ingin kita pasarkan.

Sebagai contoh jika nak pasarkan produk berkaitan kereta pastikan Facebook kita bercerita tentang kereta. Update berkaitan kereta akan menarik peminat kereta untuk menjadi rakan Facebook kita. Maka peluang untuk membuat jualan adalah tinggi. Selain itu maklumat yang diberi perlu sentiasa di update, supaya rakan-rakan mendapat maklumat yang sesuai.

Nak jual di Facebook tak boleh terus kena guna teknik jualan senyap.... Apa pula jualan senyap tu? Jual apabila ada permintaan, jangan update pos meminta orang membeli, tetapi memberi maklumat sehingga mereka tertarik untuk membeli.

Semoga maklumat ini akan membantu anda untuk berjaya dalam perniagaan.

Sekian



************************************
Cara mudah membina web
************************************
*************************************

Thursday, June 2, 2011

Berpasukan...

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Kejayaan biasanya akan datang kepada mereka yang berusaha, namun ada juga yang kurang berusaha akan berjaya jika dia berada dalam kelompok yang berjaya. 

Bagai mana ye perkara ini boleh berlaku? Mudah je apabila bekerja dalam satu pasukan maka akan ada golongan yang kurang berusaha namun mereka akan berjaya kerana pasukan mereka hebat.

Namun kejayaan ini biasanya tidak akan kekal lama kerana golongan ini akan menimbulkan masalah pada kemudian hari. Mereka ni ibarat vairus dalam pasukan, yelah nak berjaya tapi tak nak usaha, harap kepada orang je. 

Apabila semua ahli dalam pasukan berusaha dan bekerja sama maka kejayaan yang diperolehi adalah lebih bermakna dan mungkin akan kekal lama. Setiap ahli akan memberikan sumbangan dalam bidang kemahiran masing-masing maka kerja yang sukar akan menjadi mudah kerana setiap orang akan memeberikan sumbangan kepada pasukan. 

Ibarat mudah ialah satu pasukan bola sepak jika penyerangnya sahaja yang hebat namun penjaga gol lemah pasukan itu tidak akan berjaya. Maka sumbangan setiap ahli adalah penting kerana setiap ahli mempunyai kepakaran dan kelebihan tersendiri. Ini akan dapat mengurangkan kelemahan dalam pasukan. 

Jika anda ingin berjaya maka perlu membina satu pasukan yang sama-sama ingin berjaya. Bina satu kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama. Rancang perjalanan kerja yang baik dan laksanakan dengan teratur dan berdisiplin. 

Anda pasti akan berjaya.



Friday, May 27, 2011

Mulakan langkah anda



Salam sejahtera,

Melakukan perubahan adalah perlu untuk meningkatkan produktiviti kita. Walaupun perubahan yag dilakukan adalah kecil namun ia akan memberi kesan yang besar. 

Seperti kisah seorang pembunuh yang membunuh 100 orang. Disebabkan dia ingin bertaubat maka seorang ulamak memberi tahu supaya dia meninggalkan kampung yang didiami sekarang dan pergi ke kampung yang baru. Di mana kampung yang dituju itu mempunyai ramai orang yang baik dan soleh. 

Dalam perjalanan dia meninggal dunia dan malaikat tidak dapat nak putuskan sama ada dia perlu ke Neraka atau ke Syurga. Maka malaikat telah mengukur dari tempat dia meninggal hingga ke kampung yang di tuju dan dari kampung yang di tinggalkan. dengan izin Yang Maha Kuasa maka dia lebih hampir ke kampung yang baru. Disebabkan ini pembunuh tersebut telah memasuki syurga kerana dia ingin berubah. walaupun sikit perbezaan namun hasilnya besar. 

Mulakan langkah anda sekarang untuk berubah.






***********************************
Cara mudah untuk berjimat
***********************************

************************************

Saturday, May 14, 2011

Selamat hari guru 2011


Kepada semua guru...

Syukur sekali lagi kita dapat menyambut hari guru. Semua orang adalah guru kerana semua orang ada ilmu yang boleh disampaikan.

Sekarang profesion perguruan merupakan satu profesion yang mencabar namun di minati ramai. Segala cabaran yang dilalui oleh para guru sekarang merupakan asam garam sebagai seorang guru. Seperti kata Saidina Ali "Didiklah anak mu sesuai dengan zamannya".

Sebagai seorang yang telah menerima jawatan sebagai guru bekerjalah dengan sepenuh hati. Kerana ilmu yang sentiasa diamalkan akan menjadi sumber pahala yang tidak akan putus. Mungkin dari segi kebendaan tidak dapat nak bermewah namun kebahagian dan kegembiraan adalah yang utama.

Menghasilkan generasi yang bermaruah adalah cabaran paling besar sekarang, dengan pelbagai gejala dan masalah yang timbul. Didiklah pemuda pemudi dengan adab dan agama. Semoga mereka akan menjadi insan yang bermaruah dan berakhlak.



***************************************************
Cara mudah untuk berjimat
***************************************************
***************************************************

Perlu modal untuk mula?


Salam sejahtera,

Apabila hendak memulakan perniagaan modal adalah masalah utama bagi kebanyakan orang. Maklumlah nak dapat RM 100 ke RM 200 bukannya mudah. Nak kena kumpul berbulan baru dapat.

Cuba kita lihat secara positif bagaimana nak mula tanpa modal. Kita sebenarnya ada modal yang tidak memerlukan wang. Keupayaan dan kemahiran serta akal fikran adalah modal utama untuk menghasilkan wang. Apabila kita menggunakan modal percuma ini dengan betul wang akan datang dengan senderinya.

Namun ramai yang tidak menggunakan modal ini, kerana mereka kata tiada modal. Yelah modal yang ni nak kena sentiasa ditambah maklumat agar ia sentiasa aktif dan kreatif. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah lihat kemahiran yang kita ada. Jika kita pandai menulis mungkin kita boleh menjadi seorang penulis. Jika kita mahir menggunaan komputer kita boleh mengambil upah untuk menaip atau membina power point. Langkah pertama ialah cari kemahiran yang ada dalam diri kita.

Sekarang dah nampak apa modal yang kita ada? Tidak semestinya wang ringgit tetapi kemahiran dan ilmu adalah paling utama. Jika tidak masakan mereka yang kaya boleh terus kaya? Mereka banyak menggunakan akal untuk terus maju dan berjaya.

Mulakan sekarang agar kita tidak ketinggalan.


************************************
Cara mudah membina web
************************************
*************************************

Friday, April 15, 2011

Minat dan cita-cita

Salam sejahtera...

Semua orang mempunyai cita-cita, dari kecil lagi kita ditanya apa nak jadi bila dah besar? Macam-macam jawapan akan dibari mengikut peringkat umur. Semasa kecil lain dah remaja lain dah dewasa lain yang jadi pun lain.

Namun ada yang masih kekal dengan cita-cita asal mereka tahniah. Bukan mudah untuk kita kekal dengan cita-cita asal kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi. 

Sebagai contoh Semasa kecil kita akan bercita-cita mengikut apa yang paling kita kagum dan inginkan. Sesuatu yang hebat dan sangat menarik pada pandangan kita dan masyarakat. Setelah remaja kita mungkin akan tukar mengikut perkembangan semasa pada waktu tersebut. Pada hakikatnya kita akan mendapat apa yang kita hendak mengikut apa yang kita usahakan. 

Jika kita ingin menjadi seorang yang berjaya kita perlu fokus bagaiman yang dikatakan berjaya tu. Yelah adakah ia hanya pada pandangan kita secara individu, atau pada pandangan masyarakat atau pada pandangan sesebuah organisasi.

Mungkin pada pandangan individu mereka telah berjaya setelah mendapat pekerjaan. Dalam pekerjaan anda akan berjaya jika mendapat jawatan paling tinggi dalam organisasi tersebut. Pada pandangan masyarakat pula lagi umum kerana kejayaan adalah diukur dengan kekayaan. 

Apapun yang kita inginkan pastikan cita-cita tersebut perlu selari dengan minat. Hanya dengan minat sahaja akan memberikan kepuasan pada diri dan kita akan sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya demi minat yang mendalam tersebut. Contoh mudah seorang kaki pancing akan sanggup meredah hutan untuk pergi ke lubuk pancing yang terkenl hanya kerana minat.

Jika nak dikatakan untuk ikan saya pasti mereka tak perlu bersusah payah meredah hutan untuk mendapat seekor ikan. Tetapi kerana minat segala kepayahan akan dianggap mudah dan hasil tangkapan adalah satu bonus. 

Kenal pasti minat kita sekarang agar dapat diselarikan dengan pekerjaan, ini akan menghasilkan pulangan yang amat lumayan. Kita lakukan sesuatu perkara kerana minat sudah memberikan kepuasan ditambah dengan hasil maka itu adalah bonus. 

Sekian...

http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Friday, April 8, 2011

Boleh ke kaya?

Salam sejahtera.

Semoga sentiasa ceria dan bertambah ilmu. Hari ini lebih baik dari semalam, merupakan prinsip yang terbaik kerana ilmu perlu dipertigkatkan setiap masa. Hanya dengan ilmu akan menjadikan kita lebih baik.

Biasa kita akan bertanya boleh ke nak jadi kaya?
Soalan ini biasa diajukan apabila kita tidak percaya bahawa kita boleh kaya. Semua orang boleh kaya namun cara untuk kaya adalah berbeza bagi setiap orang. Ada yang kaya dengan berniaga, ada yang kaya dengan memberi ceramah, ada yang kaya dengan kerja kerajaan dan berbagai-bagai cara lagi.

Bagi memudahkan kita mencapai kekayaan maka lebih baik mengenali potensi diri atau kelebihan diri kita. Banyak cara yang boleh di lakukan untuk mengenali potensi diri. Salah satu cara ialah menyenaraikan kelebihan dan kelemahan diri. Kaedah analisis ini memerlukan kita jujur supaya ia lebih telus. Kita juga boleh bertanya kepada rakan-rakan pendapat mereka tentang diri kita. Cara ini memerlukan kita berfikiran terbuka agar kita boleh menerima kelemahan dan kelebihan diri. Jangan hendak menyalahkan rakan jika mereka menyatakan perkara negatif berkaitan diri kita.

Setelah mengenal diri maka kita boleh lah membuat perancangan yang betul agar dapat meningkatkan kekayaan diri. Terdapat cara yang umum seperti menyimpan dan berjimat semasa berbelanja namun jika kita mengenali potensi diri kita boleh meningkatkan kekayaan dengan lebih khusus. Ini akan menyebabkan kekayaan yang diperolehi dalam masa yang lebih cepat.

Segeralah mengenal diri kita agar tindakan yang dilakukan bersesuaian dan tidak membazir masa dan tenaga. Untuk itu kita boleh lihat panduan mengenali potensi diri melalui tarikh lahir dengan klik disini.

Semoga anda terus kaya, berjaya dan bertaqwa.


Tuesday, March 29, 2011

Berjaya atau gagal...

Salam sejahtera,
 Anda yang tentukan
Sebagai seorang yang diberikan akal maka keputusan adalah terletak di tangan kita. Jangan hanya menyalahkan orang dan persekitaran. Memberi alasan akan mendedahkan kelamahan diri. Kegagalan yang diperolehi adalah lebih baik setelah kita melakukan segala usaha dan ikhtiar. 

Kegagalan tidak akan berlaku jika kita tidak melakuka apa-apa. Begitu juga dengan kejayaan tidak akan dicapai jika kita tidak bertindak. Setelah tindakan diambil akan ada dua sahaja jawapan iaitu kejayaan atau kegagalan. Namun dengan usaha dan perancangan yang baik pasti kejayaan adalah hasil utama. Halangan yang berlaku perlu dijadikan sebagai panduan pada masa akan datang. 

Pilihan ditangan anda kerana untuk gagal bukan perkara yang mudah begitu juga untuk berjaya, maka pilihlah untuk berjaya kerana kejayaan akan memberikan buah yang manis.  Kadang-kala kita juga akan mendapat buah yang pahit dan kelat, anggaplah ia sebagai penawaruntuk kita terus bangkit untuk berjaya. 

Ada pepatah berkata orang yang bijak ialah mereka akan mengambil pengajaran daripada kegagalan. Sentiasa berusaha akan membuahkan hasil, apabila ditambah dengan ilmu dan kepakaran yang kita ada. Tuntutlah ilmu jika anda ingin berjaya..




Saturday, March 26, 2011

Pilihan terbaik

Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan SPM yang lepas. Keputusan yang di umumkan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian SPM tahun 2010.

Bagi yang telah mendapat keputusan yang cemerlang, peluang terbuka luas untuk anda menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Namun pilihan yang betul perlu dilakukan supaya anda mendapat yang terbaik. Selain daripada keputusan yang cemerlang terdapat beberapa faktor yang boleh membantu anda membuat pilihan.

Antara faktor yang boleh dijadikan panduan ialah minat dan kemahiran yang anda ada. Apabila anda melakukan sesuatu yang diminati maka segala cabaran akan ada jalan penyelesaian. Contoh mudah jika anda minat menggambil gambar, maka segala cabaran untuk mempelajari teknik mengambil gambar akan dilalui dengan mudah.

Jika anda mempunyai kemahiran maka ia juga boleh dijadikan sebagai pandauan untuk membuat pilihan. Pada masa sekarang ramai remaja yang meminati seni fotografi, kemahiran dalam bidang ini boleh di teruskan dengan menyambung pelajaran dalam bidang fotografi. Terdapat beberapa uiversiti yang menawarkan kos tersebut.

Kenal pasti apakah minat dan kemahiran yang anda ada supaya mudah untuk membuat pilihan bagi menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.
Dapatkan maklumat lanjut dengan klik di sini.


http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Wednesday, February 23, 2011

Ilmu blog

Salam sejahtera....

Sekarang ni boleh dikatakan sudah menjadi trend setiap orang sudah mempunyai blog. Tahukah anda bahawa blog ni ada pelbagai jenis. Antaranya blog perniagaan, blog persendirian, blog video, blog gambar, blog iklan dan macam-macam lagi lah.

Tak kesah apapun jenis blog namun ia boleh bersifat peribadi dan perkongsian. Jika peribadi pembaca hanya dikalangan kenalan penulis sahaja, manakala jika jenis perkongsian semua pembaca boleh melawati blog tersebut. 

Kadang-kala blog ni jadi tempat perkongsian ilmu yang bermanafaat namun ada juga yang menjadikannya sebagai medan membuat kecoh. Terpulang kepada pembaca untuk menapis dahulu apa yang dibaca.
 
Setiap isu yang diutarakan oleh penulis perlulah dikaji berkenaan dengan kebenaran dan keesahan maklumat tersebut. Para pembaca perlu membuat penilaian dahulu sebelum bersetuju atau membantah isu tersebut. 

Sesetengah penulisan adalah hasil daripada pendapat dan pandangan penulis. JIka penulis adalah seorang yang berkaitan dengan bidangnya mungkin maklumat yang diberikan itu adalah yang terbaik mengikut pandangn beliau.

Kita sebagai pembaca jangan cepat melatah supaya tidak mengeruhkan keadaan. Perkara yang dirasakan baik maka boleh dikongsi bersama. Sebagai penulis blog anda perlu mempunyai etika yang baik. 

Pastikan maklumat yang diberikan adalah paling tepat jika blog anda adalah untuk tatapan umum. Ini penting bagi menjaga keharmonian dan mengelakan salah faham dikalangan pembaca.

Semoga sedikit perkongsian ini akan memberi manafaat kepada anda.

Sekian

Sunday, February 20, 2011

Mulakan sekarang

Salam sejahtera,

Semoga anda dah dapat pilih tabiat yang sesuai untuk kebebasan kewangan anda. Kebanyakan pakar kwangan menyatakan bahawa tabiat kedua (dalam post yang lepas) merupakan paling baik. Ini disebabkan anda akan mempunyai simpanan.
Walaupun ia sedikit namun masih mempunyai peluang untuk menabung.

Teknik menabung ni ada banyak. Apabila kita menabung ni ibarat isi minyak dalam tangki kereta. Ada bahagian selamat dan kecemasa, bahagian kecemasan ni perlu diisi sehingga penuh dahulu baru lah boleh kebahagian selamat. Setelah bahagian selamat penuh baru boleh guna untuk bergerak laju....

Berapa banyak nak simpan bahagian kecemasan ni? Mengikut pakar kewangan Azizi Ali dan Abang Abu, sebaiknya bahagian kecemasan ni ialah enam bulan gaji kita sekarang. Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika kita tidak mempunyai pekerjaan maka kita ada peluang selama enam bulan untuk mencari kerja baru.

Jika boleh lebih banyak lagi bagus, simpanan itu akan digunakan untuk menampung keperluan bulanan kita jika kita kehilangan pekerjaan. Setelah mempunyai simpanan yang baik dan sesuai maka boleh lah kita ke langkah untuk menambah pendapatan. Apa langkah tu?

Perlu lah tunggu post yang akan datang. Jumpa lagi....


Thursday, February 10, 2011

Bebas kewangan

Salam sejahtera,

Kebebasan kewangan merupakan kunci kekayaan anda. Kenapa ia sangat penting? Jika anda tidak mempunyai masalah kewangan maka satu beban paling berat telah hilang dalam fikiran anda. Masalah kewangan biasanya akan menjadi punca kepada pelbagai masalah lain seperti pecah amanah, rasuah, mencuri dan bermacam-macam lagi masalah.

Bagiamana boleh mencapai kebebasan kewangan? Mengikut pakar kewangan saudara Azizi Ali dan pakar mekanik wang saudara Abang Abu, langkah pertama yang perlu untuk capai kebebasan kewangan ialah dengan mengubah tabiat kita mengurus wang. Kita juga perlu mengubah persepsi minda terhadap wang buang segala tanggapan yang negatif terhadap wang.

Dikalangan kita ni ada dua jenis tabiat mengurus wang.
1) Setelah mendapat gaji apa yang biasa dilakukan ialah
   - bayar hutang, bayar bil dan berbagai-bagai bayaran lagi
   - belanja keperluan rumah (barang dapur, keperluan diri dan lain-lain)
   - belanja untuk hiburan (main bowling, tonton wayang, dan macam-macam lagi)
   - simpanan jika ada lebihan

2) Apabila hari gaji
   - simpan (sekurang-kurangnya 15% daripada gaji)
   - bayar hutang, bil-bil dan perkhidmatan lain
   - belanja keperluan rumah
   - belanja hiburan jika ada lebihan .

Setelah anda kenalpasti mana satu tabiat kewangan anda, maka mudahlah untuk anda menguruskannya nanti. Sekarang pilih tabiat mana yang anda lakukan sekarang yang pertama atau kedua?

Semoga anda membuat pilihan yang bijak.


Sunday, February 6, 2011

Mulakan tanpa modal

Pernah kah anda tahu bahawa ada perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar? Hanya beberapa puluh ringgit pun dah boleh mula. Tentu ada yang mengatakan ia adalah MLM kan. Ini bukan MLM tetapi perniagaan yang menjual produk anda sendiri. Jika anda tak ada modal pun boleh buat.
Bagaimana nak jual jika tak guna modal? Boleh, apa yang anda perlu lakukan ialah iklankan kepada rakan-rakan. Anda hanya iklan dan buat promosi, Takakan semudah tu? Ye, anda tak perlu percaya cuba dulu tak ada modal pun.
Jika nak tahu lagi tunggu pada post yang akan datang...

Monday, January 31, 2011

Pakar Software hebat...

Semanjak dilancarkan Produk Pakar Software sememangnya gempak dan hebat. Ia telah menjadi bualan hangat di ruangan sembang bisnes internet. Yelah produk biat produk.... siapa yang tak teruja. anda pun boleh cuba lihat tawaran yang telah diberikan oleh saudara Zamri Nayan dan Patric Chan. Jangan percaya anda boleh lihat sendiri dengan klik pada imej kat bawah.



Cepat bertindak cepat anda mendapat habuan....


Selamat Tahun Baharu Cina



Kepada semua rakan-rakan 
dan warga Malaysia...


PS: Jana pendapatan tambahan sekarang...

Monday, January 24, 2011

Menjadi pakar


Tentu anda semua berkobar-kobar nak bina perniagaan kan, yelah dah mudah buat kat internet je. Dalam akhbar Berita Minggu (23/11/2011) yang lepas ada cerita pendapatan dari blog. Memang menarik lah sampai bolah dapat RM 1K sebulan. 

Namun anda perlu bijak memilih topik untuk bercerita, lagi baik jika bercerita berkaitan dengan kepakaran anda. Apabila dah pakar maka mudah untuk anda memberikan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Dalam perniagaan berkaitan internet ni biasanya berkaitan dengan informasi atau pun maklumat. 

Seperti kata Jutawan Internet Irfan Khairi, pada abad ke 21 ni perniagaan informasi akan berkembang dengan lebih cepat kerana orang mencari maklumat dan penyelesaian.

Hari ini ramai yang ingin menjadi pakar, kerana mereka tahu dengan menjadi pakar sahaja dapat menyelesaikan banyak masalah. Seperti Pakar Bedah, Pakar Runding, Pakar motivasi dan sebagainya. Tahukah anda bahawa nak jadi pakar perlukan masa yang lama dan usaha yang kuat. 

Seperti seorang doktor pakar setelah belajar menjadi doktor selama 6 hingg 7 tahun mereka akan sambung lagi 1-2 tahun bagi menjadi pakar dalam bidang tertentu.

Namun jika saya bagi tahu satu rahsia kepada andabahawa anda boleh menjadi pakar dalam masa yang singkat adakah anda akan percaya?? Sudah tentu tidak percaya kan. Anda tak perlu percaya kerana anda boleh cuba sendiri dengan klik disini

Anda kenal denagn saudara Zamri Nayan dan Patric Chan? Mereka merupakan orang biasa yang telah menjadi pakar dalam masa yang singkat dengan produk ini. 

Sekarang mereka akan mendedahkan bagaimana menjana sehingga RM 1 Juta mengguna produk ini. Anda tentu nak tahu apa produk itu kan, apa lagi klik je lah kat sini.

Semoga anda akan menjadai pakar.....

http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Wednesday, January 19, 2011

Tambah pendapatan

Salam sejahtera..
Berjumpa lagi kita pada pos kali ini berkaitan dengan bagaimana nak tambah pendapatan. Kita serinag dengan bagi memastikan kebebasan kewangan maka perlu sumber pendapatan tambahan, tetapi baaimana nak tambah sumber pendapatan. Baklah bagi menambah sumber pendapatan terdapat dua cara selain kerja sepenuh masa yang anda lakukan sekarang.

1) Bekerja secara "part time"

Anda tentu dah biasa melihat kawan yang membuat kerja selepasa waktu pejabat seperti menjual burger, membawa teksi, berniaga di pasar malam, menjual insurans dan pelbagai lagi yang dilakukan bagi menambah pendapatan. Bagi memastikan kerja ini berlaku anda perlu sanggup berkorban, kenapa saya katakan begitu? Ini diebabkan anda terpaksa meluakan masa untuk bersama keluarga, masa untuk bersukan dan masa untuk berehat. Kita diberi masa sama rata iaitu 24 jam sehari semalam. Anda bekerja di pejabat selama 8 jam, anda tidur mungkin 6 jam, masa untuk kerja part time mungkin 5-6 jam, jadi masa untuk anda bersama keluarga akan terhad 3-4 jam sahaja. Namun anda boleh lakukan jika anda bijak mengurus masa.

2) Membina pendapatan pasif

Apakah pendapatan pasif? Untuk mudah faham ialah sumber pendapatan yang sekali kerja pendapatan berkali-kali atau tidak putus-putus. Contoh pendapatan pasaif ialah meulis buku, menjual software, menjual suara, menjual modul pembelajaran, dan pelbagai lagi yang akan melibatkan pembayaran royalti. Bagimana anda boleh lakukan perkara ini? Apa yang boleh anda lakukan ialah kenalpasti kelebihan dan kepakaran anda. Jadikan kepakaran anda sebagai satu produk ang boleh dijual. Jika anda pakar dalam bidang masakan maka tulis buku berkaitan dengan masakan, jika anda pakar dalam perucapan maka hasilkan maklumat berkaitan teknik perucapan.

Sekarang pilihan ditangan anda kerana kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan kelemahan msing-masing.

Sekarang dengan menggunakan teknologi internet maka peluang anda amat terbuka luas. Saudara Zamri Nyan pakar IM Malaysia telah menghasilkan satu produk untuk menjana pendapatan secara pasif. Ia adalah peluang yang jarang-jarang di dedahkan oleh pakar IM. Anda tentunya berminat kan oleh itu jangan tunggu lagi klik je pada link kat bawah untuk maklumat lebih lanjut.

=> Video percuma: mesti tonton..

P/S Peluang tak sentiasa ada sementara sempat ni rebut lah ....

Friday, January 14, 2011

Kewangan dan anda

Salam sejahtera
Setiap tahun baru banyak perancangan akan di buat antaranya ialah dari segi kewangan. Ia merupakan satu kategori yang paling penting bagi menjamin kesejahteraan hidup. Jika tidak masakan ada pembentangan belanjawan bagi sesebuah negara.
Bagi memastikan kewangan anda terjamin pada tahun 2011, beberapa langkah penting perlu dilakukan segera antaranya ialah seperti dibawah.
1) Menambah sumber kewangan
-Pastikan anda dapat meningkatkan sumber pendapatan sehingga 50%. Bagaimana hendak dilakukan? Mungkin dengan kenaikan gaji atau menambah pekerjaan. Ia sangat penting kerana setiap tahun akan berlaku kenaikan harga bagi setiap barang. Oleh itu anda perlulah bersedia dengan perkara tersebut.
2) Menyimpan atau menabung
- Proses yang paling sukar jika tidak mengikut turutan yang betul. Jika dahulu anda hanya menabung apabila ada wang lebih maka sekarang tukar dengan menabung dahulu sebelum belanja. Ini akan memastikan anda mempunyai wang simpanan yang semakin meningkat. Jumlah yang perlu disimpan sebaiknya ialah 20% - 50% dari sumber pendapatan anda.
3) Melabur
- Setelah anda mempunyai simpanan yang mencukupi maka boleh lakukan langkah ini. Namun sebelum melabur pastikan anda telah melakukan beberapa perkara seperti mendapatkan ilmu yang betul dalam pelaburan, mempunyai mentor yang betul bagi membimbing anda dan mempunyai sistem yang betul bagi mengelakan kerugian yang besar. Apa bila melabur keuntungan dan kerugian pasti berlaku namun resiko kerugian akan berkurang apabila anda mempunyai segala yang dinyatakan di atas.

Dalam post akan datang saya akan ceritakan bagaimana cara menambah sumber pendapatan.

Sekian.
Dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan kewangan hanya secara online. Kursus kewangan secara online

P/S Anda boleh kongsikan post ini kepada rakan-rakan. Tanpa mengubah isi kandungan dan maklumat penulis.
>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Maklumat penulis: Nik Syaharudin Nik Daud
Merupakan seorang guru dan penulis blog secara part time. Isu yang biasa di ketengahkan ialah berkaitan dengan motivasi dan kewangan. Hubungi saya  di email: remajadigital@gmail.com
>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<

Saturday, January 8, 2011

Dah seminggu...

Salam luar biasa bagus...
Sudah seminggu kita berada dalam tahun baru 2011. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru..
Bermacam-macam peristiwa sudah mula terlakar dalam buku baru ni kan. Namun pastikan salah satunya ialah kejayaan yang telah dirancang.
Macam apa yang saya cuba lakukan ialah membina sebuah laman web yang dapat berkongsi maklumat dengan kawan-kawan dan anda semua.
Mungkin kita perlu cuba dengan yang baru agar ia memberikan semangat yang membara dan berterusan.

Kepada semua pelajar Matrikulasi Johor selamat menghadapi peperiksaan UPS 2. Buat yang terbaik, jaga kesihatan.

http://www.remajadigital.com