Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan SPM yang lepas. Keputusan yang di umumkan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian SPM tahun 2010.
Bagi yang telah mendapat keputusan yang cemerlang, peluang terbuka luas untuk anda menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Namun pilihan yang betul perlu dilakukan supaya anda mendapat yang terbaik. Selain daripada keputusan yang cemerlang terdapat beberapa faktor yang boleh membantu anda membuat pilihan.
Antara faktor yang boleh dijadikan panduan ialah minat dan kemahiran yang anda ada. Apabila anda melakukan sesuatu yang diminati maka segala cabaran akan ada jalan penyelesaian. Contoh mudah jika anda minat menggambil gambar, maka segala cabaran untuk mempelajari teknik mengambil gambar akan dilalui dengan mudah.
Jika anda mempunyai kemahiran maka ia juga boleh dijadikan sebagai pandauan untuk membuat pilihan. Pada masa sekarang ramai remaja yang meminati seni fotografi, kemahiran dalam bidang ini boleh di teruskan dengan menyambung pelajaran dalam bidang fotografi. Terdapat beberapa uiversiti yang menawarkan kos tersebut.
Kenal pasti apakah minat dan kemahiran yang anda ada supaya mudah untuk membuat pilihan bagi menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.
Dapatkan maklumat lanjut dengan klik di sini.

http://www.rahsiapendapatanpasif.com