Pages

Saturday, May 14, 2011

Selamat hari guru 2011


Kepada semua guru...

Syukur sekali lagi kita dapat menyambut hari guru. Semua orang adalah guru kerana semua orang ada ilmu yang boleh disampaikan.

Sekarang profesion perguruan merupakan satu profesion yang mencabar namun di minati ramai. Segala cabaran yang dilalui oleh para guru sekarang merupakan asam garam sebagai seorang guru. Seperti kata Saidina Ali "Didiklah anak mu sesuai dengan zamannya".

Sebagai seorang yang telah menerima jawatan sebagai guru bekerjalah dengan sepenuh hati. Kerana ilmu yang sentiasa diamalkan akan menjadi sumber pahala yang tidak akan putus. Mungkin dari segi kebendaan tidak dapat nak bermewah namun kebahagian dan kegembiraan adalah yang utama.

Menghasilkan generasi yang bermaruah adalah cabaran paling besar sekarang, dengan pelbagai gejala dan masalah yang timbul. Didiklah pemuda pemudi dengan adab dan agama. Semoga mereka akan menjadi insan yang bermaruah dan berakhlak.



***************************************************
Cara mudah untuk berjimat
***************************************************
***************************************************