Salam sejahtera,
Melakukan perubahan adalah perlu untuk meningkatkan produktiviti kita. Walaupun perubahan yag dilakukan adalah kecil namun ia akan memberi kesan yang besar.
Seperti kisah seorang pembunuh yang membunuh 100 orang. Disebabkan dia ingin bertaubat maka seorang ulamak memberi tahu supaya dia meninggalkan kampung yang didiami sekarang dan pergi ke kampung yang baru. Di mana kampung yang dituju itu mempunyai ramai orang yang baik dan soleh.
Dalam perjalanan dia meninggal dunia dan malaikat tidak dapat nak putuskan sama ada dia perlu ke Neraka atau ke Syurga. Maka malaikat telah mengukur dari tempat dia meninggal hingga ke kampung yang di tuju dan dari kampung yang di tinggalkan. dengan izin Yang Maha Kuasa maka dia lebih hampir ke kampung yang baru. Disebabkan ini pembunuh tersebut telah memasuki syurga kerana dia ingin berubah. walaupun sikit perbezaan namun hasilnya besar.
Mulakan langkah anda sekarang untuk berubah.
***********************************
Cara mudah untuk berjimat
***********************************