Salam,
Semoga anda semua mendapat ilmu baru pada hari ni.... Jadikan hari ini luar biasa bagus...
Pada hari ni 11/5/2009, merupakan hari pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010 Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Selamat datang kepada semua pelajar yang telah mendaftar di KMJ. Semasa proses pendaftaran ni terdapat bermacam-macam ragam yang dapat dilihat. Ada yang datang dihantar oleh ibu dan ayah, kawan-kawan, datuk dan nenek pun datang hantar...... Macam satu rombongan Mak Kiah lah katakan... Semoga semua pelajar yang mendaftar pada hari ni akan melakukan yang terbaik.
Kepada semua pelajar baru kedatangan anda ke KMJ ialah untuk menimba ilmu, oleh itu dapatkan sebanyak mungkin untuk dijadikan bekal ke universiti nanti. Segala ilmu yang baik perlulah diamalkan dan segala ilmu yang buruk perlu lah dijadikan pengajaran.... Hanya tiga perkara yang akan mengiringi setiap insan di alam kubur iaitu amalan soleh, doa anak yang soleh dan ilmu yang bernafaat. Pada masa ini ilmu yang bermanafaat merupakan peluang bagi setiap pelajar.... jangan persiakan peluang ni...
Sekian wassalam....