Pages

Thursday, May 14, 2009

Rebut peluang...

Salam
Semoga mendapat ilmu yang bermanafaat dan sentiasalah berkongsi ilmu.
Bagi anda yang telah mendaftar di KMJ, Tahniah.... Semoga anda merebut peluang yang disediakan ini untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dalam bidang akademik dan rohani. Kecemerlangan akademik sahaja tanpa sahsiah yang baik akan menyebabkan porak peranda dalam alam ini. Itu lah akibat yang perlu ditanggung akibat perebutan peluang yang tidak bermoral.
Anda perlu rebut peluang namun gunakanlah cara yang bermoral jangan menipu dan menggunakan kekerasan. Lihat lah disekeliling anda banyak peluang telah disediakan pilih lah yang terbaik untuk diri dan masyarakat. Peluang untuk menimba ilmu ini perlu digunakan sebaik mungkin kerana Allah s.w.t. telah berfirman "Allah akan mengangkat darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat." (surah al-mujadalah 28:11)
Semoga anda menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin...
Sekian wassalam..