Pages

Thursday, May 14, 2009

Minggu suai kenal.....

Salam
Semoga anda semua sentiasa mendapat ilmu yang baru setiap hari. Separti biasa apabila ada pelajar baru yang mendaftar maka akan ada minggu suai kenal. Bagi setiap pelajar baru minggu ini adalah yang paling perit, maklumlah kena bangun awal nak kena buat banyak erkara dalam masa yang amat terhad.
Namun jika dilihat pada sudut yang positif minggu ini adalah masa yang paling penting kerana setiap pelajar akan diberi maklumat yang berguna sepanjang pengajian di sesebuah institusi. Setiap maklumat yang diberikan adalah bagi membantu pelajar agar dapat merancang dalam setiap perkara yang dilakukan. Gunakan lah peluang ini untuk mendapat maklumat untuk kemudahan anda sepanjang pengajian.
Sekian wassalam