Pages

Monday, May 5, 2025

Cabaran dan kita

Sekarang ni banyak cabaran yang perlu dihadap. Perlu sediakan persiapan yang sesuai bagi mengharungi setiap cabaran yang datang.

Setiap cabaran yang hadir akan memberikan satu pelajaran baharu dalam kehidupan kita. Bagi yang sedar, perkara ini akan dianggap sebagai satu cara untuk mematangkan diri. 

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al Bakarah ayat 286 yang bermaksud "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

#ceritasyaha

Tuesday, December 28, 2021

Hujung tahun 2021

 Apabila sampai ke bulan Disember pasti akan ada dua persoalan sering di tanya. Adakah azam tahun ini sudah dapat dilaksanakan dan apakah azam tahun baharu?

Banyak cara digunakan untuk menunjukan betapa pentingnya mempunyai azam, namun apabila terlalu besar maka amat sukar untuk dicapai.

Setiap perkara yang ingin dicapai biasanya akan menggunkan kaedah SMART. Semenjak dibangku sekolah lagi diterapkan agar menggunakan kaedah ini sebelum melakukan program. Seiring dengan peredaran masa sudah banyak kaedah yang digunakan bagi membina azam tahun baharu.

Jika dahulu penekanan lebih diberikan kepada kejayaan dalam bidang kerjaya atau bidang pelajaran. Sekarang ia lebih luas iaitu melibatkan kesihatan, kewangan dan kekeluargaan. Ia juga bukan hanya terikat untuk satu tahun malah telah wujud bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang. 

Kejayaan juga bukan hanya setelah mencapai peringkat tertinggi namun perlulah berperingkat agar senang untuk melakukan pemantauan bagi memastikan sentiasa berada pada landasan yang betul. 

#ceritasyah

Sunday, December 26, 2021

Banjir

 Setiap tahun pasti akan berlaku banjir terutamanya bagi negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Ini merupakan fenomena biasa semenjak dahulu lagi. Semasa tahun 1980 -1990 an, musim tengkujuh amat ditunggu walaupun akan ada musibah yang berlaku namun bagi sebahagian penduduk sudah menjadi rutin yang perlu dihadapi. 

Maka mereka telah bersedia dengan keadaan ini yang akan hadir saban tahun. Sekarang fenomena ini telah menjadi sesuatu yang luar biasa bila ada kawasan yang jarang dinaiki air terlibat. Banyak faktor yang perlu diambil kira namun sekarang semua penghuni yang tinggal berhampiran sungai perlu berwaspada sentiasa.

Kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini menjadikan sebahagian penduduk di Shah Alam dan Klang hilang tempat tinggal dan terpaksa menetap di pusat pemindahan sementara (PPS). Paras air yang meningkat sehingga menyebabkan rumah tenggelam. Selain dari kawasan di Selangor, negeri-negeri pantai timur juga dilanda banjir.

Dalam menghadapi situasi ini pihak-pihak yang terlibat sebagai mangsa dan penyelamat perlu bertenang. Pasti akan ada kekurangan yang diperhatikan namun setiap orang adalah berbeza. Sikap tolak ansur dan menghargai perlu ada supaya keadan menjadi tenbang.

Semoga perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua orang samada yang terlibat atau tidak. Setiap perkara yang dilakukan pasti akan ada ganjaran.

#ceritasyaha   

Tuesday, November 2, 2021

Minat dan kerjaya

 Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan banyak berlaku krisis dalam kehidupan seharian terutamanya bagi mereka yang bekerja dan mendapat rezeki secara harian. Golongan ini menghadapi masalahan dalam menjalani kehidupan apabila tidak dapat keluar mencari rezeki. 

Malah ramai yang terpaksa menukar sektor pekerjaan semata-mata untuk mengisi perut. Itu sebabnya setiap orang perlu ada kemahiran yang boleh digunakan apabila keadaan mendesak.

Semasa PKP ramai yang menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan. Malah kaedah pemasaran juga telah berubah apabila ramai yang menggunakan kaedah pembelian melalui dalam talian.  Minat yang dimiliki boleh dijadikan satu kerjaya dengan mendapatkan sekumpulan orang ynag ingin menggunakan perkhidmataan yang kita berikan.

Ramai yang ingin memeulakan perniaggan secara dalam talian, maka kita boleh memberikan khidmat berkaitan dengan perniagaan dalam talian. Jika kita ada kemahiran tersebut. Malah kemahiran paling utama ialah bagaimana menguruskan sekelompok orang dengan kemahiran tertentu untuk memberi khidmat.

Ini yang dapat dilihat pada laman web FIVERR kerana platform tersebut menyediakan ramai orang dengan minat tetentu bagi membina kerjaya mereka. Tawaran kerja secara kontrak menjadi satu trend pada masa kini. Jika perlukan penulis iklan hanya cari dan bayar jika ia memenuhi kep[erluan yang kita inginkan.

Ini yang dinamakan sebagai menggunakan kemahiran orang lain untuk kerjaya. Kita hanya menguruskan perkara yang utama dan lebih penting. Gali minat dan bina kemahiran supaya ia dapat menjadi sumber pendapatan pada bila-bila masayang kita ingin.

#ceritasyah