Salam sejahtera,
Didoakan semua pembaca mendapat kerahmatan dan hidayah yang berterusan. Aminnn.
Sering kita dengan berkaitan dengan kejayaan. Semua orang hendak berjaya, namun difinasi kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza.
Ada mengikut individu, ada mengikut kelompok dan ada yang mengikut bangsa. Setiap kejayaan akan memberikan makna bebeza kepada situiasi tersebut. Sebagai contoh seseorang pelajar dianggap mencapai kejayaan apabila mendapat bilangan A yang banyak dalam peperiksaan. Seorang guru dianggap telah mencapai kejayaan apabila semua pelajar lulus dengan cemerlang.
Manakala seseorang akan yang berada didalam masyarakat dianggap mencapai kejayaaan apabila berjaya memiliki kekayaan yang banyak dan menggunakan kenderaan yang hebat. Itu yang telah dibentuk dalam minda kita semua berkaitan dengan kejayaan. Namun semua itu adalah persepsi semata-mata. Kejayaan adalah berbeza untuk setiap individu, peningkatan gred daripada D kepada C adalah satu kejayaan kepada seorang pelajar. Namun masyarakat masih melabelkan pelajar tersebut gagal kerana belum mendapat A.
Mungkin dalam bidang yang lain pelajar terbabit mempunyai kemahiran yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan lain. Ada perkara yang tidak dapat dinilai melalui kaedah peperiksaan semata-mata. Sekarang terdapat berbagai-bagai cara penilian telah diwujudkan bagi mengimbangi situasi tersebut.
Setiap individu adalah berbeza maka kejayaan mereka juga berbeza walaupun dalam bidang yang sama. Itulah keunikan setiap individu yang diciptakan, mereka ada peranan masing-masing yang perlu dilakukan.
#ceritasyah