"Alamak selipar aku hilang
lah!" jerit Kamal.
"Cuba cari dahulu mungkin
salah letak." ujar Seman sambil melihat ke kiri dan kanan tangga masjid.
"Tak lah, aku ingat letak
kat sini tadi. Kan kita masuk ikut pintu ini." balas Kamal.
Jarinya terus menuding ke tempat
meletak kasut yang disediakan di tepi tangga masjid.
"Mungkin ada orang yang
pinjam tu." Seman membalas untuk menyejukkan hati Kamal.
"Cuba kita lihat kat tangga
sebelah sana." sambungnya lagi.
Setelah puas mencari seliparnya di
sekeliling masjid Kamal pasrah. Dengan yakin di membuat keputusan bahawa
selipar Sholl kesayangannya telah dikebas orang.
Terpaksalah dia menapak berkaki
ayam untuk balik ke rumah. Belum sempat dia melangkah Seman menghulurkan
sepasang selipar berwarna hijau. Menarik selipar tersebut pada talinya tertulis
masjid dan surau.
Ini merupakan inovasi terkini
untuk selipar wakaf untuk masjid dan surau. Terus dicetak perkataan masjid dan
surau supaya tiada sesiapa yang mengambilnya tanpa izin.
Teringat pada masa dahulu sewaktu
tinggal di asrama, tertukar selipar menjadi perkara biasa kerana rupa yang
sama. Maka masing-masing akan membuat tanda pada selipar.
Ada yang menulis menggunakan pen,
ada yang membuat ukiran dan macam-macam lagi supaya dapat mengenali selipar
sendiri. Ini juga cara untuk mendapatkan semula apabila hilang.
Pada waktu itu selipar berjenama
seperti Adidas, Umbro dan Diadora menjadi pilihan kerana pengaruh bola sepak.
Pergaduhan boleh tercetus disebabkan sepasang selipar. Apabila difikirkan
sekarang pasti terasa tidak berfaedah langsung perbuatan tersebut.
Namun apabila ia melibatkan emosi
yang tidak terkawal segala kemungkinan akan berlaku. Itulah sebabnya Islam
memberi panduan bagi menguruskan emosi marah.
Seseorang yang sedang marah
perlulah duduk jika dia berada dalam posisi berdiri. Jika marahnya masih belum
reda maka dia perlu berbaring. Namun jika masih tidak dapat mengawalnya maka
dia perlu berwuduk. Air dapat memadamkan api maka wuduk akan dapat meredakan
kemarahan.
Namun segalanya adalah bergantung
kepada sikap individu yang terlibat. Maka latih lah hati untuk sentiasa
bersyukur kerana ia akan menjadikan diri sentiasa tenang.
#ceritasyah