"Min boleh tolong beli keropok dan 2 bungkus mee goreng?" tanya aku kepada Amin yang baru siap mentelaah.
Aktiviti yang dilalui saban malam selepas "prep". Walaupun ada minum malam disediakan di dewan makan. Biasanya air teh o dengan biskut kering tiga keping seorang. Ia mengikut menu yang telah disediakan.
Apabila menu biskut kering atau biskut nyor kehadiran minum malam akan kurang, ini memberi peluang untuk mendapat lebih. Malam "burger bodo" hanya ada daging dan sos dihimit roti hampir semua pelajar akan turun minum.
Apapun rumah warden tetap menjadi tumpuan kerana ada menyediakan jualan makanan seperti mee goreng, keropok, pisang goreng, nasi lemak dan bihun goreng.
Berada di aspura pada tahun 1991 dan 1992 adalah pertama kali berjauhan dari keluarga. Asrama harian tersebut merupakan penginapan yang disediakan oleh seolah kepada pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Kemudahan dengan dua blok kediaman serta satu dewan makan menjadi pelengkap kepada asrama tersebut.
Satu blok untuk pelajar lelaki yang diberi nama Aspura dan satu blok untuk pelajar perempuan bernama Aspuri. Bilangan pelajar lebih kurang 100 hingga 130 orang terdiri dari semua aliran pengajian dan tingkatan.
Muhaimin merupakan salah seorang kawan yang menginap bersama dalam satu dorm. Pada waktu itu penghuni setiap dorm terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4. Ketua asrama pada masa itu ialah dari pelajar tingkatan 6 atas iaitu pelajar pra U. Terdapat 4 dorm yang menempatkan 20 orang pelajar.