Hari ini lebih baik dari semalam.
Menarik apabila lama tidak mengajar, masa melakukan amali minggu ni adalah beberapa perkara yang mencuri perhatian.
Antara alat radas yang digunakan ialah perintang boleh laras. Pembantu makmal mengeluarkan dua jenis peritang boleh laras, iaitu yang biasa dignakan di sekolah dan satu lagi yang berbentuk kotak.
Yang tak pernah nampak terus tanya,
"Sir, apa benda tu yang bentuk kotak?"
"Itu perintang, kan dah ada nama tu." (Kat kotak ada tertulis "Resistance Box")
"Bagaimana nak guna sir?"
"Awak cabut suis mengikut nilai perintang yang diperlukan."
Selang beberapa ketika semasa memeriksa dari meja ke meja, mata tertumpu kepada satu kumpulan.
"Apa yang sedang awak lakukan?"
"Kami mengambil bacaan pada ammeter dan voltmeter sir."
"Berapa nilai perintang yang awak guna?"
"Sekarang kami guna 50 ohm." (hanya suis 50 ohm yang terpasang)
"Awak tahu cara nak guna Resistance Box ini?"
"Ye sir, kami buang semua yang tak perlu hanya tinggal suis yang perlu."
"Haaaaaa........"
"Kenapa sir? Salah ke sir?"
"Memang salah lah. Awak sepatutnya buka suis perintang yang diperlukan. Bukannya tinggal suis yang diperlukan."
Terpaksalah mereka ulang menggambil data.
Memang banyak cabaran untuk mengajar kan. Teruskan usaha semu pelajar ku.
********************************************************************************* Maklumat Penulis: Nik Syaharudin merupakan seorang guru dan penulis blog sambilan. Bagi menyampaikan maklumat untuk panduan semua agar dapat membantu walau sekecil mana pun ilmu tersebut. "Perkongsian ilmu yang baik akan menjadi jambatan yang kukuh ke akhirat." *********************************************************************************