Punch card - Pengetip waktu
Sudah agak lama tidak menggunakan
pengetip waktu semasa masuk kerja. Sebelum ini menggunakan sentuhan jari dan
kad. Selama menggunakan pengetip waktu ini ada satu masalah dihadapi.
Semasa hendak memasukkan kad pada
slot pengetip waktu kad tidak ditarik. Maka ia menimbulkan tanda tanya kepada
diri ini. Apabila diberi laluan kepada rakan sekerja lain terus dapat di cetak
waktunya.
Pada suatu pagi semasa melakukan
aktiviti tersebut perkara itu berlaku lagi. Kebetulan ada seorang staff yang
memberikan saranan agar rapatkan kad pada bahagian belakang.
Rupa-rupanya kad perlu menyentuh
pada bahagian belakang di dalam slot kad. Apabila dilakukan demikian maka
pengesan akan berfungsi untuk menarik kad.
Semua alat yang beroperasi
mempunyai aturan agar dapat berfungsi dengan baik. Kita pun perlukan aturan
yang fitrah agar sentiasa sihat dan ceria.
#ceritasyah