Pages

Sunday, December 29, 2013

Hujung tahun

Salam sejahtera,

Syukur masih dapat menikmati suasana yang aman dan ceria. Walaupun banyak perkara yang berlaku disepanjang tahun ni masih lagi mendapat rezeki.

Apabila hujung tahu kita biasanya akan di tanya adakah azam tahun ni dah tercapai? Apakah azam tahun baru? Dua soalan yang sememangnya menjadi tajuk utama kepada semua radia dan tv, malah dikedai kopi pun.

Ramai yang membuat azam namun ramai juga yang berjaya melaksanakan separuh sahaja azam mereka. Malah ada juga azam hanya menjada azam yang sentiasa diperbaharui setiap tahun, namun tiada pelaksanaan. Bagi tahun baru nanti biarlah azam itu kecil namun dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Untuk memastikan perkara itu berlaku kita memerlukan satu kunci utama ini. Kunci ini ramai yang tahu namun tidak diendahkan maka azam hanya tinggal azam. Bagi mambantu kita melaksanakan azam agar lebih sempurna maka kita memerlukan kunci ini.

Tentu anda ingin tahukan apakah kunci tersebut, mengikut Azizi Ali pakar kewangan ramai orang yang gagal ialah kerana mereka tidak menulis azam mereka. Ye kunci utama yang ramai orang tinggal ialah MENULIS impian atau azam mereka.

Manakala menurut pandangan Dr. Azizan Osman, Pakar Marketing # 1 Asia mengatakan ramai yang menulis tetapi masih gagal kerana mereka tidak menulis dengan sempurna dan jelas. Apa yang patut ditulis dalam impian kita?

Bagi memastikan AZAM kita terlaksana panduan di bawah ini boleh membantu.

1) Tulis azam anda dengan jelas.
     - Saya nak kaya (terlalu umum)
     - Saya mahukan sumber pendapatan sebanyak RM 1000 sebulan.  (lebih jelas)

2) Pamerkan azam anda dan baca
Tampal di tempat yang mudah anda lihat seperti pintu bilik, cermin, peti ais dan mana-mana yang sesuai. Mengikut pakar lebih kerap anda baca lebih cepat azam anda terlaksana. Paling kurang pun 3 kali sehari. Pastikan anda membaca dengan suara yang jelas dan yakin. 

3) Tandatangan 
Azam yang telah ditulis perlu ditandatangani agar menjadi satu janji kepada anda untuk melaksanakannya.

4) Letakkan tarikh
Pastikan azam yang anda ingin capai mempunyai tarikh akhir, Bagi memastikan anda tidak melencong dengan perkara-perkara lain.

5) Beritahu kepada orang azam anda
Ini pasti sukar kerana semua orang akan tahu dan anda tidak akan mempunyai alasan untuk tidak melaksanakan azam anda. Oleh itu ini merupakan kunci kejayaan azam anda pada tahun ni.

Semoga terus berjaya.


************************
PERCUMA JE....
************************
************************

Sunday, December 8, 2013

Kenapa Affiliate?


Salam sejahtera

Syukur kerana dapat berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua di sini. Sebagai perkongsian terutama kapada anda yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan secara separuh masa (part time). Jika nak buat sepenuh masa pun boleh juga namun mulakan dahulu dan belajar sehingga mahir segala ilmu yang perlu anda tahu. 

Untuk menambah sumber pendapatan ada banyak cara, namun saya hanya ingin menceritakan berkaitan dengan sistem affiliate. Apakah afiliate? Bagi anda yang belum mengetahui apa itu affiliate, secara mudah ialah agen kepada penjual atau pemilik perkhidmatan. 

Sebagai contoh anda ada seorang kawan A yang membuat katering untuk kenduri kahwin. Anda sebagai seorang kawan sentiasa memberi cadangan kepada bakal pengantin untuk menggunakan perkhidmatan si A ni. Setiap kali ada tempahan yang diterima oleh si A disebabkan cadangan anda, maka si A memberikan komisen mungkin 10% - 20% kepada anda.

Itulah secara mudah affiliate di dunia nyata, namun apa yang berlaku kini ialah dialam maya atau alam siber. 
Terdapat banyak peluang untuk kita mendapatkan pendapatan tambahan dengan cara ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyuruh bakal pembeli melawat ke web yang anda cadangkan. Setiap pembelian yang berlaku disebabkan cadangan anda, maka penjual atau penyedia perkhidmatan tersebut akan membayar anda mengikut kadar yang telah di persetujui. 

Sudah banyak nama besar dalam industri ini yang berjaya mendapat pendapatan sehingga empat angka sebulan. Antara nama besar yang terlibat ialah Rahman Basri, Zamri Nanyan, Razif dan ramai lagi. Namun untuk berjaya dalam sesuatu bidang anda memerlukan maklumat atau ilmu dalam bidang tersebut.

Seperti juga apabila anda hendak belajar memandu, anda perlu ada ilmu berkaitan jalanraya dan kenderaan yang hendak dipandu. Bukan terus je pandu risiko untuk gagal adalah tinggi. Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan affiliate dibanyak laman web, namun pastikan ia berbaloi dengan masa yang anda peruntukkan serta wang (jika perlu) yang dilaburkan.

Semoga anda mendapat maklumat berkaitan dengan affiliate. Terima kasih. 



Saturday, November 30, 2013

Bertindak

Syukur Alhamdullilah,

Banyak ilmu yang diperolehi dalam minggu ini, biasalah apabila kita menghadiri sesuatu seminar atau bengkel maka banyak yang akan kita perolehi. Terkadang terasa macam terlebih maklumat, namun yang pasti makin kita belajar makin banyak yang kita tidak tahu.

Seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud, "Kalau sekiranya lautan laksana tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, nescaya akan keringlah lautan itu sebelum habis kalimat-kalimat Tuhanku, dan walaupun didatangkan lagi sebanyak itu sebagai tambahan." Ilmu Allah sangat luas untuk kita pelajari, kerana itulah satu cara untuk kita mengenal Tuhan.

Apakah yang kita akan lakukan dengan maklumat yang diketahui? Itu merupakan persoalan yang perlu ditanya setiap kali selepas seminar atau bengkel. Ramai dikalangan kita yang mengikuti seminar hanya mengikut kawan bukan dengan kehendak sendiri. Tidak mengapa kerana itu merupakan permulaan untuk berubah. 

Yelah apabila kita menghadiri sesuatu seminar atau bengkel kita akan mendapat ilmu baru, maka itu adalah langkah menjadi lebih baik dari semalam. Ini menjadikan kita sebagai orang yang berjaya kerana kita telah menambah nilai diri. Adalah lagi baik apabila kita sudah mempunyai ilmu dan segera mengambil tindakan. 

Beza antara orang gagal dan berjaya ialah berapa cepat tindakan yang diambil. Menurut Dr. Azizan Osman ramai orang yang gagal kerana tidak memulakan tindakan. Itulah kesalahan utama bagi mereka yang ingin berjaya. Kita sudah pasti ingin menjadi orang yang berjayakan. Oleh itu mulakan tindakan sekarang dengan ilmu yang kita perolehi. 

Walaupun tindakkan kita itu kecil pasti akan memberi kesan yang besar terhadap kehidupan kita. Seperti sebuah kapal yang belayar, dengan sedikit perubahan arah akan menjauhkannya dari destinasi yang ingin dituju. Namun kita lakukan perubahan bagi mencapai matlamat atau impian yang dirancang. 

Pastikan perubahan yang dilakukan itu berlaku secara istiqamah agar hasilnya berkekalan. Teruskan berubah dan bertindak.

Sekian.

Tuesday, November 12, 2013

Comfort Zone

Syukur Alhamdullilah,

Hari ini adalah lebih baik dari semalam, masih diberi peluang untuk bersedekah dan berzikir. Sepanjang masa kita dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita tentang kehidupan. Namun sejauhmana kita menerima setiap cerita atau berita tersebut?

Kita ada pilihan untuk dilakukan samaada terus terima atau menapis dan berfikir dahulu sebelum terima. Semua itu akan mudah diakukan jika kita mempunyai ilmu. Oleh itu tahniah diucapkan kerana kita sekarang sedang menambah ilmu.

"Comfort Zone" sangat sinonim kepada orang yang selesa dengan keadaan diri mereka sekarang. Tentu kita pernah dengar cerita Katak Rebus. Ini bukan cerita makanan eksotik, ia mengisahkan seekor katak yang hebat namun.......

Ceritanya begini, pada suatu hari dalam sebuah makmal sains terdapat sekumpulan penyelidik sedang menjalankan satu kajian berkaitan dengan katak. Katak merupakan haiwan dua alam yang mempunyai kehebatan untuk menyesuaikan suhu badan mengikut persekitaran.

Dalam kajian tersebut dua eksperimen telah dilakukan, eksperimen pertama dimulakan dengan merebus air dalam sebuah bekas sehingga mendidih. Kemudian katak dimasukkan dalam bekas tersebut, cuba teka apa hasil yang diperolehi? Dengan pantas katak terus melompat keluar dari bekas tersebut. Yelah dah air panas tentulah terkejut, terus bertindak dengan serta-merta.

Bagi eksperimen kedua, penyelidik meletakan katak di dalam bekas yang berisi air kemudian bekas tersebut dipanaskan perlahan-lahan. Apabila suhu air makin meningkat katak masih berada di dalam bekas tersebut sehinggalah air mendidih. Maka katak kedua telah menjadi katak rebus.

Kenapa ia berlaku? Dalam situasi yang pertama apabila katak dikejutkan dengan sesuatu yang drastik maka ia akan bertindak dengan segera. Namun dalam situasi kedua katak tersebut telah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sehingga rasa selesa walaupun ia merbahaya kepada dirinya.

Itulah bahayanya zon selesa (comfort zone), kita kena pastikan kita tidak terlalu lama dalam zon tersebut. Pastikan kita melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan tersebut, paling mudah lakukan penghijrahan. Kenalpasti zon selesa kita, jika zon selesa kita ialah rumah cuba cari tempat lain untuk bercuti cuba perkara yang sukar dari di rumah.

Jika zon selesa kita ialah keluarga cuba pergi seminar dua atau tiga hari agar berjauhan dari keluarga. Jika zon selesa kita ialah kerja minta cuti dan pergilah bercuti agar kita tahu susah jika tak dapat gaji. Apapun zon selesa kita cubalah lakukan sesuatu agar kita tidak terkejut dengan sesuatu yang drastik.

Paling mudah untuk ubah ialah dengan membaca kerana ramai dikalangan kita susah hendak membaca terutamanya berkaitan dengan kemahiran tertentu. Kita selesa dengan kemahiran yang kita ada tetapi tak rugi kita tahu kemahiran lain terutama yang tiada kaitan dengan kepakaran kita selama ini.

Mulakan sekarang dan kita pasti akan berjaya.

http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Sunday, November 3, 2013

Hijrah minda

Salam sejahtera,

Syukur Allahamdullilah, kita dapat lagi berjumpa dengan tahun baru Islam. Banyak pengajaran yang kita dengar semasa perjalanan hijrah Rasullullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Namun sejauh mana kita dapat menghayati maksud disebalik Hijrah tersebut?

Kita pada masa kini sibuk nak berhijrah, namun tidak tahu apa yang kita nak hijrahkan. Dalam suasana kita pada masa kini paling utama ialah hijrahkan minda kita supaya melakukan perkara yang positif sahaja. Terlalu banyak kerak yang terdapat dalam fikiran kita maka kita menjadi penat untuk berfikir.


Pastikan minda kita hijrah ke arah yang lebih baik, paling utama ialah ubah sikap. Hanya dengan mengubah sikap sahaja kita akan menjadi lebih baik. Paling mudah untuk berhijrah ialah membaca, tambah ilmu terutama dalam kepakaran kita. Apabila kita sudah cukup pakar dalam sesuatu bidang maka mudah untuk kita berjaya.

Melalui pembacaan kita dapat meningkat kemahiran diri. Jika mempunyai modal lebih maka kita boleh menghadiri seminar atau bengkel kemahiran tersebut agar lebih cepat kita faham dan dapat diamalkan. Bagi memastikan minda kita sentiasa positif, sentiasalah berkawan dengan orang-orang yang positif.

Seperti kata pepatah "jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita pun akan dapat wanginya, begitu juga jika kita berkawan dengan tukang besi maka kita pun akan berbau asapnya". Kitalah yang memilih apa yang kita perlukan dalam perjalanan ini.

Mulakan dengan membaca kerana ia adalah paling mudah. 

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Tuesday, October 8, 2013

Adakah anda usahawan?


Salam sejahtera,

Syukur Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat lagi berkongsi cerita. Maklumlah kita ni kan suka dengar cerita. Sambil-sambil semak fb terlihat satu status dari Raja Kamil, status tu berbunyi "peniaga usaha dan masa". Saya begitu teruja dengan status tu maklumlah siap yang boleh berniaga usaha dan masa ni. 

Walaupun cukup ringkas status tersebut namun ia membuktikan bahawa semua orang adalah peniaga. Apa yang dimaksudkan disini ialah seorang pekerja makan gaji pun adalah seorang usahawan iaitu usahawan usaha dan masa. 

Bagi usahawan jenis ini mereka tidak dapat nak melipatgandakan pendaptan kerana ia telah ditetapkan pada setiap bulan. Walaupun usaha yang dilakukan adalah berganda-ganda namun pendapatan pada setiap bulan adalah sama. Dengan keadaan ini maka berlakulah perkara-perkara yang kurang enak dengan istilah "curi tulang", "mengular" dan sebagainya. 

Tapi saya pasti yang membaca pos ini bukan begitu kan. Semua yang baca ni nak berubah ke arah yang lebih baik kan. Tak salah makan gaji kerana ia merupakan satu langkah permulaan ke arah usahawan berdikari. Seperti kata Dr. Azizan Osman pakar keusahawana #1 Malaysia dan Asia tu, "kita yang perlu berubah dahulu baru boleh mengubah orang lain". 

Tanamkan satu niat dan tekad untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada satu masa nanti. Penuhkan ilmu yang berkaitan agar kita mudah untuk melakukannya. Selain itu kita perlu sedar setiap yang berlaku adalah perancangan dari Yang Maha Kuasa. Maka kita usaha dan mohon apa yang kita perlukan kerana Dialah yang maha memberi. 

Sekian, 
Fast Action, Fast Result (FAFR)

Monday, October 7, 2013

Tetapkan nilai anda.

Syukur Alhamdulilah,

Pada hari ahad yang lepas telah tamat seminar 5 hari 4 malam bersama Dr. Azizan Osman. Sungguh hebat apabila kita berkumpul bersama para jutawan ni. Apa sahaja yang keluar dari mulut adalah idea dan kesyukuran kepada Ilahi.

Bukan sahaja jutawan malah sangat jelas dengan misi dan visi setiap syarikat yang ditubuhkan. Salah satu ilmu yang dapat diamalkan oleh orang "biasa-biasa" ialah sentiasa tetapkan satu nilai untuk sedekah. Kita boleh bermula dengan nilai yang sedikit tapi sentiasa tetap melakukannya.

Saya pernah terbaca satu buku yang menyatakan jika kita ingin bersedekah sebainya dengan nilai yang ganjil seperti RM1, RM3, RM7 dan RM11. Pilihlah mana yang kita mampu untuk bermula pastikan ia istiqamah.
Namun sebaiknya nilai itu terus meningkat setiap masa. Seperti kata Dr. Azizan Osman lagi banyak kita bagi lagi banyak kita akan dapat.

Satu lagi sifat masyarakat kita ni ialah tunggu kaya atau ada duit baru nak memberi. Dalam buku menjemput rezeki menyatakan bahawa sedekahlah dahulu pasti akan mendapat ganjaran.

Oleh itu marilah kita sama-sama membina ekonomi diri sendiri  sebelum risau pada ekonomi dunia yang kita sememangnya tak dapat nak ubah.

Selamat mencuba.
http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Friday, October 4, 2013

Minda Negatif?



Salam sejahtera,
 
Nama saya Nik Syaharudin Nik Daud, kepakaran saya ialah menunjukan jalan kepada para remaja dan belia yang ingin mengubah kehidupan sekarang, mengetahui hala tuju dengan jelas dan dekat kepada Pencipta serta dapat memberikan nilai tambah kepada masyarakat setempat. 

Allahamdulilah, saya bersyukur kerana saya masih dapat menghirup udara percuma pada hari ini. Saya juga bersyukur kerana masih mempunyai umi dan abah yang sentias mendoakan kebahagian ini serta mama dan papa yang banyak membantu dalam menjalani kehidupan penuh mencabar.

Saya juga bersyukur kerana pada usia 36 tahun, saya telah berjaya mendaftarkan satu syarikat untuk meneruskan perjalanan saya bagi membantu lebih ramai remaja dan belia. 

Tapi….

Setiap kejayaan yang dikecapi pasti ada kisah disebaliknya sama juga dengan saya. Semuanya bermula disebabkan saya terlalu berfikiran negatif terhadap bidang perniagaan. Memang minat berniaga itu ada dalam diri, jika tidak masakan saya sanggup berhabis dengan menyertai pelbagai syarikat Multi Lavel Marketing (MLM).

Namun setiap perniagaan MLM yang saya sertai tidak membawa saya kemana-mana, ini disebabkan pada masa itu menyertai MLM adalah untuk seronok-seronok dan ikut kawan. Anda pun mungkin pernah mengalami situasi ini kan. Mula–mula buat MLM dapatlah jual beberapa produk, namun memang susah untuk menjual produk ni akhirnya guna sendirilah.

Pernah sekali semasa say asedang belajar peringkat Ijazah kedua, ada seorang kawan ajak untuk join satu MLM dan dia kata akan bantu saya untuk berjaya. Dengan bermodalkan sebanyak RM2500 saya pun setuju untuk mengikutnya. Namun apa yang berlaku setelah dapat bayaran dan diberi produk kawan tu terus senyap. Nak minta tolong pun selalu sibuk, ini lah membuatkan saya lebih negatif terhadap perniagaan. Kena tipu oleh kawan sendiri. Pada saya masa itu modal yang dikeluarkan itu sangat tinggi maklumlah masih belajar.

Disebabkan saya ni memang suka kepada aktiviti jual-beli, masa terlibat pula dengan aktiviti perniagaan dalam internet. Yelah kan mudah, modal kecil dan hanya sedikit masa je diperlukan.  Banyak juga rugi kerana tak pakar dalam bidang tu, hanya tahu buka dan baca emai je. Hampir ditipu oleh skim cepat kaya yelah siapa tak tertarik dengan modal serendah RM500 dapat pulangan RM100 setiap bulan.  Syukur saya selamatlah dari ditipu lagi.

Sehinggalah, saya menyertai satu seminar percuma Dr. Azizan Osman iaitu Berani Berniaga 2013.  Barulah saya mendapat idea apakah maksud perniagaan yang sebenar, rentetan dari situ saya telah menyertai Advance Marketing Power untuk mendapat lebih ilmu berkaitan perniagaan. Dari situ saya dapati bahawa perniagaan boleh bermula dengan kemahiran yang kita ada.

Dengan kemahiran saya sebagai seorang pensyarah maka saya telah menyediakan diri untuk menjadi seorang pakar mengalih akal remaja dan belia untuk mencari haluan kehidupan serta dapat menyumbang kepada masyarakat setempat.


Jika anda ingin tahu lebih lanjut berkaitan dengan modul yang disediakan sila komen “Saya nak tahu” di https://www.facebook.com/niksyaharudin. Setiap komen akan PM secara peribadi.



Terima kasih.

Nik Syaharudin Nik Daud
MYB 2013
De Palma, Shah Alam
http://www.rahsiapendapatanpasif.com 


Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Saturday, September 14, 2013

Pelaburan pilihan.

Salam sejahtera,

Banyak perkara yang kita ingin lakukan bagi menambah pendapatan kan. Salah satuu yang paling terkenal ialah pelaburan. Pada masa kini banyak produk pelaburan yang ditawarkan seperti pelaburan emas, pelaburan hartanah dan pelaburan saham.

Namun dua pelaburan paling utama sering ditekankan oleh mereka yang telah berjaya ialah pelaburan akhirat dan pelaburan ilmu. Tentu kita tahu bahawa sedekah merupakan pelaburan yang sememangnya akan memberikan pulangan berlipatkali ganda.

Seperti firman Allah dalam Al Quran surah Al-Baqarah, Ayat 261 bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Manakala ilmu yang diperolehi akan lebih membantu kita dalam kehidupan seharian. Jika kita ingin melabur dalam pasaran saham maka kita perlu tahu ilmu berkaitan saham. Sama juga jika kita ingin menguasai sesuatu kemahiran seperti membuat kek atau biskut maka kita perlu menguasai kemahiran tersebut dengan ilmu.

Bagi pelaburan terhadap ilmu banyakk cara yang boleh kita lakukan seperti membaca. menghadiri seminar, mengikuti kelas dan bertanya kepada mereka yang lebih tahu. namun bagi kita yang masih belajar ni pelaburan ilmu yang paling murah dan mudah ialah dengan membaca. Bermodalkan RM 1 atau RM 2 pun kita dah boleh dapat ilmu yang banyak.

Setelah mendapat ilmu tersebut paling utama ialah mengamlkannya dan bertindak, kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Apabila kita tidak bertindak maka ilmu itu tidak dapat membantu kita dalam kehidupanoleh itu bertindak lah dengan ilmu yang kita perolehi supaya ia boleh memberikan hasil kepada kita.

Semoga kita dapat membuat pelaburan yang paling mudah ini supaya kehidupan kita akan lebih terjamin dan sentiasa ceria dengan rezeki yang melimpah. Kita boleh mulakan dengan ebook 9 formula pantas seru rezeki, supaya kita lebih yakin dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah setiap hari.

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Thursday, August 22, 2013

Top Affiliate #1 Malaysia Bongkar Rahsia!



Salam hormat.

Nampaknya hari ini Super Affiliate atau Top Affiliate #1 di Malaysia, Tuan Razif Yusof telah meletupkan arena perniagaan internet dengan memberi hadiah kepada semua orang!

Sebuah laporan percuma (hanya perlu isi nama dan email) yang berkualiti telah mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjana 5 angka sebulan dengan hanya promosikan produk orang lain di internet.

Mudah kata, beliau hanya bekerja dari bilik tidur, berkain pelikat, menggunakan sebuah laptop kecil dan tak perlukan produk sendiri.

Tak perlu lagi buang masa.

Baca sendiri pendedahan rahsia sulit beliau ini di laman web ini:

--> http://www.projekaffiliate.com

Antara laporan terbaik dan kandungan yang sepatutnya patut dijual!

ikhlas,
nik syaharudin nik daud





************************
PERCUMA JE....
************************
************************

Tuesday, June 25, 2013

Masa = RM?

Salam sejahtera,

Demi Masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
1-3, Al-Asr

Sudah hampir separuh tahun 2013 berlalu namun adakah kita masih seperti awal tahun? Perhatikan dalam diri pasti akan ada perubahan yang berlaku kan. Paling tidak umur kita semakin bertambah, kita masih tidak percaya kah bahawa Allah sendiri telah berfirman bahawa manusia itu dalam kerugian?

Pernah kah kita terfikir kenapa kita rugi? Yalah kerana kita tidak terasa setiap saat yang berlalu, tetapi setiap saat tersebut tidak akan kembali lagi. Supaya setiap saat dan minit itu terasa berharga kita boleh anggap bahawa setiap minit itu adalah wang, 1 minit bersamaan RM 1 maka dalam satu hari kita ada RM 1440.

Sanggupkah anda membuang setiap RM yang anda miliki? Bagaimana nak pastikan setiap RM itu bermanafaat untuk kita? Tentu itu menjadi persoalan dalam benak pemikiran kita kan. Setiap masalah akan ada penyelesaiannya ketahuinya dalam 9 Formula Pantas Seru Rezeki anda pasti tersenyum lebar seperti mereka yang telah mendapatkannya.

Klik jer kat gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Wednesday, June 12, 2013

Mulakan dengan doa.

Salam sejahtera, 

Saya doakan anda semua dideraskan rezeki yang berkat, dipermudah urusan dan sentiasa dalam keampunan, rahmat dan berkat Tuhan.

Setelah sekian lama saya menulis di blog ini, mungkin ini adalah ilmu yang lama tetapi jarang di ketengahkan. Setiap kali kita berjumpa dengan rakan-rakan kita akan memberi salam, sudah pasti kita semua faham bahawa salam adalah doa. 

Sejak dari dahulu lagi kita diajar agar mendoakan kesejahteraan kepada semua orang. Namun apabila kita memberi salam kepada orang yang tidak dikenali maka kita akan dianggap pelik kan. Bagi mengurangkan perasaan itu maka kita perlu berniat untuk mengamalkan sunnah Rasullulah SAW agar kita dapat menegakkan satu sunnah. 

Satu lagi cara ialah sebelum memberi salam kita boleh melrmparkan senyuman yang paling menawan supaya mudah mesra. Lagipun senyuman itu sedekah, maka kita akan mendapat pahala yang banyak. 

Sedikit ilmu yang diamalkan dengan istiqamah akan memberi kesan dalam kehidupan seharian.


Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Tuesday, June 11, 2013

Tahniah Unit Fizik KMJ!!!!!

Salam sejahtera,

Pada 6/6/2013 keputusan PSPM II telah diumumkan. syukur kepada Ilahi setelah pelbagai program dilakukan bagi membantu pelajar membuahkan hasil. Setiap kejayaan ini adalah hasil usaha dari semua pihak terutamanya para pelajar.

Walaupun kami para pensyarah menyediakan 1001 program namun jika tidak dipedulikan oleh pelajar maka ia akan menjadi sia-sia. Segala yang kami lakukan adalah untuk memastikan semua pelajar mendapat ilmu, bukan hanya tahu untuk peperiksaan.

Pastikan setiap ilmu yang diperolehi dapat membantu semua pelajar pada masa akan datang. Palingg mudah ialah berkaitan dengan geseran (friction), dalam kehidupan seharian kita akan menggunakan alas kaki yang mempunyai geseran yang tinggi supaya kita tidak mudah tergelincir. Namun ia berbeza jika menggunakan papan luncur kerana kita akan cuba mengurangkan gesaran agar ia dapat bergerak lebih laju. Gunakanlah ilmu yang diperolehi itu sebaik mungkin.

Sekali lagi tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah serta pihak pentadbiran yang membantu dalam kejayaan ini.

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Tuesday, April 23, 2013

Bahagikan orang lain...

Salam sejahtera,

Apabila kita bersama dengan kelauarga kita inginkan kebahgiaan, bagi mendapatkan kebahagian kita sepatutnya membahagiakan orang lain. Seperti hukum alam atau bahasa sekarang ialah Law Of Attraction (LOA) apa yang kita bagi akan kembali kepada kita.

Itulah yang dipercayai oleh golongan yang terdahulu, oleh itu mereka lebih banyak membantu orang lain supaya perjalanan merka menjadi lebih mudah. Sama seperti kita apabila tidak menyukai sesuatu kita akan komplin dan menyalahkan pihak lain. Adakah pernak terdetik dihati kita untuk menjadikan perkara itu lebih baik?

Apabila kita banyak membantu membahagiakan orang lain maka kebahagiaan akan datang kepada kita tanpa  disedari. Ia akan berlaku secara sepontan dan kita seakan terlupa bahawa itu adalah kemudahan akibat daripada usaha sebelumnya.

Bagi mencapai kebahagian maka berusahalah membahagiakan orang lain, paling mudah ialah gembirakan kanak-kanak dengan sedikit pemberian. Pasti kita akan bahagia dan tenang.

Bagi menjadikan pemberian kita lebih diberkati dan bermanafaat, saya cadangkan kita baca buku 9 formula pantas seru rezeki. Buku ini memberikan banyak contoh dan cara bagaimana mempercepatkan sesuatu keperluan kita. Paling syok tu ada diajar susuk sedekah... Jika  kawan-kawan nak tahu klik je kat gambar bawah tu. Klik ye rugi jika terlepas....

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.

Wednesday, April 17, 2013

Kenapa perlu menulis?

Salam sejahtera,

Hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang berjaya, hari ini sama macam semalam adalah orang yang rugi, hari ini lebih teruk dari semalam adalah orang yang celaka.

Kita pernah dengarkan pepatah ini, dimanakah kita? Golongan yang pertama atau kedua atau ketiga? Sudah pasti ramai yang akan berkata bahawa meraka berada dalam golongan yang pertama, right? Siapa yang hendak rugi dalam kehidupan ini? Bagi seorang pelajar atau seorang peniaga pasti kita inginkan kejayaan dan keuntungan.


Perkara yang paling mudah untuk kita lakukan agar sentiasa mendapat perkara baru ialah berkongsi ilmu yang kita tahu agar kita akan mendapat maklumat baru. Oleh itu kita secara tidak langsung sudah lebih baik dari semalam.

Perkongsian yang mudah untuk kita lakukan ialah berkaitan pengalaman dan minat. Apabila berkngsi minat dan pengalaman maka ia akan menjadi sesuatu yang mudah untuk diceritakan kepada orang disekeliling. Sebagai contoh seorang penternak pasti seronok bercerita berkaitan hasil ternakannya atau bagaimana mengembankan keuntungan hasil dari pekerjaan beliau.

Mungkij ada yang bertanya bagaimana kita boleh kongsikan pengalaman dan minat tu? Mudah jer kita boleh bercerita di kedai kopi atau menulis di blog atau menulis di FB. Nak cerita di kedai kopi kita perlu orang yang sama bidang baru seronok nak cerita.

Maka cara mudah ialah tulis di blog atau post di FB. Ada yang kata macam tu pun nak tulis? Yelah kita tulis agar mereka tahu. Jika mereka ada idea yang lebih baik maka kongsilah kepada orang ramai agar kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam.

Bagi sesiapa yang ingin menulis tu pastikan niat adalah betul supaya kita akan sentiasa dapat menulis perkara yang bermaklumat. Niat yang paling utama apabila kita menulis ialah untuk memberitahu kepada orang ramai berkaitan sesuatu perkara. Apabila niat sudah betul kita akan seronok untuk menulis.

Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil mungkin topik kesihatan anak boleh dijadikan satu tajuk. Seperti seorang kawan ni dia terpaksa mengambil cuti kerana anak telah demam, mungkin ada yang tak tahu bahawa apabila anak yang sakit ayah atau ibu boleh meminta surat rawatan dari doktor agar menjadi bukti bahawa anak telah di bawa untuk mendapat rawata.

Maklumlah apabila kita berkerja perlukan bukti untuk mendapat cuti, jika tidak banyak suara-suara sumbang ynag akan bercakap. Lebih baik buat persediaan sebelum lebih banyak perkara lain berlaku.

Itu adalah contoh yang boleh ditulis, jika kita minat memasak maka boleh lah berikan tips-tips masakan yang anda gunakan.

Jika anda ingin mendapat rezeki yang sentiasa melimpah ruah mungkin buku 9 formula pantas seru rezeki boleh menjadi pilihan.

Sekian....

Sunday, April 14, 2013

Kenapa 10%?

Salam sejahtera,

Pada hakikatnya kita semua tahu berkaitan dengan sedekah, banyak hadis dan dalil Al-Quran yang menggalakan kita untuk bersedekah. Namun masih menjadi persoalan berapa banyak yang perlu di sedekahkan?



Kita dianjurkan untuk memberi sebahagian daripada pendapatan, jika kita diberikan RM100 dan diminta berikan sebahagian daripadanya kepada Dolah pada pandangan anda berapa banyak yang anda akan berikan?

Jika sebahagian kecil, mungkin jumlahnya ialah 5-10 peratus.
Jika sebahagian besar, mungkin jumlahnya ialah 60-90 peratus
Jika sebahagian, mungkin jumlahnya ialah 20-40 peratus.

Situasi di atas adalah kemungkinan atau anggaran yang akan dibuat. Namun itu tidak semestinya betul, hanya secara kefahaman kasar.

Oleh itu paling minimum untuk kita sedekah ialah 10% dari pendapatan, kerana setiap sedekah yang kita berikan akan mendapat 10 kali ganda ganjaran. Ada juga yang mengatakan apabila kita perlukan RM1000 maka sedekahlah RM100. Maka sedekahlah lebih banyak kerana kita akan mendapat lebih 
banyak ganjaran.

Seperti para jutawan sedunia lakukan, mereka lebih banyak menggunakan hasil perniagan ke arah kebajikan. Kita yang yakin dengan janji Allah serta Rasullah maka sepatutnya lebih banyak membantu orang disekeliling. Sama seperti satu maksud Al-Quran, jadilah orang yang banyak memberikan manafaat kepada makhluk disekeliling.

Dari sekarang kita usahlah berkira-kira apabila ingin melakukan kebaikan, agar Allah tidak berkira-kira dengan apa yang kita minta. Sentiasalah bersedekah bukan hanya dengan wang malah segala kebaikan yang dilakukan adalah sedekah.

Ingin mengetahui lebih banyak berkaitan cerita sedekah dapatkan 9 formula pantas seru rezeki, banyak cara yang boleh dilakukan sebagai sedekah.

Selamat bersedekah.

Thursday, April 11, 2013

7 keajiban rezeki....

Salam sejahtera,

Kejayaan hari ini adalah hasil perubahan masa dahulu. Apabila perubahan berlaku pasti akan ada keputusan. Kepada mereka yang tidak berani berubah maka mereka akan menjadi orang yang biasa-biasa je..

Sebelum melakukan sebarang perubahan kita perlu mendapatkan ilmu, hanya dengan ilmu sahaja perubahan yang dilakukan akan menemui kejayaan. Ramai orang yang ingin mendapatkan rezeki yang banyak, namun kita hanya fokus kepada wang.

Pada asalnya maksud rezeki itu adalah sangat luas. Dalam buku 7 keajaiban rezeki telah diberikan beberapa panduan untuk memastikan bagaimana rezeki kita akan bertambah.


Buku yang sangat praktikal kerana ia berkisar kepada kehidupan kita. Kadangkala kita terlupa apa yang patut dilakukan supaya rezeki cepat dan berkat.

Salah satunya ialah 2 bidadari yang kita sering abaikan, mulakan dengan 2 bidadari tersebut agar kita mendapat rezeki yang cepat, banyak serta diberkati.

Apabila kita sudah bertemu dengan peluang teruslah rebut kerana ia tidak selalu ada. Kita biasanya akan kata belum bersedia untuk berubah apabila peluang ada didepan mata. Ini disebabkan kita sudah berada dalam keadaan selesa.

Mulakan perubahan dengan langkah paling kecil iaitu membaca. 7 keajaiban rezeki pasti membuka minda kita untuk berubah begitu juga dengan 9 formula pantas seru rezeki. Pastikan anda lakukan hari ini kerana lebih cepat berubah lebih cepat kejayaan dicapai.

Selamat berubah.


Tuesday, April 9, 2013

PSPM II datang lagi....

Semoga hari ini lebih baik dari semalam,

Sebagai seorang pensyarah kehadiran PSPM adalah perkara biasa kerana setiap semester pasti ia akan menjelma. Walaupun PSPM hadir namun yang bakal mengisinya adalah jasad-jasad serta minda yang berbeza.

Pengisian yang diberikan adalah sedikit berbeza mengikut kelebihan setiap sesi. Dengan perancangan dan setiap program yang telah dilakukan sudah pasti setiap pensyarah mengharpkan keputusan yang terbaik. Namun semua itu terletak di tangan setiap pelajar.

Apabila berada di dalam dewan peperiksaan maka pergantungan hanyalah diserahkan kepada yang maha kuasa. Segala usaha telah dilakukan maka kembalilah kepadaNya.

Kita melaksanakan Allah menetukan kejayaannya.

Selamat berjaya kepada semua pelajar PST dan PDT.

Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.