
Pada hari ahad yang lepas telah tamat seminar 5 hari 4 malam bersama Dr. Azizan Osman. Sungguh hebat apabila kita berkumpul bersama para jutawan ni. Apa sahaja yang keluar dari mulut adalah idea dan kesyukuran kepada Ilahi.
Bukan sahaja jutawan malah sangat jelas dengan misi dan visi setiap syarikat yang ditubuhkan. Salah satu ilmu yang dapat diamalkan oleh orang "biasa-biasa" ialah sentiasa tetapkan satu nilai untuk sedekah. Kita boleh bermula dengan nilai yang sedikit tapi sentiasa tetap melakukannya.
Saya pernah terbaca satu buku yang menyatakan jika kita ingin bersedekah sebainya dengan nilai yang ganjil seperti RM1, RM3, RM7 dan RM11. Pilihlah mana yang kita mampu untuk bermula pastikan ia istiqamah.
Namun sebaiknya nilai itu terus meningkat setiap masa. Seperti kata Dr. Azizan Osman lagi banyak kita bagi lagi banyak kita akan dapat.
Satu lagi sifat masyarakat kita ni ialah tunggu kaya atau ada duit baru nak memberi. Dalam buku menjemput rezeki menyatakan bahawa sedekahlah dahulu pasti akan mendapat ganjaran.
Oleh itu marilah kita sama-sama membina ekonomi diri sendiri sebelum risau pada ekonomi dunia yang kita sememangnya tak dapat nak ubah.
Selamat mencuba.
http://www.rahsiapendapatanpasif.com
Seru Rezeki Cara Halal? Klik di sini.