Pages

Wednesday, October 31, 2012

Pendapatan pasif......

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Tahniah kepada rakan-rakan yang menyambut hari lahir dan yang menyambut hari ulangtahun perkahwinan. Semoga perjalanan yang masih berbaki ini akan lebih bermanafaat dan memberikan keberkatan dalam kehidupan.

Setiap hari kita akan sentiasa berkira-kira, bermula dari bangun tidur hinggalah kita kembali ke kamar semula. Yelah nak bersarapan kira duit yang ada, nak ke pejabat kira masa dan macam-macam lagi yang dikira. Namun paling banyak kiraan yang dilakukan ialah berkaitan dengan kewangan. Kita akan merasa gelisah apabila kewangan kita berkurangan namun makin gelisah jika tidak dapat meningkatkan lagi pendapatn .

Bermacam-macam kerja akan kita lakukan untuk menambah pendapatan. Jika kita telah mempunyai pekerjaan tetap maka masa selepas kerja akan digunakan untuk kerja sampingan. Pada masa sekarang ramai yang melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Seperti biasa hukum alam  ini apabila kita memerlukan sesuatu maka perlu ada bayaran untuk perkara tersebut. Maka bayaran untuk pendaptan tambahan adalah masa yang terpaksa dikorbankan selepas waktu kerja. 

Apabila rakan-rakan gembira bersama keluarga kita masih lagi kerja, apabila kawan-kawan berehat di rumah kita pula menyambung kerja di kedai burger. Itulah bayaran yang kita perlukan untuk pendapatan yang lebih. Tetapi tahukah anda bahawa ada orang yang hanya kerja sekali dan mendapat hasil berkali-kali. Ini adalah sesuatu yang benar dan telah dibuktikan. Seperti kata pepatah orang dahulu "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." Kita hanya perlu lakukan kerja untuk sekali sahaja dan akan mendapat hasil selagi produk kita dibeli orang. Ini dipanggil pendapatan pasif, contoh mudah ialah sebagai penulis buku. Selagi buku yang ditulis itu terjual maka penulis akan sentiasa mendapat bayaran rayalti untuk buku tersebut.

Bagaimana nak hasilkan pendapatan pasif akan kita bincagkan lagi pada post yang akan datang...

Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com

Thursday, October 18, 2012

Membina Perniagaan....

Salam sejahtera,

Sudah lama saya tidak bercerita disini kan, maklumlah terlalu banyak yang perkara yang dianggap penting maka kita pun akan terabai pada sesuatu yang lain. Ini adalah lumrah dalam kehidupan apabila terleka dengan sesuatu maka sesuatu yang lain akan terabai.

Sepanjang tahun ini saya ingin memulakan satu perniagaan, namun apabila nak berniaga ni kita perlu sedia dari segi mental dan fizikal. Ilmu yang ada pun perlu ditingkatkan terutamanya dalam bidang perniagaan yang hendak dilakukan.

Kenapa nak berniaga? Seringkali kita akan di tanya dan jawapan yang selalu diberikan ialah 9/10 rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Betul tu kerana Nabi kita yang bagitahu, namun kenapa ramai peniaga yang gagal?

Mereka ni mungkin gagal disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah bisnes ikut orang, apa yang orang buat dia nak buat namun bila dah tak mencapai matlamat terus tak minat. Ada juga yang bisnes ni sebab nak duit atau keuntungan banyak daalam masa yang cepat. Pada dasarnya memang semua peniaga nak untung namun cepat dan banyak adalah sesatu yang hampir mustahil.

Oleh itu untuk untuk pastikan kita mendapat keuntungan dalam perniagaan beberapa langkah perlu di ambil seperti MESTI.

M- Mentor
Orang yang boleh membimbing dengan cara yang betul bagi mencapai matlamat perniagaan kita.

E- Elmu (Ilmu)
Pengetahuan berkaitan perniagaan yang kita ingin lakukan. Kita perlu tahu kelemahan dan kelebihan perniagaan tersebut.

S- Strategi
Perancangan yang kita perlu lakukan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan yang telah di bina.

T- Target
Kita perlukan sasaran yang jelas apa yang ingin di capai dalam perniagaan yang telah kita jalankan ini.

I- Impian
 Merupakan sesuatu yang lahir dari hati untuk memeberikan kekuatan kepada kita bagi melakukan yang terbaik dalam perniagaan yang telah dijalankan. Merupakan satu perasaan yang boleh mendorong kita untuk berusaha dengan luar biasa.

Semoga dengan mengamalkan 5 perkara ini maka kita kan berjaya membina perniagaan yang akan membantu kita bebas kewangan.

Kawan saya ingin berkongsi cara membina perniagaan pelancongan, jika anda minat melancong boleh klik kat sini mungkin ini adalah peluang anda memulakan perniagaan.


Ketahui rahsia menjana pendapatan berterusan! Klik disini: www.videokursusaffiliate.com