Salam sejahtera
Semoga anda semua lebih ceria dan gembira. Maklumlah dah nak sambut raya. Tapi sebelum tu pastikan rebut peluang terakhir di bulan puasa ni. Kan 10 malam terakhir ni akn terlepas dari api neraka.
Kepada semu apelajar fizikal KMJ unit fizik telah menjalankan dua program untuk meningkatkan akademik anda semua. Program ini telah bermula setelah anda mendapat keputusan UPS yang lepas.
Program pertama ialah Basilisk, ia bertujuan untuk meningatkan konsep dan memberi kemahiran kepada pelajar dalam menjawab soalan exam.
Mankala program kedua ialah Dinamik yang dijalankan pada setiap rabu jam 8 malam. Program Dinamik dilaksanakan agar setiap pelajar sentisa bersedia untuk menghadapi ujian.
Sikap sentiasa bersedia adalah perlu bagi menjamin kejayan. Selain persediaan pelajar juga perlu membuat latihan agar kemahiran menjawab soaan akan meningkat. Dengan kemahiran yang sewajarnya tidak mustahil pelajar akan dapat skor pada PSPM akan datang.
Teknik bagi meningkatkan kemahiran dan tips-tips exam akan sentiasa di dedahkan oleh semua pensyarah dari semasa ke semasa. Pelajar perlulah peka dengan tips-tips yag diberikan.
Sekian