Pages

Tuesday, September 28, 2010

Pertandingan roket..




Peserta sedang mendaftar

  
Antara roket yang dipertandingkan
  
Salam sejahtera,
Semoga anda sentiasa ceria. Pada Rabu (22/9/2010) yang lalu unit fizik KMJ telah mengadakan pertandingan Roket Hidrolik. Penyertaan pada tahun ini telah dibuka kepada semua pelajar KMJ dari semua jurusan. Namun begitu bagi ketegori kakitangan tidak dapat di adakan kerana masalah teknikal.
Penyertaan yang diterima adalah amat menggalakkan dan terdapat juga peserta dikalangan pelajar perempuan. Pelbagai gelagat peserta dapat dilihat pada hari pertandingan tersebut. Dalam keadaan cuaca yang baik pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar. Kesemua 46 roket telah dilancarkan dengan sempurna. Hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Sains KMJ Tn. Hj. Mohd Shaari Azyze Bin Salleh Azyze.
Diharap pada masa akan datang lebih banyak penyertaan yang akan diterima dan kami akan membuka ketegori bagi kakitangan KMJ. Terima kasih di ucapkan kepada semua pensyarah yang terlibat menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama sepanjang pertandingan diadakan serta kepada pembantu yang banyak membantu semasa hari pertandingan.

Sekian 

 

Peserta sedang mendengar taklimat

Bersama dengan roket masing-masing



Peserta sedang bersiap untuk lepaskan roket