Pages

Tuesday, July 13, 2010

Tahniah..

Salam sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira. Tahniah kepada semua pelajar KMJ sesi 2009/2010 khasnya dan semua pelajar matrikulasi KPM yang telah berjaya mendapat tempat di Universiti seluruh negara. Ingat lah bahawa perjuangan anda baru bermula dengan cabaran yag lebih terbuka.
Setiap permasalahan yang dihadapi perlu diselesaikan menggunakan pertimbangan akal dan kekuatan iman. Semua ini perlu bagi mengelakan anda terkandas ditengah perjalanan mengejar cita-cita. Biasanya masalah utama yang bakal timbul ialah kewangan yang tidak stabil, maklumlah pelajar mana ada sumber pendapatan yang tetap. Walaupun ada pinjaman anda perlu ingat bahawa itu adalah untuk pembelajaran sahaja, bukan untuk enjoy. Lagipun pinjaman PTPTN merupakan hutang jangka masa panjang yang ada telah setuju terima. Maka gunakanlah dengan baik kerana anda perlu bayar hutang itu.
Tahniah juga kepada semua yang telah berjaya mendapat jurusan yang dimohon, tingkatkan usaha untuk berjaya. Bagi yang tidak berjaya pastikan anda gandakan usaha dan cubalah tanamkan minat dalam ilmu yang anda perolehi pasti anda akan berjaya.

Sekian

http://www.rinss.com

Universiti Lubuk Emas