Salam sejahtera,
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, carilah ilmu yang baru atau amalkan ilmu yang sudah ada. Semasa di bangku sekolah kita sentiasa akan menduduki peperiksaan atau nama omputeh exam. Ada yang benci apabila exam tiba dan ada pula yang gembira, yelah jika dapat #1 ada hadiah yang menunggu.
Penting sangat ke exam ni ye?? Untuk kita lebih maju maka exam perlu dilakukan, tak semestinya semasa sekolah sahaja kena ada exam masa kerja pun lagi patut ada. Exam tak semestinya yang formal malah yang tak formal pun boleh gak.
Bagi memajukan diri kita dalam kerjaya kita boleh melakukan exam secara tak formal, dengan menjawab beberapa soalan berkaitan dengan bidang yang kita ceburi. Contoh mudah bagi seorang pengusaha minuman mungkin soalan yang boleh ditanya ialah berkaitan kepakaran dalam menyediakan minuman berkhasiat.
Jenis-jenis minuman berkhasiat yang mudah disediakan. Minuman untuk hilangkan batuk. Malah banyak lagi yang boleh ditanya dari masa ke semasa. Ada akan kata yang tu bukan exam, namun adakah anda menjawab soalan? Jika menjawab soalan maka itu adalah exam.
Seorang yang suka bertanya akan dan mencari jalan penyelesaian adalah orang yang berjaya. Jangan hanya suka bertanya namun tidak suka bertindak kerana anda pasti akan lebih bermasalah. Oleh itu anggaplah exam tu sebagai cara untuk pastikan anda sentiasa kaya dengan ilmu.
Sekian