Pages

Friday, July 30, 2010

KAKOM

Salam sejahtera
Semoga anda semua lebih baik dari semalam, jadikan hari ini lebih baik dengan ilmu yang baru dan amalan yang berkekalan.

Karnival Kokorikulum (KAKOM) telah melabuhkan tirainya pada 28 Julai 2010. Tahniah kepada KMJ yang telah berjaya menjadi tuan rumah untuk kali kedua. Dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dapat dihadapi namun perjalanan KAKOM dapat berlangsung dengan jayanya.
Kepada semua pensyarah dan kakitangan yang terlibat diucapkan terimakasih dan syabas kerana kejayan ini dapat dicapai dengan sokongan semua pihak.  
Para pelajar sukarelawan yang juga banyak membantu sebelum, semasa dan selepas kejohanan juga diucapkan tahniah kerana pengalaman ini boleh digunakan pada masa hadapan nanti.
Sekian
http://www.rinss.com

Wednesday, July 21, 2010

Selamat bercuti...

 Anda perlu ada matlamat yang jelas.
Walaupun sedang bercuti

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Setelah UPS tamat semua pelajar akan gembira, yelah Dah cuti. Namun tak semua cuti panjang, bagi yang terlibat dengan Karnival Sukan Matrikulasi (KAKOM) semoga anda akan bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Bagi kontenjen KMJ gunakan peluang ini untuk menang besar kerana kita menjadi tuan rumah. Lakukan yang terbaik dan elakkan keganasan. Jadikan sukan ini sebagai medium untuk kita menambah kenalan bukan musuh.

Selamat maju jaya.

Sekian

Tuesday, July 20, 2010

Ilmu, idea dan bisnes.




Salam sejahtera

Jadikan hidup anda lebih baik dari semalam, semua orang mahu berjaya bezanya ialah tindakan yang telah diambil. Dengan ilmu yang banyak namun tidak ada tindakan maka tiada kejayaan bersama anda. Ada yang tiada ilmu namun mahu mencuba maka kegagalan akan bersamanya. 

Oleh itu untuk berjaya anda perlu berilmu dan perlu bertindak. Tidak perlu ilmu yang banyak tetapi lakukan apa yang anda dah tahu sambil menambah ilmu. Sekarang ni perniagaan menjadi satu trend untuk diceburi. Terutamanya bagi muda-mudi yang ingin menjadi jutawan. 

Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menbina sesuatu perniagaan namun anda perlu fokus pada satu model sahaja. Tiada idea merupakan alasan utama apabila ingin memulakan bisnes, tahukah anda bahawa idea ada disekeliling anda. 

Lagi mudah jika jadikan hobi atau minat anda sebagai sumber bisnes pertama. Setelah itu kembangkan kepada yang lain. Pada masa kini bisnes internet menjadi pilihan remaja kerana ia mudah dan murah, malah ada yang tidak memerlukan modal pun.

Tidak hiran lah sekarang jika ramai remaja yang berjaya menjadi jutawan pada usia muda. Semua kemudahan telah tersedia anda hanya perlu bertindak untuk berjaya. Kejayaan adalah bagi orang yang mahu dan bertindak, bukan hanya mahu sahaja tetapi tida tindakan.

Sekian




Monday, July 19, 2010

Kenapa exam?

Salam sejahtera,

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, carilah ilmu yang baru atau amalkan ilmu yang sudah ada. Semasa di bangku sekolah kita sentiasa akan menduduki peperiksaan atau nama omputeh exam. Ada yang benci apabila exam tiba dan ada pula yang gembira, yelah jika dapat #1 ada hadiah yang menunggu. 

Penting sangat ke exam ni ye?? Untuk kita lebih maju maka exam perlu dilakukan, tak semestinya semasa sekolah sahaja kena ada exam masa kerja pun lagi patut ada. Exam tak semestinya yang formal malah yang tak formal pun boleh gak. 

Bagi memajukan diri kita dalam kerjaya kita boleh melakukan exam secara tak formal, dengan menjawab beberapa soalan berkaitan dengan bidang yang kita ceburi. Contoh mudah bagi seorang pengusaha minuman mungkin soalan yang boleh ditanya ialah berkaitan kepakaran dalam menyediakan minuman berkhasiat. 

Jenis-jenis minuman berkhasiat yang mudah disediakan. Minuman untuk hilangkan batuk. Malah banyak lagi yang boleh ditanya dari masa ke semasa. Ada akan kata yang tu bukan exam, namun adakah anda menjawab soalan? Jika menjawab soalan maka itu adalah exam

Seorang yang suka bertanya akan dan mencari jalan penyelesaian adalah orang yang berjaya. Jangan hanya suka bertanya namun tidak suka bertindak kerana anda pasti akan lebih bermasalah. Oleh itu anggaplah exam tu sebagai cara untuk pastikan anda sentiasa kaya dengan ilmu.

Sekian

Friday, July 16, 2010

Saat akhir

http://www.rinss.comSalam sejahtera
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Jika kita menghadapi tekanan biasanya hasil yang di perolehi adalah diluar jangkaan. Namun kerja di saat akhir ni tak semua orang boleh buat. Salah buat terus tak jalan seperti yang dirancang.
Bagi golongan pelajar belajar di saat akhir sudah menjadi trend, namun jangan dijadikan amalan kerana ia boleh membawa padah. Dengan teknik yang betul boleh lah buat cara tu, maksudnya anda kena tahu teknik dulu baru amalkan caranya. Tu lah ada pepatah yang berbunyi "study smart not study hard". Untuk menjadi pelajar yang bijak anda perlu tahu teknik yang diperlukan supaya tidak membazir masa.
Masih belum terlambat untuk anda mempelajari teknik-teknik belajar, mulakan dengan membaca selama 1 jam sehari. Amalkan tabiat membaca agar anda tidak perlu biat kerja pada saat akhir. Siapkan kerja mengikut masa yang telah diberikan agar anda tidak kelam kabut apabila sampai waktunya.
Elakkan kerja saat akhir dengan membuat perancangan dan jadual.

Sekian
http://www.rinss.com

Tuesday, July 13, 2010

Tahniah..

Salam sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira. Tahniah kepada semua pelajar KMJ sesi 2009/2010 khasnya dan semua pelajar matrikulasi KPM yang telah berjaya mendapat tempat di Universiti seluruh negara. Ingat lah bahawa perjuangan anda baru bermula dengan cabaran yag lebih terbuka.
Setiap permasalahan yang dihadapi perlu diselesaikan menggunakan pertimbangan akal dan kekuatan iman. Semua ini perlu bagi mengelakan anda terkandas ditengah perjalanan mengejar cita-cita. Biasanya masalah utama yang bakal timbul ialah kewangan yang tidak stabil, maklumlah pelajar mana ada sumber pendapatan yang tetap. Walaupun ada pinjaman anda perlu ingat bahawa itu adalah untuk pembelajaran sahaja, bukan untuk enjoy. Lagipun pinjaman PTPTN merupakan hutang jangka masa panjang yang ada telah setuju terima. Maka gunakanlah dengan baik kerana anda perlu bayar hutang itu.
Tahniah juga kepada semua yang telah berjaya mendapat jurusan yang dimohon, tingkatkan usaha untuk berjaya. Bagi yang tidak berjaya pastikan anda gandakan usaha dan cubalah tanamkan minat dalam ilmu yang anda perolehi pasti anda akan berjaya.

Sekian

http://www.rinss.com

Universiti Lubuk Emas

Sunday, July 11, 2010

Juara dah ada...

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira. Juara dah ada bagi bola sepak piala dunia. Betul lah ramalan sotong tu (jgn percaya sangat ye). Tahniah kepada pasukan Spanyol kerana telah berjaya membawa pulang pala rebutan tersebut.
Kepada penyokong mereka pula teruskan lah menyokong dan ambilah semangat mereka untuk jadi juara. Bukan sahaja dalam bola sepak tetapi yang paling penting ialan dalam kehidupan seharian. Pastikan anda telah mempunyai target atau matlamat.
Jika kita hayati semua pasukan yang layak ke piala dunia ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menjulang piala tersebut. Namun adat pertandingan pasti akan ada yang kalah. Cara untuk mencapai matlamat tersebut berbeza antara setiap pasukan itulah yang dinamakan strategi. Ada pasukan yang bermain dengan cara menyerang manakala ada pula yang banyak bertahan. Ada yang menggunakan khidmat pemain muda dan ada yang menggunakan gabungan muda serta lama.
Sekarang aturlah strategi anda untk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, strategi boleh diubahsuai mengikut keperluan jadi jangan terlalu takut untuk mengubah cara bagi mencapai matlamat anda.

Sekian
http://www.rinss.com/

Thursday, July 8, 2010

Seminggu je lagi

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa cria dan gembira. Ada masa satu minggu je lagi untuk UPS, diharap semua pelajar telah bersedia. Bagi fizik hanya 4 bab yang akan disoal, pelajar perlu menjawab dalam masa 1 jam. 10 markah bagi setiap soalan dan jumlah keseluruhan markah ialah 40 markah. Sebanyak 10 % akan diambil daripada UPS untuk peperiksaan akhir nanti.
Semoga anda berjaya...

Sekian
http://www.rinss.com/

Tuesday, July 6, 2010

Barangan terbuang

Salam sejahtera

Semoga hari ini pendapatan anda dah bertambah dari semalam, jika belum ubah lah strategi.

Dah cuba tiga langkah yang telah diberikan? Jika dah buat tentu sumber pendapatan anda mingu ni bertambah kan. Dengan menambah sedikit kreativiti yang anda ada, barangan terbuang boleh dijual dengan harga yang lebih mahal dari harga yang anda pernah beli. Contoh mudah ialah botol jem, anda boleh buat sedikit dekorasi dan hiasan untuk dijadikan cenderamata. Boleh juga di jual sebagai pemberat kertas atau pelekat memo.

Banyak yang anda dapat lakukan dengan barangan terbuang ni, cuma nak ada sedikit kreativiti je. Nak tahu manusia yang kreatif boleh dapatkan Jutawan Sampah..

Klik je kat banner di bawah pasti anda akan jadi seorang yang kreatif dengan barangan terbuang anda.



Sekian
http://www.rinss.com

Monday, July 5, 2010

Sampah,duit dan aku

Salam sejahtera

Jadikan hari ini lebih ceria. Lihat sekeliling kita dan senaraikan sampah yang anda lihat. Jika anda dapat senaraikan sekurang-kurangnya 5 tu kira dah banyak. Bagaimana nak tukar sampah jadi duit?
Hah sekarang ni ikuti langkah yang akan diberikan kat bawah.

Langkah pertama ialah senaraikan sampah-sampah anda. Yelah sampah yang anda nak buang atau barangan lama yang dah 2 ke 3 tahun tak guna tu. Jika ada barangan yang boleh dikitar semula asingkan.

Langkah kedua asingkan barangan yang masih boleh guna dan yang dah rosak.

Langkah 3, bagi barang yang boleh guna pastikan ia berfungsi dengan baik, barangan yang telah rosak pula cuba fikirkan apa yang anda boleh tukarkan mungkin menjadi pasu, akuarium, atau alat hiasan lain.

Langkah ke 4, anda boleh mula buka puasat jualan barangan hisan terpakai. Tahniah anda sudah mula mendapatkan duit dari sampah-sampah anda....


Sekian

http://www.rahsiapendapatanpasif.com

Sunday, July 4, 2010

Kenapa perlu mentor???

Salam sejahtera,
Sentiasa kita lihat seseorang yang berjaya akan mempunyai mentor, tugas mentor ialah memastikan pengikutnya akan sentiasa mengikut laluan yang betul.
Jika anda ingin berjaya dapatkan seorang mentor untuk membantu. Mentor biasanya ialah orang yang telah berjaya dalam bidang tertentu dan anda ingin terlibat dalam bisdang yang sama. Mudahnya jika anda ingin memulakan perniagaan internet maka anda perlu cari orang yang berpengalaman dalam bidang tersebut untuk menjadi mentor.
Segala yang dilakukan oleh mentor perlu anda ikuti agar anda mendapat kesan yang sama seperti mentor anda. Mungkin ia akan ada sedikit perubahan berdasarkan kemahiran dan ilmu yang anda ada.
Dalam perniagaan internet Saudara Suthan M boleh menjadi mentor yang bagus jika anda serius ingin memiliki perniagaan. Saudara Suthan M akan membantu anda dari mula hingga pendapatan anda yang pertama benggunakan teknik yang ditunjukkan. Anda hanya perlu bertindak mengikut arahan Suthan M bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Maklumat lanjut boleh di dapati dari laman web dibawah. Klik segera supaya lebih cepat anda berjaya..
http://www.rinss.com/

Jerman vs Argentina

Salam sejahtera

Semoga anda semua sentiasa bersemangat seperti pasukan Jerman yang berjaya menundukkan Argentina 4-0 pada perlawanan semalam. 

Kepada penyokong Jerman tentu sangat bergembira, namun jangan terlalu gairah kerana masih ada perlawanan yang perlu dihadapi. Jika permainan Jerman konsisten mungkin mereka akan melangkah lebih jauh. 

Tu berkaitan dengan perlawanan yang ada 90 minit. Namun dalam kehidupan kita ni masih belum tahu lagi berapa lama hayat yang ada. Oleh itu kita perlu sentiasa berusaha agar mendapat yang terbaik. Seperti pasukan Jerman walaupun sudah pasti akan menang namun mereka masih cuba mendapatkan gol yang keempat dan terbukti percubaan mereka barhasil. 

Dengan menhayati semangat mereka diharap semua pelajar akan sentiasa belajar walaupun terdapat pelbagai halangan. Jadikan setiap halangan tersebut sebagai cabaran yang mempunyai jalan penyelesaian. Paling penting sentiasa berusaha hingga ke akhir. 

Sekian

Friday, July 2, 2010

yes exam....



Salam sejahtera

Semoga ceria dan gembira. Kepada semua pelajar sekarang ni dah bulan Jun, tak lama lagi anda semua akan menduduki exam yang pertama di KMJ. Semoga anda semua telah bersedia. Bagi Fizik hanya 4 soalan sahaja akan di tanya iaitu dari bab 1 hingga 4. Satu soalan untuk setiap bab, 10 markah diperuntukkan untuk setiap soalan. Untuk mendapat markah yang baik pastikan anda hanya hilang 8 markah.   

Pastikan anda tahu bila tarikh exam jangan terlambat. Exam fizik akan diadakan pada hari Rabu 21 Jun 2010. Ia bergantung kepada pindaan. Masa menjawab untuk UPS ialah satu jam sahaja.

Semoga anda telah bersedia.

Sekian

Tak percaya?

Salam sejahtera,
Semoga hidup anda lebih ceria pada hari ini.
Pasti lihat banyak sampah disekitar kediaman anda kan. Tahukah anda bahawa apa yang kita lihat sebagai sampah boleh menjadi barangan berharga. Cuma anda perlu ubah cara pandangan anda terhadap "sampah" tersebut. Kata orang moden pikir diluar kotak.
Contoh mudah jika anda lihat tempurung kelapa apakah yang boleh dilakukan dengannya?? Bagi mereka yang masih guna dapur arang tempurung kelapa boleh menjadi bahan api. Tahukah anda bahawa tempurung kelapa boleh dijadikan barang hiasan dan hadiah. Saya pernah lihat key cain daripada tempurung kelapa, tempat letak pen dan macam-macam lagi. Tu baru dari tempurung kelapa, jika anda nak tahu dengan lebih lanjut boleh klik pada banner kat bawah. tak rugi pun mana lah tahu ia boleh jadi sumber pendapatan anda .
Klik je untuk pengetahuan.


Sekian
http://www.rinss.com

Thursday, July 1, 2010

Rezeki sampah

Salam sejahtera
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Pada masa kini masalah sampah semakin ketara. yelah barangan plastik makin banyak. Anda tentu tahu bahawa plastik memerlukan puluhan tahun untuk merepu, malah ada yang perlukan masa yang lebih lama lagi. Oleh yang demikian kita perlu melakukan sesuatu agar sampah ini tadak terus meningkat.
Banyak syarikat telah mengurangkan penggunaan beg plastik. Malah ada hari-hari yang diistharkan sebagai hari tanpa bag plastik. Namun adakah anda tahu bahawa sampah trsebut mngkin menjadi rezeki kepada orang lain? nak tahu dengan lebih lanjut anda boleh klik pada banner dibawah.



Bagaimana mereka telah menukarkan sampah menjadi sumber pendapatan yang lumayan, Boleh jadi jutawan tu.... Selongkar rahsia mereka sekarang klik pada bannner kat bawah sekarang..




Sekian
http://www.rinss.com