Jadikan hari ini lebih baik dari semalam....
Sementara masih ada masa ni banyak-banyaklah berdoa dan lakukan kebajiakan, mungkin itu akan membantu kita dalam menghadapi kesukaran.
Kepada semua pelajar, apabila disebut sedekah jangan hanya fikir nak bagi duit. Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk bersedekah. Membantu rakan dalam pelajaran juga boleh dianggap sebagai sedekah. Apa sahaja sumbangan yang kita lakukan niatlah sebagai sedekah.
Walaupun anda tersenyum kepada setiap orang juga boleh dikira sebagai sedekah yang paling mudah. Namun ia perlu lahir dari hati yang ikhlas. Macamana nak ikhlas itu amat sukar nak diperkatakan namun ia boleh dilakukan. Hanya kita yang tahu ia ikhlas atau tidak.
Semoga semua pelajar yang akan memduduki peperiksaan akhir nanti dapat menjawab dengan tenang. Jadikan zikir sebagai penenang pada waktu yang sukar....
Sekian wassalam...
