Salam..
Semoga hari ni semua dah sedia nak exam... Dengan cuaca yang tak menentu ni anda semua perlu jaga kesihatan...
Masa adalah sesuatu yang biasa kita dengar.... Namun adakah kita menghargai masa??? Anda pasti kata saya dah hargai masa.... Jika anda begitu pasti kenapa sentiasa mengeluh yang tak cukup masa???
Semua orang yang berada di muka bumi ni dah diberikan masa yang sama (24 jam). Jika anda berada di planet lain mungkin akan mendapat masa yang berbeza... Masa panjang atau pendek bukan persoalannya, yang menjadi perkara penting ialah bagaimana anda menguruskan masa tersebut.
Dah masuk bab pengurusan masa ni mesti ada yang boring kan, maklumlah benda yang sama je diperkatakan. Lagi pun anda mungkin rasa dah tahu tentang perkara tersebut.. Yelah kena buat jadual, letak perkara yang penting dahulu dan macam-macam lagi yang anda semua dah tahu cuma...... adakah anda dah praktik atau tidak....
Masih belum terlambat nak amalkan, ia bukan untuk pelajar sahaja malah semua yang berjaya telah menggunakan masa dengan sebaiknya. Jika ia tak penting takkan Yang Mencipta semua makhluk bersumpah dengan masa...
Gunakan lah masa yang masih ada ni untuk mandapat apa yang anda inginkan....
Sekian wassalam....
ps: mulakan sekarang agar anda tidak kecewa.....