Pages

Saturday, April 25, 2009

Bersosial....

Salam,
Semoga anda sentiasa mendapat rahmat dan kesejahteraan..
Hari ni tak pergi jalan-jalan ke?? Pada hari cuti begini lakukanlah perkara yang dapat meningkatkan ilmu dan menambah kenalan... Kenalan amat penting oleh itu sentiasalah meghubungi kawan-kawan sekolah dahulu.... Dengan teknologi sekarang tidak mustahil anda akan dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan lama...
Kehidupan dalam dunia ni perlulah bermasyarakat agar tak kesunyian. Dalam Al Quran pun Allah ada bagi tahu yang manusia ni dicipta berbagai-bagi bangsa dan warna kulit agar kita kenal-mengenal, namun yang berjaya hanya mereka yang bertakwa....
Bersosial tak salah cuma kena tahu adab dan tatacara agar tidak melanggar adat dan hukum agama... Pilih lah cara yang paling baik dan sesuai.....
Sekian wassalam....

Friday, April 24, 2009

Masalah..

Salam..

Semoga anda sentiasa mendapat ilmu baru... 

Dalam kehidupan harian kita sentiasa berhadapan dengan masalah. Bagi menjadikan setiap masalah tersebut tidak membebankan kita boleh tukar setiap masalah tersebut kepada cabaran.

Kenapa nak tukar? Supaya anda tak kata masalah tu susah. Jika dah jadi cabaran maka ia akan mudah hendah diatasi. Kerana setiap cabaran akan ada cara untuk diselesaikan dan anda akan lebih bersemangat untuk mencari jalan penyelesaian.

Sebagai contoh jika anda meghadapi masalah kewangan, tukar masalah tersebut kepada cabaran menambah dana kewangan. Pasti anda akan mendapat cara untuk selesaikannya. Senaraikan segala cara dan pilih yang terbaik dan sesuai dengan anda.

Semoga anda akan sentiasa berusaha. Selagi kita masih hidup masalah akan sentiasa bersama. Setiap masalah akan ada jalan penyelesaian.

Sekian wassalam...

Wednesday, April 22, 2009

Idea di perlekeh???



Salam.
Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira.... Jika nak pastikan anda sentiasa bersemangat sepanjang hari mulakan dengan bersyukur....
Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian. Memang patut pun ada impian, apa yang anda kena pastikan ialah impian tersebut terlaksana. Sekarang dah nak penghujung bulan 4/2009 dah hampir suku tahun berlalu. Bagi yang azam tahun ni belum jalan boleh teruskan... jangan berhenti cuma lakukan sedikit ubahsuai.
Anda tentu pernah diperlekehkan atau disindir dengan impan tersebut. Anggaplah sindiran tersebut sebagai kata-kata semangat terhadap usaha anda. Apabila kita ingin menjadikan impian sebagai kenyataan maka langkah utama ialah tulis dan pamerkan agar kita dapat melihat setiap hari. Azizi Ali ada mengatakan bahawa langkah yang paling sukar ialah memberitahu orang impian kita kerana jika tak tercapai maka orang akan mengata.... Itulah kelamahan orang kita ni... Tak dapat lakukan dikutuk dah dapat lakukan pun kena kutuk.....
Biasanya yang mengutuk ni adalah orang yang dah selesa dengan keadaan dia dan tidak suka melihat orang lain lebih berjaya. Bukan nak support tapi makin kutuk adalah.... jika dah berjaya dia kata dah nasib.... Bagi orang yang berjaya nasib adalah yang paling akhir dilihat paling utama adalah usaha dan perancangan.
Jika dah ada idea lakukan sekarang apabila dah berjaya baru bagitahu kepada orang adalah sesuatu yang bagus gak namun masa untuk berjaya tu lamalah..... kita jadi kurang semangat nak lakukan kerana tiada perkara yang mendesak... Bayangkan jika anda dah bagi tahu kepada rakan-rakan nak dapat A dalam setiap exam.... Jika tak dapat apa yang akan berlaku??? Oleh itu anda akan lakukan segala cara agar berjaya dan pada masa ini minda sedar dan minda tak sedar anda akan bekerja keras bagi idea untuk dapat A....Segala idea akan keluar, masa ni lah anda akan dapat idea yang baik dan jahat.... Andalah yang kena tapis mana nak guna....

Jadikan setiap sindiran tu sebagai motivasi untuk berjaya.....

Sekian wassalam.....

Monday, April 20, 2009

Apa nak buat ye???

Salam..
Semoga semua telah sampai ke kampung. Bagi yang tak ada kampung tu kat bandar pun tak apalah... Janji dah sampai kat rumah... jangan nak melencong pula....
Tentu ada yang tertanya-tanya nak buat apacuti panjang ni kan... Atau anda dah ada perancangan?? Bagi yang dah ada perancangan oklah.... buat mereka yang belum ada ni ada beberapa cadangan yang mungkin anda berminat...
1) Tambah ilmu
- Hanya dengan ilmu anda akan dapat melangkah lebih jauh. Anda boleh menambah ilmu dengan membaca apa-apa bahan ilmiah yang berkaitan dengan minat atau hobi. Menghadiri kursus juga boleh tambah ilmu.
2) Tambah kenalan
- Bentuk satu rangkaian yang besar kerana ia akan menjadi sesuatu yang penting pada masa akan datang. Bayangkan jika salah seorang rakan anda dah jadi doktor mudah nak minta nasihat kesihatan, jika ada yang jadi Perdana Menteri mudah nak minta sumbangan... dan macam-macam lagi lah..
3) Mulakan bisnes
- Nak mula bisnes ni kena ada pemikiran usahawan, bukan hanya pemikiran nak kaya. Jika anda hanya ada pemikiran nak kaya maka jika tak dapat anda akan kecewa. Jika berfikiran usahawan waklauapapun rintangan yang datang ia dianggap ujian atau masalah yang ada penyelesaian bukan kegagalan. Apa bisnes yang mudah nak mula ye??? Melalui internet terdapat bermacam cara dan saya pasti anda lebih mahir.
4) Melancong
- Cuti-cuti Malaysia..... Melawatlah ke sekitar negara kita ni yang mempunyai banyak tempat yang menarik dan bersejarah. Jika nak melancong ke tempat seram pun ada mungkin anda boleh mohon dengan seekers....

Mungkin ini adalah sebahagian yang anda boleh lakukan sepanjang cuti panjang... Isikan dengan perkara yang berfaedah.
Sekian wassalam...

Friday, April 17, 2009

Dah berakhir.....

Salam,
Semoga anda semua sihat dan gembira hari ni....
Exam pada sem ni dah tamat bagi pelajar matrik sesi 2008/2009. Semoga anda semua mendapat keputusan yang diharapkan dan sentimpal dengan usaha yang anda telah lakukan. Sepanjang setahun di marik anda sepatutnya sudah bersedia dengan kehidupan di kampus yang lebih mencabar.
Segala yang akan dilakukan adalah keputusan anda sendiri. Oleh itu keputusan yang baik adalah dari hasil perancangan yang sempurna. Untuk kehidupan di alam kampus yang lebih besar maka anda perlu mampunyai perancangan bagi 3 atau 4 tahun. Ini perlu agar anda dapat menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Namun akan ada permulaan yang baru, maka sentiasalah bersedia....

Sekian wassalam.

Monday, April 13, 2009

Cabaran exam...

Salam...
Semoga anda dapat menjawab dengan baik sepanjang minggu ini.... Memang cabaran yang besar apabila ingin mendapatkan keputusan yang cemarlang.... Namun hanya cara yang betul akan memberikan keberkatan... Pastikan anda sentiasa bersedia dengan apa yang anda cuba lakukan...
Ada pelajar yang cuba meniru semasa exam, amatlah malang jika tertangkap... waalaupun terlepas adakah anda akan selesa dengan keputusanyang bakal diperolehi??? Jika hanya mengejar A anda pasti akan dapat namun kemana ia boleh bawa anda. Adakah penghujung yang anda inginkan hanya berakhir di U??
Saya pasti bukan hanya disitu kerana anda akan mula bekerja dan membina hidup sendiri bayangkan apa yang anda telah lakuakan kepada bakal zuriat yang bakal lahir.... Mungkin anda akan kata perkara tersebut tidak penting namun tidak mustahil ia akan merupakan punca keruntuhan sesebuah tamadun atau negara pada masa akan datang...
Fikir-fikirkanlah.... demi masa depan anda dan negara.....
Sekian wassalam....


ps: pastikan anda menjadi remaja yang berjaya.....

Sunday, April 12, 2009

Masa dan anda...

Salam..

Semoga hari ni semua dah sedia nak exam... Dengan cuaca yang tak menentu ni anda semua perlu jaga kesihatan...

Masa adalah sesuatu yang biasa kita dengar.... Namun adakah kita menghargai masa??? Anda pasti kata saya dah hargai masa.... Jika anda begitu pasti kenapa sentiasa mengeluh yang tak cukup masa???

Semua orang yang berada di muka bumi ni dah diberikan masa yang sama (24 jam). Jika anda berada di planet lain mungkin akan mendapat masa yang berbeza... Masa panjang atau pendek bukan persoalannya, yang menjadi perkara penting ialah bagaimana anda menguruskan masa tersebut.

Dah masuk bab pengurusan masa ni mesti ada yang boring kan, maklumlah benda yang sama je diperkatakan. Lagi pun anda mungkin rasa dah tahu tentang perkara tersebut.. Yelah kena buat jadual, letak perkara yang penting dahulu dan macam-macam lagi yang anda semua dah tahu cuma...... adakah anda dah praktik atau tidak....

Masih belum terlambat nak amalkan, ia bukan untuk pelajar sahaja malah semua yang berjaya telah menggunakan masa dengan sebaiknya. Jika ia tak penting takkan Yang Mencipta semua makhluk bersumpah dengan masa...

Gunakan lah masa yang masih ada ni untuk mandapat apa yang anda inginkan....

Sekian wassalam....



ps: mulakan sekarang agar anda tidak kecewa.....

Thursday, April 9, 2009

Semoga berjaya....

Salam..
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam....
Sementara masih ada masa ni banyak-banyaklah berdoa dan lakukan kebajiakan, mungkin itu akan membantu kita dalam menghadapi kesukaran.
Kepada semua pelajar, apabila disebut sedekah jangan hanya fikir nak bagi duit. Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk bersedekah. Membantu rakan dalam pelajaran juga boleh dianggap sebagai sedekah. Apa sahaja sumbangan yang kita lakukan niatlah sebagai sedekah.
Walaupun anda tersenyum kepada setiap orang juga boleh dikira sebagai sedekah yang paling mudah. Namun ia perlu lahir dari hati yang ikhlas. Macamana nak ikhlas itu amat sukar nak diperkatakan namun ia boleh dilakukan. Hanya kita yang tahu ia ikhlas atau tidak.
Semoga semua pelajar yang akan memduduki peperiksaan akhir nanti dapat menjawab dengan tenang. Jadikan zikir sebagai penenang pada waktu yang sukar....
Sekian wassalam...

Tuesday, April 7, 2009

Tips exam....

Salam..
Semoga anda sentisa ceria, jadikan senyuman sebagai penghias wajah.
Tidak lama lagi semua pelajar matrikulasi sesi 2008/2009 akan meduduki peperiksaan akhir bagi menentukan jalan yang akan dilalui pada masa hadapan. Segala usaha yang anda lakukan akan terjawab dalam masa satu minggu bermula 13/4/2009. Pastikan anda melakukan yang terbaik.
Bagi menghadapi setiap peperiksaan maka ada banyak tips yang anda boleh ikut. Mungkin yang terbaik untuk kali ini ialah tips sebelum dan semsa exam adalah yang terbaik. Dibawah ni ada beberapa tips yang mungkin sesuai dengan anda cubalah....

Tips sebelum exam
1- Pastikan anda telah tahu tempat atau dewan exam anda.
2- Tidur awal pada malam sebelum exam.
3- Elakan membaca buku rujukkan (sebaiknya rujuk nota ringkas yang anda telah sediakan).
4- Percaya dengan apa yang anda telah tahu.
5- pastikan jam loceng telah di set pada masa yang sesuai.

Tips semasa hari exam
1- Pastikan anda membawa kad matrik pelajar (bukan kad matrik BSN), slip peperiksaan, kad pengenalan dan alat tulis.
2- Datang awal ke dewan peperiksaan.
3- Pastikan anda bersarapan.
4- Sentiasa bertenang
5- Banyakan selawat bagi yang muslim.
6- Semak semua soalan pastkan soalan yang betul.
7- Baca soalan sehingga habis sebelum jawab.
8- Jawab soalan yang anda suka dahulu.

Semoga setiap tips yang telah diberikan ini dapat membantu anda dalam menghadapi exam terakhir anda di matrikulasi.

Sekian wassalam..


Sunday, April 5, 2009

Program "Thinking Cap"

Salam...
Semoga dah dapat ilmu baru hari ni...
Tahniah kepada semua peserta Thinking Cap dan semua fesilitator yang hadir pada program yang julung kali diadakan oleh unit Fizik KMJ. Anda semua telah menyahut cabaran untuk berjaya.
Program ini yang dirancang khusus bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan PSPM. Setiap tips yang diberikan mungkin akan dapat membantu anda menjawab dengan lebih baik.
Teruskan usaha dan jangan abaikan doa...
Sekian wassalam.

Friday, April 3, 2009

Masa yang hilang....

Salam
Semoga anda sentiasa ceria....
Terasa masa bergerak amat pantas sekarang kan. Maklumlah semua sedang menghintung hari. Masa untuk membuktikan kebijaksanaan anda yang telah hampir tiba. Wahai pelajar yang budiman dan bijaksana, gunakanlah masa yang berbaki ini dengan baik. Uruskanlah dengan teratur dan perancangan yang rapi, kerana masa yang telah berlalu tidak mungkin kembali lagi. Walaupun ada teori yang mengatakan bahawa kita boleh kembai kemasa silam namun gunakan lah masa ini untuk melakar masa hadapan.
Ada pepatah berkata "masa dahulu adalah sejarah, masa sekarang adalah realiti dan masa akan datang adalah angan-angan". Walaupun masa hadapan adalah angan-angan namun tidak mustahil ia boleh menjadi realiti. Anda cuma perlu lakukan sekarang supaya anda akan dapat pada masa hadapan. Macam orang tanam pokok rambutan tanam sekarang dapat hasil lima tahun akan datang.... Daripada angan-angan nak petik buah rambutan kan dah dapat petik pada lima tahun kemudian. Memang perkara tersebut tidak mustahil, lakukan sekarang apa yang anda inginkan. Jangan biarkan masa terus berlalu tampa pengisian yang bermanafaat.

Sekian, wassalam.

Wednesday, April 1, 2009

Masalah atau cabaran???



Salam
Semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Setiap orang akan menghadapi masalah tidak kira kecil atau besar. Tahukah anda bahawa setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya. Bagaimana kita ingin mendapatkan jalan penyelesaian? Bagi mendapatkan jalan maka setiap masalah yang kita hadapi perlu ditukar kepada cabaran. Kerana setiap cabaran pasti ada cara nak selesaikan. Senaraikan semua cara untuk selesaikan cabaran dan pilih yang anda paling suka. Pastikan cara yang dipilih itu adalah yang paling kurang mudarat dan paling banyak manafaat.
Dalam membuat keputusan emosi adalah amat penting, pastikan anda berada dalam keadaan yang tenang. Setiap keputusan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa atau marah biasanya akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.
Anda yang memilih setiap perjalanan yang ingin anda lalui. Pastikan pilihan tersebut adalah yang terbaik buat anda. Orang lain biasanya akan banyak memberi komen tetapi tidak memberikan cara mengatasi. Pastikan anda mendapat nasihat dari orang yang tepat.
Sekian wassalam.