Salam sejahtera,
Saya mendoakan anda mendapat
kejayaan dan keberkatan dalam kehidupan pada hari ini. Amin.
Syukur pada kali
ini saya berkesempatan untuk mendapat sedikit ilmu yang dikongsi kan oleh Dr.
Norhisham Mustaffa. Antara isi ceramah tersebut saya kongsi kan kepada anda
semua. Sila baca dan yang baik dijadikan amalan.
Apabila tahap pergantungan
kepada Allah lemah kita akan mula sakit. Pusat graviti berkurang menyebabkan
deria rasa menjadi tidak rasional.
Pergantungan wujud apabila
hormon melatonin terhasil dengan baik. Hormon ini terhasil disebabkan hubungan di
antara tulang pineal yang terletak di otak dan tulang sulbi di bawah pinggan. Oleh itu perlu ambil tindakan
untuk membetulkannya dengan kaedah-kaedah berikut.
1) Orang hebat, niat betul
- Ini adalah langkah utama untuk
meningkatkan tahap pergantungan kepada Allah.
- "Ya Allah aku lakukan
hanya kerana Mu." ini merupakan salah satu affirmasi yang perlu menjadi
sebutan supaya kita sentiasa ingat kepada Allah.
- Pergantungan adalah motivasi
yang kuat. Ini menjadikan hormon melatonin bertambah dan deria semakin
rasional.
2) Orang hebat, Akhlak dan budi
pekerti kuat
- Akhlak adalah "respons"
terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Akhlak terbina dengan melakukan solat.
- Sifat atau sikap yang berbeza
mewakili organ di dalam tubuh. Terdapat 16 organ maka wujud 16 sikap dalam diri
setiap orang.
- Sikap akan mencerminkan akhlak
oleh yang demikian betulkan akhlak dengan membetulkan solat. Setiap kali
perkaitan ayat solat akan diikuti dengan akhlak itu yang tertulis dalam Al
Quran.
- Jagalah solat pasti akhlak akan
terjaga.
3) Orang hebat, akal seimbang
- Akal seimbang akan menjadikan
seseorang itu hebat. Bagi meningkatkan kehebatan akal perlu mempunyai ilmu.
Dengan ilmu kita akan boleh berfikir dengan waras.
- Pastikan kita mendapatkan ilmu
bukan hanya maklumat. Bagi mendapatkan ilmu perlu ada dua syarat iaitu perlu
berguru dan mempunyai kitab atau rujukan.
- Akal juga dipengaruhi oleh
bahan kimia yang memasuki tubuh. Cara yang biasa bahan kimia memasuki tubuh
ialah melalui hidu, sapu dan makan. Pemakanan merupakan cara yang paling mudah
bahan kimia memasuki tubuh. Oleh itu kita perlu menjaga jenis makan yang
diambil sebolehnya kurangkan makanan proses.
- Pengambilan bahan kimia
berlebihan akan mempengaruhi hormon tubuh. Hormon yang tidak stabil menyebabkan
penyakit dan emosi terganggu.
- Kadar pengambilan makanan
adalah mengikut peratus tahap ke boleh hadam makanan tersebut. Jika 60% makanan
tersebut tidak hadam ia adalah haram untuk makan, makruh apabila tahap ke boleh
hadam ialah 40-59% dan menjadi harus apabila tahap ke boleh hadam 31%.
- Akal dipengaruhi oleh makanan.
4) Orang hebat, ada disiplin
- Disiplin paling mudah ialah
tidur awal dan bangun awal. Tidur akan mempengaruhi emosi apabila bangun. Tidak
cukup tidur dan tidur berlebihan akan menyebabkan emosi tidak stabil.
- Tidur selepas pukul 12 tengah
malam selama tiga hari berturut-turut akan menyebabkan 30% metabolisme badan
berkurang. Bagi meningkatkan semula metabolisme ia memerlukan masa satu minggu.
- Tidur awal iaitu sebelum 12
tengah malam dan bangun sekitar jam tiga atau empat pagi untuk melakukan
aktiviti menambah ilmu. Pada jam tiga hingga lima pagi adalah masa yang sesuai
untuk belajar.
Setiap ilmu yang bermanfaat perlu
diamalkan untuk memberi keberkatan dalam kehidupan.
#ceritasyah