Apabila melihat sahaja jadual waktu kelas tambahan pasti mata
pelajaran matematik akan menjadi perhatian. Siapakah guru yang akan mengajar? Persoalan
yang bermain di minda setiap ahli kelas. Adakah cikgu Z?
Guru yang memiliki tubuh kecil molek dengan suara yang
tegas. Telah sinonim dengan ketegasan dan garang. Apabila menghadiri kelas
tambahan masa pengajaran lebih panjang bagi setiap mata pelajaran. Matematik adalah
mata pelajaran paling mencabar.
Cabaran mungkin dari mata pelajaran tersebut atau cikgunya.
Maklumlah pada waktu itu salah sebut sifir terus ada hukuman. Namun itu
merupakan kenang buat masa sekarang. Kenangan yang akan disebut-sebut walaupun
mungkin tidaklah semanis gula dicampur kicap sebagai pencicah mangga muda
masam.
Setip kali sebelum memulakan kelas pasti akan menyanyi lagu
"Wawasan 2020". Menyanyi dengan penuh semangat setiap baris dan
rangkap. Hari pertama boleh lihat lirik hari kedua dan seterusnya perlu hafal.
Bolehlah baca liriknya di bawah tu.
Wawasan 2020
Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah
Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati
Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan
Satu lagi lagu yang perlu dinyanyikan ialah jalur gemilang,
pada masa tu belum bendera belum ada nama jalur gemilang jadi hanya lagu
bendera kita. Dah cari lirik lagu seperti kat bawah tu.
Lirik Lagu Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang
Walaupun belajar matematik perlu ada semangat cintakan
negara. Bahagian ni best lah menyanyi. Selesai menyanyi baru lah mula
matematiknya. Siapa yang tak siap latihan sedialah menerima hukuman.
Sentiasa dalam ingatan.
#ceritasyah