Salam sejahtera,
Saya mendoakan anda sentiasa
sihat dan diberkati dalam apa jua yang dilakukan pada hari ini.
Pada era teknologi dan internet
ini banyak peluang untuk mendapatkan duit tanpa keluar dari rumah. Hanya
menggunakan kemudahan teknologi, komputer dan sambungan internet kita sudah ada
peluang untuk menjana duit dari rumah.
Antara perkara yang boleh
dilakukan menggunakan komputer dan capaian internet bagi menghasilkan
pendapatan adalah seperti berikut:
1. Perkhidmatan menyunting gambar.
2. Memulakan penulisan blog.
3. Menjual barang terpakai.
4. Menulis untuk orang lain
(penulis upahan).
5. Menukar sampah/barang terbuang
menjadi duit.
6. Membuka kedai jualan barangan
import.
7. Memulakan perniagaan promosi.
8. Memberi khidmat alih bahasa.
9. Menguruskan email pelanggan.
10 Menyediakan perkhidmatan
scrapbook online.
11. Menyediakan video korporat.
12. Menyediakan latihan dalam
talian.
Banyak lagi cara yang boleh
dilakukan untuk menjana pendapatan atas talian. Apabila kita mempunyai
kemahiran itu boleh menjadi satu kelebihan. Sebagai contoh apabila kita
memiliki kemahiran menyunting gambar. Kemahiran tersebut boleh ditawarkan untuk
perkhidmatan menyunting gambar pelanggan. Selain itu kita juga boleh menawarkan
perkhidmatan membuat logo atau banner.
Pastikan kita sentiasa
meningkatkan kemahiran diri supaya lebih banyak peluang untuk menghasilkan
pendapatan secara atas talian. Pastikan kita fokus dalam sesuatu bidang sebelum
menambah bidang yang lain. Ini bagi menjenamakan perkhidmatan yang kita lakukan
dan meningkatkan kredibiliti di mata pelanggan.
Semoga kita sentiasa meningkatkan
ilmu dan kemahiran diri.
#ceritasyah